Kata orang kalau sudh jodoh tidak akan kemana. Walaupun negara sekarang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun tidak membataskan buat pasangan mempelai untuk membina masjid.
Dan hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) buat pertama kalinya telah melaksanakan majlis akad nikah dalam talian di Malaysia.
Majlis pernikahan secara sidang video ini membabitkan Muhammad Don Jaadi Don Putra, 29 tahun, dan pasangannya Nahdatul Mohd Sharif, 29 tahun yang telah disempurnakan dalam sekali lafaz.
Majlis yang cukup indah ini telah berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa.
Ads
Dalam majlis penuh istimewa ini menyaksikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui Facebook Berita Al-Hijrah.
Majlis akad nikah dalam talinan ini juga telah dikongsi melalui Facebook hari ini. Dr Zulkifli juga turut mengucapkan tahniah kepada JAWI atas usaha dan kejayaan bagi membantu pasangan yang berkahwin itu.
Ads
Ini adalah usaha terbaik untuk menangani dan memutuskan rantaian wabak COVID-19. Majlis ini juga adalah selaras dengan ketetapan dikeluarkan JAWI pada 17 April lalu yang beri kelonggaran kepada pasangan yang memperoleh kebenaran berkahwin.
Ads
JAWI membenarkan majlis akad nikah secara sidang video ini berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.
Antara negara yang turut melaksanakan akad nikah dalam talian semasa COVID-19 ini adalah Emeriyah Arab Bersatu.
‘Harapkan doa terbaik, saya bukan manusia sempurna.’ Syamsul Yusof mengaku sudah sah bernikah dengan Ira Kazar berwalikan bapanya di Thailand.
Akhirnya setelah melalui episod yang panjang, kemelut rumah tangga yang melanda pasangan ini menemui noktahnya.
Pengarah popular, Syamsul Yusof, 39, akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini. Syamsul berkongsi berita itu menerusi video di Instagram, hari ini.
Dalam masa yang sama, menurut Syamsul, pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan,” katanya menerusi video itu.
Difahamkan, Syamsul kini berada di Thailand. Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.
“Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.
Malah jelas Syamsul, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.
“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga. Saya harap doa yang baik-baik dari ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.
“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati, dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki dan niat jahat.
“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.
Kematian itu pasti sebagaimana janji Allah di luh mahfuz lagi bagi setiap hambaNya, ia tidak cepat sesaat malah tidak lewat seminit. Namun saat diuji dengan kematian, ahli keluarga perlu mempunyai “ilmu” agar tidak mudah termakan kata-kata pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas kesedihan orang lain.
Dari satu perkongsian dari fb Mr Wan Cai Official yang mengendalikan skuad Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) secara percuma bagi golongan tidak berkemampuan, ada berkongsi ilmu yang perlu diketahui oleh ramai pihak di mana ada “cubaan memperdaya” atau membuat duit tepi kakitangan hospital sedangkan memandikan dan mengkafankan jenazah bukan syarat wajib bila berlaku kematian di hospital.
Bacalah perkongsian ini, sekurangnya kita ada ilmu.
Saya terpanggil untuk kongsikan tentang kisah jenazah yang kami bantu hantar ke Kelantan semalam. Jujurnya saya sedikit terkilan dengan apa yang dilakukan oleh seorang staff forensik di sebuah hospital. Rasa marah juga membuak buak.
Ceritanya begini.
Kami dihubungi oleh waris si mati yang meminta bantuan menghantar jenazah ke Ketereh Kelantan. Lalu seperti biasa kami meminta pihak waris simati menghantar gambar permit kematian. Mengikut sop yang ditetapkan kami hanya boleh keluar bertugas apabila gambar permit kematian dihantar oleh waris.
Gambar permit kematian tersebut perlu dihantar menggunakan aplikasi whats app ke nombor talian hotline UKVJ. Apabila gambar permit diterima barulah sukarelawan yang bertugas akan bergerak ke lokasi yang diberitahu untuk mengambil jenazah.
Ok kita kembali semula kepada cerita jenazah yang hendak dihantar ke Kelantan. Setibanya rakan sukarelawan dibilik mayat waris memaklumkan jenazah tersebut tidak boleh dituntut.
Jadi rakan sukarelawan agak pelik kenapa jenazah ahli keluarga sendiri tidak boleh dituntut.. Sedangkan permit kematian sudah diterima oleh waris simati. Jadi seorang rakan yang bertugas bertanya kepada waris simati untuk mendapatkan kepastian.
Waris simati memberitahu jenazah hanya boleh dituntut selepas proses mandi dan kafan dilakukan oleh pihak hospital. Kata staff tersebut itu adalah prosedur yang ditetapkan oleh pihak hospital sebelum jenazah boleh dituntut.
Persoalannya sejak bila pihak hospital ada menyediakan perkhidmatan mandi dan kafankan jenazah?
Dan sejak bila pula jenazah hanya boleh dituntut oleh waris simati selepas dimandi dan dikafankan?
Bagi saya staff forensik yang bertugas dikaunter pada hari kejadian agak melampau. Jelas staff tersebut cuba memperdayakan dan memperbodohkan waris simati. Mengapa pula pengurusan mandi dan kafan jenazah ditetapkan oleh seseorang yang berkerja sebagai staff forensik?
Bab pengurusan mandi dan kafan jenazah bukan dibawah bidang kuasa pihak hospital. Cumanya pihak hospital ada melantik jurumandi jenazah lelaki dan perempuan. Individu individu yang dilantik boleh menguruskan mayat orang islam@bukan islam dibilik pengurusan jenazah milik hospital.
Erti kata mereka adalah jurumandi lantikan dari hospital. Atau lebih tepat mereka adalah badan pengurusan jenazah swasta@berbayar.
Waris simati boleh mendapatkan khidmat jurumandi lantikan hospital sekiranya tidak mempunyai jurumandi untuk menguruskan jenazah ahli keluarga. Tetapi khidmat untuk menggunakan jurumandi jenazah MESTILAH ATAS PERSETUJUAN WARIS SIMATI.
Bermaksud tiada paksaan sekiranya waris simati mahu menggunakan khidmat jurumandi luar@khairat kematian@ngo.
Dalam perkongsian saya ini. Waris kepada jenazah yang hendak kami bantu urus itu dimomokkan dengan prosuder yang ditetapkan sendiri oleh staff forensik tersebut. Sedangkan proses mandi kafan tiada kaitan dengan tugas beliau sebagai seorang staff forensik.
Anda tahu mengapa staff forensik tersebut menetapkan syarat sebegitu?
Jawapannya mudah.
Staff forensik itu mahu mengejar duit tips dari jurumandi lantikan hospital. Nak cari duit poket tepi
Apa yang saya katakan berfakta.
Jika tidak mengapa staff tersebut menetap syarat yang bukannya dikeluarkan oleh pihak hospital kepada waris simati? Staff forensik tersebut tidak layak mencampuri urusan mandi dan kafankan jenazah. Tetapi setiap staff forensik yang bertugas boleh membantu waris simati. Dengan cara menyalurkan maklumat perkhidmatan mandi dan kafan jenazah yang dilantik oleh pihak hospital. Itu sekiranya waris simati tidak mempunyai jurumandi jenazah sendiri.
Di dalam isu yang saya bangkitkan pada malam ini jelas staff forensik yang bertugas cuba mengugut waris simati.
Alasan yang diberi sememangnya langsung tidak masuk akal. Mujur Allah bantu permudahkan urusan waris dan jenazah. Selang beberapa minit staff forensik yang bertugas telah membenarkan jenazah dituntut.
Itupun setelah beliau mengetahui pihak UKVJ yang mahu menuntut jenazah tersebut. Mungkin juga selepas beliau terlihat van jenazah milik UKVJ tiba dibilik forensik. Tanpa berlengah jenazah terus kami angkat untuk dibawa masuk kedalam van.
Kemudian jenazah telah kami bawa ke bilik wakaf jannatul firdaus dan disempurnakan oleh rakan dari unit bilal muslimin. Apapun terima kasihlah kepada staff forensik tersebut kerana akhirnya membenarkan kami menuntut jenazah.
Jika berkeras juga saya tak tahu apa yang akan berlaku. Mungkin itu adalah hari paling malang untuk beliau sepanjang dalam hidupnya. Memang saya akan ajar cukup cukup.
Biar manusia bertopengkan syaitan itu sedar. Jangan jadikan kematian sebagai tiket untuk membuat duit. Gaji yang diterima sebagai staff forensik itu walaupun sedikit sekurang kurangnya berkat.
Nilai rm20 rm30 dan rm50 untuk komisen 1 jenazah itu tak kemana pun. Bukan boleh kaya cari makan dengan cara sebegitu. Tidak akan jatuh miskin kalau tak ambil duit dari kematian orang lain.
Bertaubatlah. Hari ini kita penaya jenazah orang lain. Esok lusa bila mati orang penaya pula pada jenazah kita. Belum terlambat untuk bertaubat.
Sekadar peringatan.
Apa yang saya tulis ini adalah benar. Saya sanggup dilaknat sekiranya mengadakan cerita. Saya juga tidak menyatakan semua yang berkerja dibahagian unit forensik terlibat. Hanya segelintir mempunyai sifat tidak berperikemanusiaan.
Isu diatas kerap berlaku kepada kami. Sudah beberapa kali juga kami bertekak dengan segilintir staff forensik yang tidak beramanah sewaktu bertugas.
Saya sendiri telah melaluinya 2 tahun yang lalu. Ketika itu melibatkan pengurusan jenazah ibu muda yang telah mewasiatkan kematiannya kepada saya dan UKVJ.
Ibu muda tersebut meninggal dunia sehari selepas melahirkan anaknya. Anaknya itu turut sama meninggal dunia. Si suami ditakutkan dengan cerita darah selepas jasad isterinya dibedah siasat.
Mungkin ada yang ingat lagi dengan kisah kematian melibatkan isteri dan anak kepada individu bernama"WAN JENGKA". Beliau menjadi saksi dengan apa yang telah berlaku terhadap kematian isterinya.
Dimomok dan diperbodohkan oleh seorang staff forensik. Hanya kerana mahukan komisen dari jurumandi yang hendak menguruskan jenazah isterinya. Staff tersebut sanggup memperdayakan seorang suami yang sedang kesedihan.
Perkara ini sudah berkali kali terjadi. Semalam perkara sama berlaku sekali lagi. Laknatlah kepada mereka yang terlibat.
Mohon share posting ini sebanyak yang mungkin. Biar mereka yang terlibat hadam
PERINGATAN-JIKA ADA PIHAK YANG MENAWARKAN KHIDMAT MANDI KAFAN YANG DILAKUKAN OLEH HOSPITAL ITU ADALAH TEKTIK UNTUK MENIPU WARIS SIMATI.BEGITU JUGA DENGAN VAN JENAZAH.VAN JENAZAH MILIK HOSPITAL MEMPUNYAI LOGO BULAN SABIT DIBAHAGIAN KENDERAAN.JIKA TIADA LOGO TERSEBUT BERMAKNA ITU ADALAH VAN JENAZAH SWASTA ATAU MILIK ULAT VAN JENAZAH.
Gambar hiasan sumber : FB Mr Wan Cai Official
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
“Tak perlu mandi wajib, terus solat subuh.’ Ini ingatan ustaz buat pasangan selepas bersama. Menjalinkan hubungan intim bagi suami, isteri yang telah bernikah sebenarnya menambah pahala.
Tidak kiralah sekadar melakukan ‘ringan-ringan’ atau pun bersama. Ramai yang mengetahui bahawa setiap pasangan wajib mandi junub setelah melakukan hubungan intim.
Namun bagaimana pula bagi kes ringan-ringan, adakah perlu mandi wajib. Tentu saja perasaan timbul untuk sucikan diri terutamanya sebelum mendirikan solat subuh di pagi hari. Ikuti perkongsian Ustaz Noor Hafiz ini dan hadam baik-baik.
Soalan:
Saya nak tanya boleh kah, suami isteri terus solat subuh tanpa mandi wajib terlebih dahulu setelah bersama malamnya? Sepupu cakap boleh, saya mahukan kepastian?
Jawapan:
Pada malam harinya pasangan suami, isteri telah bersama. Kemudian keesokan paginya, sebelum subuh wajib atau tidak mereka mandi wajib terlebih dahulu sebelum mendirikan solat Subuh.
Pertama sekali, kita hendaklah pastikan apakah maksud bersama dalam konteks soalan ini sama ada melakukan persetubuhan iaitu sekurang-kurangnya memasukkan kepala zakar suami di dalam faraj isterinya.
Walaupun masuk sekali, walaupun tanpa keluar air mani, situasi ini wajib suami dan isteri mandi wajib.
Namun begitu, sekiranya “bersama” dalam konteks soalan ini merujuk tidak melakukan persetubuhan, tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan air mani keluar.
Jika sekadar melakukan perkara ini, maka keesokkan paginya suami isteri ini tak perlu mandi wajib. Hanya perlu bersihkan diri, ambil wudhuk dan solat subuh.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.