Author: webadmin

Doa Masuk Rumah

Maksudnya: “Dengan nama ALLAH kami masuk (ke rumah), dengan nama ALLAH kami keluar (daripadanya) dan kepada TUHAN kami, kami bertawakal.” – Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tobrani. Syeikh Ibn Baz berpendapat bahawa sanad hadis tersebut Hasan dalam kitabnya Tuhfatul Akhyar, no. 28. Berminat? < Klik Sini!

Peniaga Yang Terhalang Dari Syurga

Siapa yang berniaga mahukan rugi? Tidak ada rasanya. Semua yang terlibat dalam perniagaan, sama ada kecil atau pun besar, mahu mendapat untung. Demi mendapat untunglah, usahawan akan fokus kepada strategi pemasaran, pengiklanan, ikuti pelbagai seminar, bina networking dan sebagainya.

Menguruskan Jenazah Diri Sendiri? Bagaimana?

“Sekitar jam 8 pagi tadi, saya menerima panggilan telefon daripada anak saudara kepada si mati, Dia meminta saya menguruskan jenazah pak ciknya yang meninggal dunia semalam akibat sakit tua. Jenazah berkenaan masih lagi berada di hospital. “Anak saudara si mati mencari perkhidmatan pengurusan jenazah profesional melalui alam maya, lalu terjumpalah […]

Bahana Kencing Berdiri

Perlu difahami kita bukan bahas mengenai hukum kencing secara berdiri. Ini kerana Imam An-Nawawi juga ada menyebut dalam penjelasannya terhadap Imam Muslim, walaupun ada hadis yang menyebutkan larangan buang air kecil sambil berdiri adalah lemah, kecuali hadis ‘Aisyah RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ahli sunah bahawa beliau berkata: […]

Majlis kahwin Gahnya Sehari, Gelisah Berhari-Hari

  ABD RAZAK MUTHALIB Penulis ialah Jurulatih Kanan & Motivator di Akademi Magnet Sukses. Graduan Ijazah Sarjana Kuliyah Ilmu Wahyu, UIAM   SEKIRANYA pasangan ibu bapa dimaklumkan oleh anak teruna atau anak gadis yang mereka sudah ada ‘kawan istimewa’, senyum dan bersyukurlah. Mengapa? Kerana anak tersebut mempunyai fitrah yang normal. […]

Gempar kejadian bulan keliling Kaabah

GEMPAR dan menggemparkan. Viral yang tersebar mengenai bulan mengelilingi Kaabah kembali lagi untuk ke berapa kalinya. Versi penyebarannya dalam tahun 2015 masih sama seperti sebelumnya. Cuma pada tahun 2011, variasinya berlainan sedikit. Pihak terbabit telah menggunakan nama Datuk Mazlan Othman bagi mensahihkan viral berkenaan. Berikutan itu, ahli astronomi amatur dan […]

Penjara Guantanamo Paling Kejam di Dunia

Guantanamo terletak di sebuah teluk yang menghadap ke lautan Caribian. Tepatnya terletak di negara Cuba, Amerika Latin. Kisah teluk ini berpindah tangan kepada Amerika Syarikat (AS), mempunyai kisah tersendiri. Bermula daripada penjajahan Sepanyol ke atas Cuba, negaranya Fideral Castro itu terus berjuang melawan penjajah. Menyedari keadaan tersebut, AS menghulurkan tangan. […]

Tinggalan Sejarah Hebat di Istanbul

KALI ini kita selusuri perjalanan penulis blog www.wacanaku-travel.blogspot.my mengenai percutiannya ke Istanbul. Jom baca. Hari kedua di Istanbul, penulis bersiar-siar di Blue Mosque (Masjid Biru), Topkapi Palace dan Hagya Sophia. Ketiga-tiga tempat ini terletak di satu lokasi sahaja. Kedudukannya bersebelahan. Menariknya, di tengah-tengah lokasi ini terdapat taman yang sesuai untuk […]