Menjadi lumrah setiap kali hari raya, amalan ziarah-menziarahi menjadi satu perkara ‘WAJIB’ dalam masyarakat kita. Malah amalan ini sememangnya dituntut oleh agama. Tujuan kunjung mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan.

Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa.

Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.

ADAB-ADAB SEBELUM DATANG MENZIARAH
*Memilih masa yang sesuai. Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda. Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa memberi tahu terlebih dahulu. Datang lewat malam melebihi pukul 10 malam. Waktu begini memang tidak sesuai untuk datang berziarah kerana pada waktu beginilah tuan rumah ingin berehat. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.

*Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Jangan sesekali memakai pakaian yang menjolok mata sehingga tuan rumah serta tetamu yang ada di rumah tuan rumah berasa tidak selesa.

*Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah. Niatkan kunjungan itu hanya kerana Allah di samping ingin memperkukuhkan hubungan silaturahim.

IKLAN

Adab Ziarah Raya, Kena Betul-betul Hadam Dan Fahamkan

ADAB SEMASA MENZIARAH
*Memberi salam dan bersalaman. Ini perkara pertama yang perlu dilakukan semasa anda dating menziarah.

*Meminta izin untuk masuk. Selagi tuan rumah belum mempelawa anda masuk ke rumahnya, ada baiknya anda tunggu. Jangan memandai-mandai masuk ke rumah tuan rumah tanpa dipelawa.

*Memendekkan tempoh ziarah. Tidak berlama-lama di rumah tuan rumah sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada tuan rumah.

IKLAN

*Mengawal pandangan. Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.

*Merendahkan suara. Kawal suara ketika berbual. Elakkan sama sekali ketawa yang berdekah-dekah dan kuat sehingga menganggu tuan rumah dan keluarga.

Adab Ziarah Raya, Kena Betul-betul Hadam Dan Fahamkan

ADAB SELEPAS MENZIARAH
*Meminta izin apabila hendak beredar. Jangan terus beredar sahaja tanpa sebarang kata.

IKLAN

*Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar. Ia sebagai tanda yang anda dan tuan rumah akan ‘berpisah’ buat sementara waktu. Panjang umur, boleh jumpa lagi.

PERKARA YANG PERLU DIHINDARI SEMASA MENZIARAH
*Enggan memberi salam

*Masa yang tidak bersesuaian

*Mengaibkan tuan rumah

*Mengumpat
Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. Ziarahlah dengan hati yang suci.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI