‘Hebat! baru 10 tahun, dua kali harum nama negara.’ Ahmad Azfar Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.

Setelah melakarkan sejarah apabila menjadi naib juara pertandingan tilawah al-Quran di Qatar, Ahmad Azfar Azraie sekali lagi berjaya mengharumkan imej Malaysia.

Artikel Berkaitan

‘Johan Qariah Berlatih Dalam Kereta.’ Guru Geografi Ungguli Pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa  

Baru 10 Tahun

Menerusi hantaran oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui laman sosial rasminya, qari cilik itu kali ini mencipta nama pula di Algeria sebagai juara Musabaqah Mazamir Daoud di negara itu.

‘Baru 10 Tahun, Dua Kali Harum Nama Negara.’ Ahmad Azfar Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa
Kredit Foto JAKIM

Ahmad Azfar baru berusia 10 tahun dan qari cilik yang berasal dari Melaka ini telah memenangi Kategori Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun sebagai mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa tersebut.

Dua Kali Harum Nama Negara

Mazamir Daoud membawa maksud suara lantunan indah Nabi Daud, merupakan acara tahunan dan turut disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen satelit Al-Shorouk.

‘Baru 10 Tahun, Dua Kali Harum Nama Negara.’ Ahmad Azfar Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa
Bersama juri Sheikh Prof Kamal dari Algeria. (Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak).

Acara ini ke udara sejak 2014 sebagai program mingguan sebelum dijadikan acara pertandingan bertaraf antarabangsa untuk remaja dari seluruh dunia oleh penerbitnya, Rizwan Hussein.

IKLAN

Ini bukanlah peng alaman pertama bagi Ahmad Azfar, tetapi merupakan penampilan kali kedua bagi Ahmad Azfar di peringkat global setelah mencipta rekod apabila memenangi tempat kedua program Tijan Nour di Qatar pada 19 Mac lalu.

‘Baru 10 Tahun, Dua Kali Harum Nama Negara.’ Ahmad Azfar Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa
Halaqah Qurra’- Qurra’ cilik dari seluruh dunia. (Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak).

Ahmad Azfar Johan

Ketika pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa edisi ke-10 itu, beliau menyertai kategori umur bawah 13 tahun dan berita ini turut dilapor secara meluas oleh Jakim.

Awal Julai lalu, dia juga muncul juara qari program Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Kebangsaan 2022 di bawah anjuran Lembaga Penasihat Pendidikan Agama Islam Jakim.

Nama Ahmad Azfar bukan asing dalam bidang pembacaan kitab suci itu kerana bapanya sendiri, Azraie Abdul Hak merupakan naib johan Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2018 lalu.

‘Baru 10 Tahun, Dua Kali Harum Nama Negara.’ Ahmad Azfar Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa
Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak.

Musabaqah Tilawah Al-Quran

Selang beberapa minggu kemudian, guru agama itu menjuarai pula kategori tilawah al-Quran dalam acara Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat Antarabangsa diadakan di Kuwait.

IKLAN

Pengalaman pernah menyertai pertandingan seumpamanya di Russia, Turkiye dan Iran sebelum itu membolehkan Azraei menewaskan ramai peserta hebat dari 75 negara yang lain.

‘Baru 10 Tahun, Dua Kali Harum Nama Negara.’ Ahmad Azfar Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa
Ibu dan ayah Ahmad Azfar. (Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak).

Peringkat Antarabangsa

Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka itu turut pernah muncul sebagai pemenang ketiga Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2022 pada Jun lepas.

Malahan, isterinya sendiri, Sarrul Munirah Haris pula yang turut mewakili Melaka telah dinobatkan menjadi naib johan pada pertandingan berkenaan untuk kategori qariah.

Baca Di Sini

IKLAN

‘Ramai Tak Pandai Mengaji, Orang Macam Saya Perlu Diselamatkan’. My #QuranTime 2.0 Bakal Tampil Pengisian Lebih Mendalam

MasyaAllah, Dah Le Cantik Pandai Mengaji Pula&Merdunya Suara Bila Qariah Muda Tarannum & Bismillah Dengan Selebriti

Kashoorga : Alhamdulillah dan tahniah Ahmad Azfar serta keluarga. Ternyata kejayaan yang datang bukanlah sesuatu yang mudah, perlukan usaha dan sokongan berpanjangan terutama daripada ibu dan ayahnya. Semoga Ahmad Azfar makin gemilang di masa depan. Insyallah.

Sumber : Azraei Abdul Hak, Utusan Malaysia, JAKIM

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI