Rasa kagum apabila ada dalam kalangan selebriti yang tidak lupa akhirat dengan bersedekah dan melakukan amal kebajikan walaupun sudah berjaya dan nama berada di puncak.
Seperti yang dilakukan oleh pasangan selebriti Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang bakal membina sebuah masjid dengan kapasiti 700 orang di kampung halaman Aeril di Kampung Rengit, Johor.
Menurut Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari, pembinaan masjid ini nanti akan menggunakan duit keuntungan produk terbaharu, Muslim Bukhari yang dikeluarkan syarikat miliknya, Wawa Cosmetic.
“Idea ini datangnya daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad mengenai ganjaran di akhirat bagi individu yang mempunyai wang lebih, maka binalah masjid.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung di Rengit dan pihak mereka bersetuju untuk membinanya dengan kos pembinaan sebanyak RM1.2 juta, yang mana kesemua duit itu dikumpul melalui hasil keuntungan produk berkenaan,” katanya ditemui selepas pelancaran di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Aeril berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak berikutan perancangan bina masjid itu, sebaliknya mahu berkongsi kebaikan dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.
“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana pembinaan masjid yang dirancang, dan bukan hanya nama saya atau Wawa sahaja.
Ads
“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik ia habis dijual.
“Jika produk ini mendapat sambutan dan habis dijual, maka dana yang diperlukan untuk membina masjid sudah lebih daripada cukup,” katanya memberitahu edisi kosmetik Muslim Bukhari ini mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 bagi satu set.
“Amalkan bersama. Bacaan nya simple dan mudah. Jangan di abaikan walau sesaat. Kita memang tak akan lari dari dosa. Ada sahaja cara dan peluang untuk mengumpul dosa. Tapi Allah Maha Menerima Taubat.
“Setiap pagi, tarik nafas dalam dalam. Letak tangan di dada. Bacakan zikir ini berulang kali. Inshaallah, dengan solat yang dijaga, dengan sedekah yang dilaksana, dengan hubungan ibu ayah yang sentiasa dipeliharq, hati akan benci dengan maksiat.
“Badan akan letih dan malas untuk buat maksiat. Bila maksiat dapat ditinggalkan, barulah doa senang dimakbulkan, barulah rezeki datang mencurah curah, barulah bencana dan bala akan segera dihilangkan.
“Sebarkan pada semua. Moga zikir dan amalan baik dari para ulama dapat memandu jasad dan roh kita ke SYURGA Allah Swt. Kita amalkan bersama
Alhamdulillah satu persatu selebriti tanah air kita melalui penghijrahan dengan menutup aurat.
Sebelum ini penyanyi Ernie Zakri, Dahlia Shazwan, Kilafairy, Linda Hashim dan Shiera Ijoy nekad untuk berhijab dengan sempurna. Dan kini giliran pelakon Zila Bakarin pula sudah berhijab.
Menurut pelakon yang sebelum ini terkenal dengan imej seksi, mengakui keinginan tersebut datang sendiri tanpa pendapat atau paksaan mana-mana pihak.
Ketika mengimbas kembali saatnya mula berhijab, hatinya mula terdetik untuk memakai tudung ia berkata ia secara tiba-tiba ketika mahu mengambil anaknya di sekolah.
“Semasa nak keluar ambik anak dari sekolah, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans.
“Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai.
“Bila keluar rumah terus rasa macam selamat je,” katanya.
Dalam pada itu, Zila turut berkongsi penglibatannya dalam program “Jom Celik Al-Quran” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).
Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin berkata, program ini adalah perkara yang tidak dirancang.
Tambahnya, penglibatan dalam program tersebut adalah bantuan daripada Adam Corrie, walaupun berasa takut untuk menerima tawaran MAIWP pada mulanya.
Bagaimanapun Zila tidak mahu tidak mahu menangguhkan perkaran yang baik dan terus menerima tawaran tersebut.
Pelakon antagonis ini juga merupakan salah seorang rakan selebriti yang dilantik sebagai IKON bagi tersebut.
Program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat.
Terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan seperti yang dituntut dalam masyarakat kita. Semoga hubungan terjalin kekal bahagia till jannah.
UNTUK SUAMI SAYANG, CUKUP AMALKAN 7 DOA INI.!!
Perkonsian tujuh ayat atau doa yang boleh diamalkan isteri agar semakin hari semakin menggunung kasih sayang suami terhadap kita.
1 ] Zikir Ya Latif Latif bermaksud lembut. Apabila anda mengamalkan zikir Ya Latif, maksudnya anda mendoakan agar suami menjadi lembut hatinya dan menyayangi anda tanpa berbelah bahagi, tidak mudah marah dan mengurangkan perselisihan dalam rumah tangga. Anda boleh amalkan membaca zikir Ya Latif sekerap yang mungkin setiap hari.
Panduan istimewa untuk anda, baca zikir ini ketika membasuh beras yang dimasak untuk ahli keluarga tersayang. Sebut Ya Latif sambil berniat dalam hati mohon Allah lembutkan hati suami. Sekiranya anak-anak anda selalu bergaduh atau tidak mendengar cakap, boleh juga niat sekali untuk anak.
Rumi: Ya Latiffu Ya Kahfi Ya hafizu Ya Syafi Allah Ya Latifu Ya Kahfi Ya Hafizu Ya Syafi Allah Ya Latifu Ya Wafi Ya Karimu Anta Allah
Maksudnya:
Wahai Yang Maha Lemah Lembut Wahai Yang Maha Mencukupi
Tiada Tuhan melainkan ALLAH Yang wujud, tiada Tuhan melainkan ALLAH Yang disembah, tiada Tuhan melainkan ALLAH Yang ditujui, tiada Tuhan melainkan ALLAH Yang maha besar, tiada Tuhan melainkan ALLAH
2 ] Surah Yasin ayat 36 Surah Yasin dikatakan jantung al-Quran, justeru umat Islam disarankan membaca surah berkenaan setiap hari. Begitu pun, memandangkan gaya hidup masyarakat yang sangat sibuk pada hari ini, mungkin agak sukar untuk meluangkan masa membaca keseluruhan Surah Yasin setiap hari.
Apa yang boleh anda lakukan adalah membaca ayat ke-36 dalam surah terbabit dan niatkan untuk mengikat kasih sayang antara anda dengan suami. Baca sekali sehari sudah memadai, jadikan sebagai amalan harian.
Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada daripada yang ditumbuhkan oleh bumi, atau daripada diri mereka, ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
3 ] Surah Al-Hujurat ayat 13 Doa pengasih untuk suami yang seterusnya ialah ayat ke-13 dalam surah al-Hujurat. Amalkan membaca ayat ini setiap hari dengan berniat supaya ikatan kasih sayang antara anda dengan suami berkekalan sampai bila-bila.
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
4 ] Doa agar suami tidak berlaku curang Ketika suami sedang tidur atau suami sedang beristirehat, pujilah suami anda. Usap dan belailah rambut atau wajahnya sambil membaca Surah Yusuf Ayat ke-4. Ambil ayat yang pengakhiran sahaja.
Maksudnya : “Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.
5 ] Doa agar suami sentiasa jujur dan tidak berahsia Sama juga seperti nombor 4, anda disarankan mengusap atau membelai suami sambil membacakan Surah Taha Ayat ke-39, tetapi ambil ayat yang hujung sahaja.
Rumi : Wa alqaitu ‘alaika mahabbatammini walitusna’a a’laa ‘ain
Maksudnya : Dan Aku telah tanamkan daripada kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu, dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
Boleh juga cuba baca dan dihembuskan kepada suami atau minuman suami. Juga boleh diamalkan ketika memasak atau menyediakan pakaian suami.
6 ] Doa agar suami tidak ada niat untuk berkahwin lagi satu Antara panduan lain untuk melembutkan hati suami adalah dengan menawarkan diri untuk mengurut mereka. Jika anda menawarkan untuk memberikan urutan pada tengkuk, leher, belakang badan atau lain-lain, pasti suami tidak akan menolak. Ketika itu, bacalah Surah Ali Imran ayat ke-31 ini.
Rumi : Qul inkuntum tuhibbu nallaha fattabi’u ni yuhbib kumullahu wa yaghfir lakum zunubikum wallahu ghafururrahim
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Baca ayat ini sambil mengurut suami. Insya-Allah hati suami akan lembut dan bertambah kasih sayangnya kepada anda. Bagaimanapun, penulis yakin jika anda tidak membacakan ayat ini kepada suami, dia pasti menyayangi anda jika setiap hari anda menawarkan untuk mengurutnya.
7 ] Doa agar suami setia Amalkan Surah Ali Imran Ayat ke-200 ini selepas solat fardu harian. Ayat ini bukan untuk suami, tetapi untuk diri sendiri. Amalkannya setiap hari Insya-Allah menemui kejayaan.
Rumi : Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la’allakum tuflihun
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Mudah-mudahan dengan amalan doa ini, Allah SWT memelihara perkahwinan kita semua. Amin.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.