Wanita memakai hijab kerana memenuhi tuntutan agama Islam bagi menutup aurat. Namun apabila melihatkan gaya fesyen tudung masa kini menyebabkan matlamat untuk menutup aurat tidak sampai ke sasarannya malah lebih buruk lagi hampir mengherat kaum wanita ke neraka.
Tidak dapat dinafikan bahawa tidak salah untuk berfesyen namun mestilah tidak melanggar syariat agama yang telah ditetapkan.
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)
KRITERIA TUDUNG YANG MENGIKUT SYARIAT:
- Tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk leher.
- Menutup bahagian leher dan juga dada.
- Memakai tudung tetapi tidak memakai anak tudung sehingga menyebabkan rambut masij kelihatan.
- Tidak berlebih-lebihan. Tudung yang sederhana itu lebih baik.
CIRI-CIRI TUDUNG YANG TIDAK MENUTUP AURAT:
Sumber: Kelantan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Patutlah Tak Sampai-sampai”- Sedih Luahan Wanita Hamil 2 Bulan, Suami Terkorban Kemalangan
Sesungguhnya memang benar rindu yang paling sarat ialah rindu kepada insan yang telah pergi buat selamanya. Rindu yang tiada ubatnya. Betapa beratnya dugaan wanita ini apabila kehilangan imamnya ketika sedang hamil 2 bulan.
Jika sebelum ini dia pernah kehilangan kerana mengalami keguguran dan kini terpaksa menghadapi rasa sedih kehilangan sekali lagi apabila hilang suami tercinta. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk syurga saya. Semoga awak ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Awak selalu pesan jaga solat, jaga aurat. Kalau xmengaji awak akan tnya lama tak nmpak mengaji . awak suami yang baik. .
Dah tkda tempat untuk sy mengadu , bergaduh, merajuk2. Allah. Saya bukan isteri yang terbaik tapi saya sentiasa tunggu awak, setia sentiasa. Rindu suami yang dah takda tu pedih nya ya Allah. Tinggalkan saya, Ayra & anak dalam kandungan. Awak tenang di sana dengan baby k2 kita yang gugur tu okey. Nanti saya & anak2 menyusul juga. Semoga sy kuat tanpa awak. awak balik lambat pon saya dah tak keruan ?? Ni pulak dah tinggalkan saya selamanya.
https://www.instagram.com/p/BvFAbsFnESM/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Ketika sudah bersiap-siap untuk ke majlis reunion syarikat suaminya, lain pula yang terjadi. Patutlah lambat, rupa-rupanya suami wanita ini terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Allah Allah Allah.
Petang tadi aku siapkan baju kami bertiga untuk ke reunion company suami. Pukol 5 petang, tak sampai2.
Aku call suami aku, polis yang jawab. Allahuakbar suami aku kemalangan & meninggal di tempat kejadian. Allahh allahhh. .
Tolong doakan suami saya. Tolong sedekahkan Al Fatihah untuk suami saya yang tercinta.
Kita jumpa di Syurga suamiku…
https://www.instagram.com/p/BvEkebtHsC_/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
https://www.instagram.com/p/BvbdZqyn2Cu/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
PASANGAN INI BARU SAHAJA MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN MEREKA YANG KETIGA 22 JANURI LALU. INI CATATAN DI LAMAN FACEBOOK ARWAH BUAT ISTERINYA.
Happy Anniversary ke 3 sayang, tahun ni kita celebrate dalam reban arnab, ayam & burung je la ye, sweet kan ?
Terima kasih sentiasa bersama saya selama 3 tahun ni, banyak bersabar kerenah saya & anak. Saya paham memang susah nak handle suami hot ni.
Moga hubungan kita akan lebih utuh, diredhai & berkati Allah. Insyaallah jika diizinkan kita ke syurga. Biarlah awak ketua bidadari saya ?
Maafkan segala khilaf & salah saya selama ni. Insyaallah saya akan berusaha untuk jadi lebih baik dunia akhirat untuk kita & Ayra ❤️
Tolong doakan anak kami kuat ?? dah 2 bulan lebih rupanya. Sedih dengar heartbeat. Anak yatim.
https://www.instagram.com/p/BvRBwF_nes8/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Hanya kenangan menjadi pengubat rindu yang tidak terungkap dengan kata-kata.
https://www.instagram.com/p/Bvd82tkFBAu/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Sumber kredit: dr.putri dan Hafizie Jamal
KASHOORGA: Moga wanita ini tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini. Al-Fatihah buat arwah Hafizie Jamal.
VIDEO:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rasulullah Baca Doa Al-Mu’awwidzaat, Lindung Diri, Anak-anak & Cucu Dari Gangguan Syaitan
Gangguan syaitan atau makhluk halus, jin dan sebagainya memang berlaku dalam hidupan harian kita. Ia juga makhluk Allah dan tidak dapat tidak kita perlu hidup bersama mereka. Namun, Allah telah menitipkan beberapa surah sebagai pelindung dengan izinNya kita akan terselamat.
Surah-surah ini dikenali sebagai doa Al-Mu’awwidzaat. Doa ini memang menjadi amalan Rasulullah SAW sebagai pelindung diri baginda, isteri, anak-anak dan cucu daripada gangguan syaitan atau makhluk halus.
Justeru, kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab sudah tentu kita mahukan anak-anak berada dalam perlindungan Allah Ta’ala sepanjnag masa daripada diganggu makhluk halus ini.
Untuk itu, amalkan doa pelindung sebagaimana yang dinukilkan dalam kitab ‘Fiqh Tarbiyatil Abnaa’ Wa Thaa-ifatun min Nashaa-ihil Athibbaa’ Mushtofa Al-‘Adawi menyebutkan disunnahkan bagi orang tua memperbanyak permohonan perlindungan kepada Allah untuk anak pada pagi dan petang hari semampunya atau dari waktu ke waktu.
Cara yang disarankan ialah dengan meniup (meludah nipis) di telapak tangan dan membacakan al-Mu’awwidzaat yang terdiri daripada tiga surah pendek:
- Surat al-Ikhlas
- Surah al-Falaq
- Surah an-Nas
Setelah itu usap telapak tangan tadi kepada anak sebanyak tiga kali.
Inilah amalan harian Nabi SAW ketika Baginda mengeluh kerana merasakan ‘sesuatu’ yang tidak selesa, maka Baginda melakukannya dan mengusapkannya ke kepala dan seluruh badan. Dan Rasulullah SAW melakukan juga hal itu sebelum masuk tidur.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau menceritakan,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW jika beliau sakit, beliau meludah sedikit untuk dirinya sendiri dengan membaca tiga surat al-mu’awwidzaat (al-Falaq, an-Nas, dan al-Ikhlas), Baginda usapkan untuk seluruh badannya dengan tangannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW turut mengajarkan doa tersebut agar anak-anaknya sentiasa mendapat perlindungan Allah Ta’ala dari setiap keburukan dan kejahatan makhluk lainnya.
Doa ini pun sering dipanjatkan Rasulullah SAW ketika mendoakan dua cucunya iaitu Hassan dan Husain.
Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a, beliau menceritakan,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW jika Baginda mengambil posisi di tempat tidur, Baginda akan meniup di kedua tangannya, kemudian membaca al-mua’wwidzaat kemudian beliau usap seluruh badannya dengan kedua tangannya.” (HR. Bukhari)
Artikel berkaitan: Baca Doa Wazifah, InsyaAllah Terhindar Perkara-perkara Buruk
Artikel berkaitan: Nak Kahwin, Kaya, Pandai? Ini Tip Agar Doa Cepat Dikabulkan
Doa Baginda untuk cucunya, iaitu Hassan dan Husain, sebagaimana yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a,
“Nabi SAW memberikan doa perlindungan kepada Hassan dan Husain. Baginda SAW berkata, “Sesungguhnya bapa kalian berdua (iaitu Nabi Ibrahim) biasa memberikan doa perlindungan kepada anaknya, Ismail dan Ishak dengan berdoa,
“‘Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari semua gangguan setan, binatang yang mengganggu, dan pandangan mata yang jahat.” (HR. Bukhari)
Lebih baik kita ajarkan doa-doa seperti ini kepada anak-anak kita ketika mereka sudah mampu, sehingga mereka boleh berdoa untuk diri mereka sendiri.
Selain doa-doa di atas, hendaknya kita juga mengamalkan hadis ini agar anak-anak kita terhindar daripada gangguan syaitan. Dari Jabir bin ‘Abdullah r.a, Rasulullah SAW bersabda,
“Jika awal malam telah tiba (setelah matahari tenggelam), tahanlah anak-anak kecil kalian (di dalam rumah), kerana ketika itu syaitan sedang berkeliaran. Jika telah berlalu sesaat di waktu malam (misalnya setelah Isya’), lepaskanlah mereka (jika mereka mahu bermain di luar rumah, maka dipersilakan)
“(Di awal malam), tutuplah pintu-pintu rumah sambil menyebut nama Allah Ta’ala, karena syaitan tidak dapat membuka pintu yang dipagar (dengan membaca bismillah); tutuplah bilik air kalian dan sebutlah nama Allah Ta’ala (ketika menutupnya);
“Tutuplah wadah-wadah kalian (piring atau gelas) dan sebutlah nama Allah Ta’ala (ketika menutupnya), meskipun kalian tutup dengan tutup seadanya (yang tidak bisa menutup dengan sempurna dan matikanlah lampu-lampu kalian (yang memiliki potensi berbahaya kebakaran jika ditinggal tidur semacam lilin, obor, atau sejenisnya)” (HR. Bukhari dan Muslim)
Wallahu A’lam
Sumber artikel: kalam.sindonews
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Jangan Marah, Berkali-Kali Rasulullah Pesan.’ Cuba Diam, Pause Sekejap Bila Emosi Tak Stabil!
‘Jangan marah, berkali-kali rasulullah pesan.’ Cuba diam, pause sekejap bila emosi tak stabil!
Sememangnya sesuatu yang sukar bila disuruh bersabar di saat api kemarahan meluap-luap. Terasa nak diluahkan segala isi hati bila rasa marah membuak di jiwa. Kalau boleh nak bercakap tanpa henti agar semua orang tahu apa yang terbuku di hati.
Sesungguhnya, perasaan marah, sedih dan gembira merupakan sifat yang terdapat dalam jiwa setiap yang bergelar manusia.
Artikel Berkaitan: Jangan Marah Kalau Isteri Cepat Hilang Sabar, Itu Tandanya Isteri Penat Mental & Emosi
Jangan Marah
Ia adalah emosi semula jadi yang bersifat negatif dan kebiasaannya bermula daripada sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal.
“Jangan marah”… Larangan ini telah diulang oleh baginda nabi beberapa kali. Di dalam sebuah hadis: seorang laki-laki berkata kepada Nabi, “Berilah aku wasiat?”
Beliau bersabda,”Janganlah kamu marah.” Laki-laki itu mengulangi kata-katanya, beliau tetap bersabda,”janganlah kamu marah.” – [HR Bukhari 5651].
Berkali-Kali Rasulullah Pesan
Pendek dan ringkas tetapi mungkin tidak diendahkan sedangkan pengabaiannya mungkin akan menatijahkan sesuatu yang besar kerana marah seseorang boleh bertindak di luar kawalan sehingga membawa kepada kecederaan atau pembunuhan.
Kerana marah, seorang suami boleh menjatuhkan talak kepada isteri apabila berlakunya pergaduhan. Kerana marah, mungkin akan adanya sekeping hati insan yang terluka akibat kata-kata nista yang dihamburkan lidah ketika dalam keadaan marah.
Orang yang dalam sedang marah keadaan tekanan darahnya tidak teratur, jantungnya berdegup kencang, paras degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat, pernafasan menjadi laju serta pendek.
Otot akan menegang, paras hormon juga akan meningkat sehingga menyebabkan pergerakan badan menjadi lebih bertenaga dan ketika itulah syaitan akan masuk.
Cuba Diam
Rasulullah pernah berkata di dalam sabdanya: Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. – [HR Bukhari 3281 dan Muslim 2175].
Apabila syaitan mula membisikkan dengan bisikan kejahatan disebabkan seseorang yang tidak dapat menahan kemarahannya maka seseorang itu akan melakukan tindakan-tindakan di luar batasan seperti memaki hamun, memukul dan ada yang sampai ke tahap membunuh disebabkan kemarahan yang tidak dapat dibendung.
Pause Sekejap
Di sini ustaz kongsikan beberapa cara yang boleh diamalkan untuk meredakan kemarahan. Antaranya ialah:
1. Membaca istia’zah atau ta’awuz.
Mintalah perlindungan Allah daripada syaitan yang menyesatkan dengan melafazkan “Aa’uzubillahiminassyaitonirrojim” yang bermaksud “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”.
Ini kerana syaitan sentiasa menyuruh manusia melakukan sesuatu perkara yang di luar fitrah manusia. Mereka akan berusaha menghasut manusia supaya melakukan perbuatan yang dimurkai Allah ketika seseorang itu dalam keadaan marah.
Oleh yang demikian, kita seharusnya meminta pertolongan Allah supaya diri kita terhindar daripada bisikan yang boleh membinasakan seperti membunuh, memaki hamun, melakukan perbuatan yang melampau dan sebagainya apabila seseorang itu marah.
Baca Di Sini:
Kalau Isteri Marah, Jangan Biar Dia Sendirian Pujuk Diri. Dekati & Peluklah Dirinya Erat-Erat
Bila Emosi
2. Mendiamkan diri atau ‘pause’
Lebih baik daripada berkata-kata ketika marah itu ada benarnya. Kita akan hilang rasional apabila minda dikuasai nafsu amarah.
Bersabar dalam keadaan marah pula bukanlah sesuatu yang mudah, jadi ia memerlukan sesuatu untuk merasionalkan kembali pemikiran. Diam ketika marah dapat mengelakkan kita berkata sesuatu yang tidak sepatutnya.
Sabda Rasulullah: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya berkata baik atau diam. – [HR Ibn Majah 3961].
Tak Stabil
3. Menukar posisi seperti duduk, berbaring atau mengambil wuduk
Menukar posisi kedudukan apabila marah boleh meredakan kemarahan. Sabda Rasulullah: Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring. – [HR Abu Daud 4151].
Atau dengan kita mengambil wuduk. Ini kerana kemarahan yang tak terkawal itu daripada syaitan dan syaitan diciptakan daripada api. Maka air boleh memadamkan api.
Sabda Rasulullah: Maka jika salah seorang di antara kalian marah hendaklah ia berwuduk. – [HR Ahmad 17302].
Hikmah wuduk itu sendiri dapat membersihkan kekotoran hati, menyejukkan hati, melahirkan ketenangan serta dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.
Hakikat sebenar jika kita gagal mengawal kemarahan diri bererti kita telah tewas dengan permainan syaitan yang dilaknat Allah.
Tahan Sabar
4. Memikirkan ganjaran bagi mereka yang menahan marah
Pengiktirafan diberikan kepada mereka yang dapat mengawal diri ketika marah sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Al-Imran ayat 134:
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
Sabda Rasulullah pula yang bermaksud: “Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergaduh, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” – [HR Bukhari 5649].
Bersabarlah, ia merupakan satu sifat yang cukup hebat sehinggakan Allah menyebutnya dalam Al-Quran berulang kali kerana orang yang hebat itu adalah orang yang sentiasa sabar dalam apa jua keadaan.
Semoga kita dapat mengalahkan tipu daya syaitan yang sentiasa ingin kita bersamanya di dalam neraka.
Kashoorga : Setiap kali hendak marah, cuba kawal diri dan alihkan perhatian kepada perkara lain.
Sumber : mStar
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI