Berkatalah yang benar walau pun pahit kerana ia lebih baik daripada terus berpura-pura. Dalam rumah tangga, ada baiknya suami atau isteri berbicara tentang kebenaran.

Mengapa harus bersandiwara sedangkan natijahnya akan memburukkan keadaan pada masa hadapan.

Berikut perkongsian daripada Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

BENAR WALAUPUN PAHIT

Teguran orang yang paling hampir dengan kita selalunya kebenaran, tetapi ia juga selalunya menyakitkan.

Apabila pasangan kita memberi teguran, terimalah, walaupun pahit. Jika terlalu pedih, diamkan diri. Jangan melenting, apa lagi berdendam.

IKLAN

Selagi pintu hati kita tidak terbuka menerima teguran, selagi itulah kita tidak akan mampu membuat perubahan.

Pedulikan niat orang yang menegur, samada dia ikhlas atau sebaliknya. Yang penting hati kita… cubalah ikhlas menerimanya.

Apabila Pasangan Kita Memberi Teguran, Terimalah Walaupun Pahit, Jangan Melenting Apa Lagi Berdendam

IKLAN

Jika orang yang paling rapat dan paling menyayangi itupun enggan kita terima tegurannya, bayangkan siapa lagi yang boleh kita harap untuk menegur kita. Tegur menegur ialah tradisi sebuah rumah tangga yang baik.

Berikut ialah tip untuk memberi dan menerima teguran dalam rumah tangga:
1. Yang menegur cubalah ikhlaskan hati. Hati yang ikhlas akan menggamit datangnya bantuan Allah untuk memudahkan orang yang ditegur menerimanya.

2. Gunakanlah bahasa dan ayat yang lembut untuk menegur. Nabi Musa AS pun dididik oleh Allah untuk menggunakan kata-kata yang lembut untuk menegur Firaun.

IKLAN

3. Yang ditegur, dengarlah dengan mata, telinga dan hati. Anggaplah teguran itu sebagai suluh yang menerangi titik buta kita.

4. Jika menyakitkan, jangan membalas sebaliknya diam… ambillah tempoh bertenang untuk memikirkannya.

5.Yang menegur dan ditegur, jangan sekali-kali mempersoalkan keikhlasan pihak lain. Katakan dia ikhlas…cuma mungkin cara memberi atau menerimanya sahaja yang kurang tepat.

Sumber Kredit: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

https://www.youtube.com/watch?v=mOzwGsmECGQ

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI