Ramai yang mengikuti perkembangan terkini mangsa belasahan suami sehingga koma iaitu Jahidah Nordin, 43.
Alhamdulillah, di sebalik ujian menimpanya, Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Jihady dalam keadaan dirinya terusan koma ketika janinnya berusia 15 minggu melalui kaedah pembedahan minggu lalu.
Bahkan dirinya kekal stabil selepas pembedahan itu (masih di wad dan dalam pemantauan doktor) dan berita gembira ini dikongsikan oleh adiknya, Fauziah Nordin yang setia menjaga kebajikan kakaknya yang terlantar kesan menjadi mangsa seorang suami yang tidak bertanggungjawab.
Ads
Dayus kerana memukul seorang perempuan yang lemah hingga mengalami kecederaan di otak, patah tulang belakang, rusuk, tidak mampu bercakap mahu pun respon dan hanya mampu membuka matanya, itu pun dalam keadaan separuh sahaja.
Dalam perkongsian di tik toknya @ziahzara15, Fauziah memaklumkan sehari selepas Jihady dilahirkan (dinamaikan Baby J), terdapat sedikit salah faham dengan Jabatan Sosial hospital kerana dirinya tidak dibenarkan untuk mengenal pasti jantina Baby J namun hal ini kemudian dapat diselesaikan.
Ads
Bahkan anak kecil itu juga terpaksa ditahan di wad seketika kerana mengalami demam kuning dan kini “malaikat kecil” itu sudah pun berada di depan mata mereka sekeluarga.
Dapat dilihat dari perkongsian videonya, wajah Baby J yang comel hinggakan ramai terusan mendoakan agar baby ini membesar sihat untuk bersama-sama ibunya di dunia. Bahkan ramai yang mendoakan kesejahteraan anak kecil ini selain mampu membela ibunya kelak selepas dewasa. Malah ada mendoakan anak ini menjadi anak soleh apabila membesar kelak.
Ads
Tulis Fauziah, “kuatnya Baby J. Dia tahu ibunya tak mampu, sakit. Tak normal macam dulu. Tapi kerana kuat nak bertemu ibunya, lahirnya Baby J ke dunia walau pun penuh dugaan, kesakitan dan kesedihan. Moga Baby J dan ibunya sama-sama kuat untuk bertemu di dunia. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Seperti yang kita ketahui, wabak COVID-19 masih lagi ada di sekitar kita. Malah pandemik ini begitu senang menyerang orang tua yang mempunyai tahap ketahanan antibodi rendah.
Baru-baru ini pelakon Daler Yusuf berkongsi berita duka apabila nenek kesayangan yang berada di Uzbekistan telah meninggal dunia setelah disahkan positif COVID-19.
Petanda bahawa jodoh sudah dekat dari Allah dan dalam Islam tidak dapat dinafikan adakalanya sukar untuk dilihat. Mungkin ada petanda yang ditunjukkan namun kita kerap mengabaikannya. Sememangnya jodoh itu rahsia Allah.
Sesungguhnya Allah sudah menyiapkan jodoh yang sesuai dengan kualiti diri kita sendiri sehingga tidak timbul soal terlalu cepat atau terlalu lambat.
Berikut sedikit gambaran mengenai tanda jodoh sudah dekat menurut Islam.
BERANI BERTERUS-TERANG
Jodoh bermula daripada perasaan yang timbul dalam hati. Apabila ia adalah jodohmu, maka tidak akan ada penghalang perasaan yang timbul dalam hatimu sebab untuk hati yang saling mencintai, anda punya keberanian untuk meluahkan perasaan.
SIFAT MEMAAFKAN
Ya, memang terasa sulit untuk mendapatkan pasangan yang baik, khususnya yang memiliki sifat pemaaf. Akan tetapi, jika ia adalah jodohmu, maka si dia atau anda tidak keberatan untuk memaafkan antara satu sama lain.
SALING MEMBERI MOTIVASI
Semua manusia tidak selamanya akan selalu berada di atas dan ada waktunya untuk berada di bawah. Pada saat inilah, kita sangat memerlukan motivasi dari seseorang, sebab umumnya orang akan menjauhkan diri saat kita jatuh.
Akan tetapi untuk si dia yang merupakan jodohmu, hadirnya si dia dalam kehidupanmu terasa seperti malaikat yang menyelamatkanmu. Si dia juga memiliki cara tersendiri untuk memberikan motivasi kerana si dia menginginkan segala yang baik untuk anda berdua.
SELALU SELESA BERSAMA
Jodoh yang sudah dekat biasanya boleh dilihat apabila saat anda bersama-sama maka tidak ada rasa bosan sedikit pun. Semakin sering bersama maka akan semakin memberikan ketenangan, perasaan gembira di saat anda sedang berduka. Sebaliknya jika sedang berjauhan maka akan terasa sedikit tertekan serta rindu ingin bertemu.
JADI DIRI SENDIRI
Percayalahm apabila jodoh semakin mendekat, ia dapat dilihat daripada segi penampilan diri. Jika anda dan si dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat maka ini adalah salah satu petanda yang jodohmu sudah dekat.
.HATI TIDAK BERBELAH BAHAGI
Hati dalam bahasa Arab bermaksud al-Qaib iaitu mudah berbolak-balik. Jika anda mendapati bahawa hati anda tidak pernah berbelah bahagi dan tetap pada si dia makan ia merupakan petanda si dia adalah jodoh untukmu. Kemantapan hati ini didasari dengan memohon petunjuk dari Allah.
KETENANGAN JIWA
Jika kehadiran si dia memberikan ketenangan jiwa yang selalu membuatkan anda terasa damai maka dialah jodoh anda seperti Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, ”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [QS.A-Ruum : 21].
PANDAI MENYIMPAN RAHSIA
Jika si dia pandai menyimpan rahsiamu maka ia menjadi petanda yang jodohmu sudah dekat. Namun jika sebaliknya yang berlaku maka tolaklah orang tersebut dengan cara yang baik.
SELESA BEKERJASAMA
Kerjasama sangat diperlukan antara anda dengan pasangan. Perkara ini penting untuk kehidupan anda di masa hadapan. Hal ini kerana tugas sebagai ketua keluarga amat berat. Apabila anda sudah bertemu dengan orang yang anda boleh bekerja bersama-sama dalam segala urusan maka ini menjadi petanda yang jodohmu sudah dekat.
MEMBUATMU BERHENTI MENCARI
Petanda jodoh sudah dekat berikutnya menurut Islam adalah jika si dia membuatkan anda berhenti untuk mencari jodoh. Anda merasa hidup anda tidak lengkap tanpa kehadiran si dia sekaligus menjadikan anda yakin yang dialah orang tepat yang diberikan Allah pada anda. Saat ini bererti jodohmu memang sudah sampai.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bila seseorang itu menetap bekerja di tempat lain, bolehkah solat jamak qasar di kampung mak, ayah apabila setiap kali pulang menjenguk mereka.
Kadang-kadang timbul kekeliruan bagi menentukan di manakah tempat yang sebetulnya bermukim atau bermastautin bila ingin mengerjakan solat jamak dan qasar.
Ikuti penerangan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkaitan isu ini dan fahami penjelasan yang disampaikan:
Soalan:
Berkenaan soal bermukim, alamat menetap dan bekerja adalah di Selangor, jika saya balik ke kampung halaman (Johor), adakah rumah saya di kampung halaman dikira mukim?
Boleh ke saya solat jamak qasar semasa di kampung halaman saya? (Balik kampung tidak lebih 3 hari)
Solat qasar dan jamak adalah merupakan rukhsah yang diberikan oleh Allah SWT. Ia merupakan kemudahan yang dianugerahkan kepada umat Islam agar mereka boleh menunaikan ibadat solat di mana sahaja mereka berada. Perkara ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam firmannya:
Maksudnya: “Dan jika kamu bermusafir di muka bumi ini, maka tidak berdosa ke atas kamu untuk memendekkan solat (solat empat rakaat dijadikan kepada dua rakaat).”
(Surah al-Nisa’:101)
Imam al-Nawawi berkata: “Ayat ini mengaitkan hukum qasar dengan al-dorb `ala al-ardh (permusafiran). Justeru, jika seseorang ialah penduduk suatu kota maka dia boleh qasar apabila dia berpisah daripada bangunan yang dinisbah kepada kota tersebut.” (Lihat al-Majmu` Syarh al-Muhazzab, 4/346)
Ayat di atas menjelaskan bahawa rukhsah iaitu kemudahan dan keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambanya yang bermusafir.
Keringanan (rukhsah) ini merupakan pemberian daripada Allah SWT kepada hambaNya, maka hendaklah kita menerimanya. Saidina Umar R.A pernah bertanyakan berkaitan perkara ini kepada Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Ia merupakan pemberian sedekah dengannya oleh Allah SWT, maka terimalah pemberian itu daripada Allah SWT.”
Riwayat Ibn Hibban (2739). Syeikh Syuaib al-Arnaut dalam Takhrij Sahih Ibn Hibban (2739) menyatakan bahawa sanadnya sahih berdasarkan syarat imam Muslim.
Berkenaan jarak dua marhalah, terdapat beberapa pendapat, antaranya:
Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan: dua marhalah itu adalah bersamaan 88.704 km. (Lihat al-Wajiz, 1/266).
Syeikh Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaff, dua marhalah itu bersamaan lebih kurang 82 km dan lebih. (Lihat Taqrirat al-Sadidah, hlm. 315)
Justeru, jarak dua marhalah di dalam ukuran sekarang seperti disebutkan oleh para ulama di dalam kitab merupakan anggaran. Ukuran ini lebih kepada taqribi (anggaran), bukannya tahdidi (ketepatan).
Kami nyatakan hal ini dengan sebuah hadith al-Ala` bin al-Hadhrami R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ثَلاَثٌ لِلْمُهَاجِرِ بَعْدَ الصَّدَرِ
Maksudnya: “Tiga hari bagi orang Muhajirin (boleh menetap di Makkah) selepas al-sadar (yakni selesai manasik Haji).” – Riwayat al-Bukhari (3933) dan Muslim (1352)
Abu Ishak al-Syirazi berkata: “Jika seorang musafir itu berniat mukim (menetap) empat hari selain hari masuk dan hari keluar maka jadilah sebagai seorang mukim, dan terhentilah rukhsah musafirnya kerana niatnya yang ingin menetap tiga hari tidak menjadikan orang yang musafir itu seorang yang mukim.” Lihat al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’ie, 1/195)
Berdasarkan persoalan di atas, kami katakan bahawa alamat menetap dan bekerja adalah saudara di Selangor adalah tempat permukiman saudara dan saudara tidak boleh menjama’kan dan menqasarkan solat.
Tetapi sekiranya saudara balik ke kampung halaman di Johor, maka rumah saudara di kampung halaman tidak dikira sebagai tempat pemukiman kerana saudara hanya menjadikannya sebagai tempat persinggahan saudara sahaja yang tidak melebihi tiga hari, bukannya tempat saudara tinggal secara tetap dalam tempoh yang lama.
Maka dalam hal ini, saudara boleh solat secara jama’ dan qasar semasa saudara di kampung halaman saudara. Hal ini sekiranya rumah di kampung halaman saudara itu merupakan rumah ibu atau bapa saudara.
Namun begitu, jika sekiranya rumah di kampung saudara merupakan milik saudara, saudara telah masuk dalam kategori Sahib al-Baladain iaitu orang yang memiliki dua tempat tinggal yang berbeza.
Justeru, saudara hanya berhak solat jama’ dan qasar hanya ketika dalam perjalanan sahaja.
Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang mendirikan solat. Marilah sama-sama kita berdoa:
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik.
Kashoorga: Semoga penjelasan ini memberi manfaat buat kita semua.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...