Kadang-kadang kita tidak perasan, rezeki itu datang tanpa disangka-sangka. Apabila diselidiki rupa-rupanya berkat sedekah insan bernama isteri sepanjang musim PKP ini.
Seperti perkongsian di laman sosial Facebook melalui page Majlis Ilmu di mana seorang lelaki terkejut kerana rezeki yang datang secara mendadak.
Rupanya sepanjang musim PKP isteri ada membuat amal solehah dengan bersedekah kepada anak-anak yatim, orang susah dan banyak lagi amal kebaikan.
Ternyata dengan doa daripada seorang isteri itu mampu mengubah segala-galanya. Bukan sahaja mendapat rezeki tetapi juga keberkatan dalam berniaga.
Gambar sekadar hiasan.
Tiba-tiba beberapa bulan ni, kompeni saya dapat banyak sangat projek.
Pada mulanya saya rasa ianya hasil marketing yang dibuat.
Namun sekarang baru saya tahu, rupa-rupanya sepanjang PKP isteri saya banyak buat amal sedekah.
Ads
Ada sedekah untuk anak yatim Ada sedekah untuk orang susah Ada sumbangan untuk NGO Ada sumbangan untuk NGO ebit lew juga Dan banyak lagi dia buat
Jadi saya bagi lebih banyak wang kepada isteri, saya pesan
“Ini duit awak, awak nak buat apa pun, awak buat la. Nak beli apa pun, beli la”
Dia tak beli apa2 pun, banyak dia bagi pada orang lain sahaja.
Sekarang saya sedar bahawa nak dapatkan sales atau projek, bukan bergantung kepada marketing semata-mata.
Ads
Tapi ianya bergantung kepada keberkatan & doa. Dalam konteks situasi saya ni amal sedekah yang dibuat oleh isteri saya.
Pernah satu kali ketika berbuka puasa, saya pegang tangan isteri dan cakap
“Terima kasih untuk amal sedekah awak & doa2 awak untuk bisnes keluarga kita. Berkat, Alhamdulillah”
Lepas kata macam tu, mengalir air mata kami berdua. Bukan sedih tapi seronok sebab Allah memang balas berpuluh kali ganda.
Ads
Nak yakin tentang amalan sedekah ni memang susah sebab kadang2 Allah tak berikan ganjaran on the spot, kadang2 kita tak nampak ganjaran yang diberikan.
Tapi, yakinkan diri. Teruskan bersedekah & membuat kebaikan.
Catatan ringkas ni untuk rakan2 dalam group agar teruskan support pihak2 yang berbuat kebaikan tanpa ada rasa ragu-ragu.
Kita buat kerja kita, dan kita yakin.
Selebihnya Allah aturkan.
Goodluck!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam usaha untuk mendapatkan berat badan ideal usaha ke arah itu perlu ada. Bukan sekadar menawan nafsu makan semata-mata, ilmu untuk menurunkan berat badan perlu ada. Amat penting untuk memilih makanan yang tepat agar usaha untuk menurunkan berat badan berhasil.
Berikut perkongsian Adyla Rose tentang bahan-bahan yang perlu ada di dapur jika berhajat untuk menurunkan berat badan. Moga ia menjadi satu perkongsian yang bermanfaat kepada semua.
Barang dapur yang wajib tukar if nak kurus!
1. First sekali kalau korang nk shopping barang dapur, yang kena korang buat ialah, rancang dulu meal plan untuk 1 minggu, kemudian senaraikan barang2 yang akan dibeli. Rancang menu yang pelbagai, supaya diet korang bukan diet yang membosankan & bertukar menjadi diet ke laut?
2. Pilih Real Food
Pilih makanan yang tidak mengalami pengolahan seminima mungkin.
3. Elakkan pilih makanan yang
✅lebih daripada 5 ingredients,
✅yang mengandungi artificial ingredients
✅ingredients yang korang sendiri tak tahu sebut ( pronounce)
4. Baca Nutrition Facts (wajib)!!! Then bandingkan dgn yg lain
* Semak serving size & kalori
* Semak total fat, sodium & sugar
* Semak ingredients
* Semak allergen warning
Semoga perkongsian ini, memberi manfaat kepada korang yang sedang berusaha menurunkan berat badan… Tiada yang mustahil, di mana ada kemahuan di situ ada highway ?! Let’s!!! ??????
Minyak zaitun boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat. Minyak zaitun ni ada banyak jenis. Korang cari yg sesuai utk kegunaan korang k.
Kat label tu ada dinyatakan jenis masakan yg sesuai dgn jenis masakan yg korang nak. Contohnya,
Extra virgin, virgin olive oil – sesuai utk salad, sos dressing (of course u ambil olive oil secara mentah lebih baik)
Pure olive – bakar & grill
Extra light- frying & baking
Olive Pomace Oil – korang kena tau (minyak zaitun jenis ini, kualiti paling rendah)
Semua jenis olive oil ni ada smoke point masing2 ye. So, cara pengambilan (masakan) korang kena alert. Jgn panaskan melebihi smoke point sbb Nanti kualiti @ nutrient tu merosot.
Dalam diet sihat,if nak masak tumis, gunakan teknik tumis ringkas je @ stir fry. Minyak hanya guna sedikit 1 sudu, goreng pada suhu yg rendah, xlebih smoke point & tak terlalu lama & dibiarkan terendam…. Jgn lebih dari smoke point. Kawal suhu.
❌Memang tak masak dengan cara DEEP FRYING.
Minyak untuk stir fry. Nak yg lebih murah boleh guna coconut oil
Tukar garam biasa kepada garam bukit kerana mengandungi lebih mineral. Tapi still kena minimumkan penggunaan k. Secubit je dalam masakan.
Pilih susu low fat. Ni antara susu kegemaran saya
Susu almond kalori paling rendah 100ml = 39cal ! Tapi of course harga a bit mahal. Selalu susu ni hanya bertahan kurang dari 3 hari jeee sebab sedap sangat!
Pilih Greek yoghurt
Green tea untuk meningkatkan metabolisma badan
If tak suka tea boleh cuba kopi ni, kalori sgt rendah! Make sure minum kopi kosong ye. No sugar
Kalau nak dressing, supaya meal korang tak hambar boleh pakai brand kewpie. Korang pilih2 la, banyak lagi perisa yg lain. Limit 1 sudu je yeee dlm hidangan korang. xboleh lebih2. apa2 pun yg korang pilih check label dulu kayyy…
Brand Nandos pun okay. Semua sauce2 ni korang jangan ambil berlebihan. Satu sudu jeeeeeee
Ha, yg ni untuk penyedap rasa dalam masakan korang…
Chia seed. Adyla ambil ni setiap hari. 1 sudu je
Kekacang untuk snacking time. Pilih kekacang yang unsalted.
Cara yg disyorkan: Boleh guna cuka epal @ cuka teen. Yg ni diminum pagi setiap hari 5min sebelum ambil meal. If berpuasa, sebelum tido.
1sudu cuka epal + 200ml air suam
Korang boleh baca tentang cuka epal di sini ?????? https://www.healthline.com/nutrition/apple-cider-vinegar-dosage
Pilih rolled oat. Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan korang lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.
Pilih parboiled rice @ brown rice
Kalau boring makan roti boleh beli wrap. Pilih jenis wholegrain & 6 grains
Kalau dah terbiasa dengan roti putih, apa kata tukar kepada roti Canadian purple wheat yang GI lebih rendah (46) , if susah nk cari boleh beli roti wholemeal, GI index 55
If perlukan protein segera, Pilih tuna ( chunks in water)
Untuk jem, Pilih yang tiada campuran gula dan garam
Pilih ? natural cocoa powder.
Pelbagaikan menu yg mengandungi karbohidrat contohnya keledek manis. keledek memainkan peranan baik dalam diet sihat dan mampu menurunkan berat badan ❤️ tapi mesti jaga portion Kay
If teringin makan coklat boleh pilih yg kandungan cocoa 85% ke atas… Korang jangan makan habis satu ni kay. 1 kotak kecil tu jeeeee
Stevia untuk pemanis semulajadi, Boleh gunakan madu (yang original jeee)
Ayam pilih bahagian dada kerana dada ayam adalah potongan bahagian ayam yang paling rendah lemaknya tapi tinggi protein…. korang jangan lupa ambil ikan jugak k. Boleh pelbagaikan.
Sejak buat diet ni, bila pegi shopping complex, 1st place mesti pegi bahagian bawah dulu?
Sumber kredit: FB: Adyla Rose
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Melihat kesibukan mereka yang bergelar anak seni dengan pelbagai aktiviti, tetapi tidak melupakan urusan ukhrawi.
Siapa sangka beberapa selebriti tanah air kita ini mempunyai suara yang sedap ketika melaungkan azan.
Baru-baru ini inisiatif satu saluran Youtube menyenaraikan lima artis lelaki Malaysia yang sangat merdu kala melaungkan azan dengan suara yang merdu.
Biarpun sibuk dengan urusan duniawi, namun mereka ini tidak sesekali melupakan aspek ukhrawi.
Malah azan yang dilaungkan memberi keinsafan tika mendengarnya. Boleh meremang bulu roma mendengar azan yang biasanya dilaungkan oleh bilal di masjid.
Antara lima artis yang dikatakan mempunyai suara merdu tika melaungkan azan adalah Hazama, Johan As’ari, Alif Satar, Faizal Tahir dan juga Sharul Kamal.
Dalam artikel disiarkan Harian Metro ketika bertanyakan artis terbabit, masing-masing gembira dan berterima kasih kepada pengendali saluran terbabit serta peminat yang memberikan sokongan terhadap usaha dilakukan.
Johan, 33, ketika dihubungi berkata, dia melaungkan azan secara spontan di sebuah masjid di Kulim, Kedah, ketika itu.
“Saya dapat jemputan ke sana. Apabila berada di situ, ahli kariah masjid terbabit minta saya azan. Walaupun terkejut saya tak nak menghampakan permintaan mereka. Perasaan gemuruh sudah tentu ada kerana saya tak sangka orang masjid minta laungkan azan waktu itu.
“Alhamdulillah, itulah pengalaman. Mereka tahu saya boleh azan mungkin kerana latar belakang saya yang pernah belajar di sekolah pondok,” katanya.
Johan yang pernah menjadi naib juara dalam pertandingan azan di Kolej Universiti Islam Melaka berkata, dia sememangnya suka melaungkan azan dan bukan mahu menunjuk-nunjuk.
“Kalau di masjid apabila tengok saja mikrofon, saya pasti nak azan. Rasa teringin sangat kalau dapat azan. Itu memang sifat saya. Jika sekiranya dijemput untuk azan, saya sangat gembira dan berbesar hati sambut pelawaan itu,” katanya.
Bagi Hazama, 35, dia belum layak menjadi bilal kerana mempunyai banyak kekurangan.
“Azan itu dilaungkan kerana saya berlakon dalam telefilem Rock Sangkut dan filem Tiada Tajuk arahan Mawi. Apa yang dilakukan adalah kerana tuntutan watak. Kalau saya sendiri sengaja nak buat, rasanya memang tak layak.
“Untuk proses ini, saya banyak dibimbing oleh Mawi. Dia banyak bagi kata-kata sokongan dan kata saya boleh buat. Mawi pun mahir dalam bab begini,” katanya.
Menurutnya, rakaman azan yang dibuat di studio itu mengambil masa agak lama untuk disiapkan.
“Azan lebih susah berbanding menyanyi. Tenaga untuk habiskan azan sebenarnya lebih banyak diperlukan berbanding menyanyi.
“Kadang-kadang rasa tak cukup nafas untuk habiskannya. Itulah sebab saya tak berani nak azan di depan ramai walaupun apabila pergi ke masjid, ditawarkan untuk azan.
“Bukan saya sombong tapi saya sedar saya belum layak untuk jadi bilal. Apapun saya bersyukur orang nampak benda ini positif dan terima dengan baik,” katanya.
Sharul yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 2015 (AF2015) pula mengetahuinya menerusi maklum balas peminat yang disampaikan kepadanya menerusi Instagram.
Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman berkata, terlalu ramai peminat yang memuji serta memberikan sokongan terhadapnya apabila melakukan perkara itu.
“Pada awalnya saya tak terfikir pun ia akan menjadi tular. Ketika itu saya terbabit dengan penggambaran untuk program travelog di Mesir. Jadi, saya ambil peluang melaungkan azan dan kongsikan di laman sosial saya. Ia bukan berniat menunjuk tapi lebih kepada yang positif.
“Apabila dapat sambutan, saya rasa seronok kerana ramai kanak-kanak cuba ikut nak azan seperti yang saya lakukan,” katanya.
Sharul yang pernah menuntut di Maahad Tahfiz As Sofa, Rembau, Negeri Sembilan mengakui seronok dengan perkembangan yang berlaku.
“Ini kali pertama saya melaungkan azan dan maklum balasnya hebat. Untuk masa ini saya masih kekal dengan gaya dan cara serta karier dalam seni. Macam manapun saya takkan lupa ilmu yang dipelajari. Apa yang saya tahu, saya praktikkan. Untuk pakai kopiah itu tidaklah,” katanya.
Dalam video berdurasi 10 minit itu, ia turut memaparkan Faizal Tahir melaungkan azan di Granada, Sepanyol ketika mengikuti misi kemanusiaan di sana.
Selain itu, ia turut memaparkan Faizal membaca surah Al-Fatihah bersama kanak-kanak Syria ketika mengikuti misi kemanusiaan di sana.
Turut dipaparkan ialah Alif Satar melaungkan azan Maghrib ketika hadir ke majlis berbuka puasa di rumah anak-anak yatim serta kemampuan Alif membacakan surah al-Kahfi ayat 1 hingga 10 dengan baik.
Video yang dimuat naik sejak 14 April itu sudah mencatat kebih 1 juta tontonan dan hampir 1,500 komen.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bagi tetamu Allah yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah pasti merindui suasana di bumi baroqah itu. Di sana sini kelihatan ramai melakukan ibadat dan seakan tidak kisah dengan soal duniawi.
Suasana Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang tenang membuatkan ramai merinduinya apabila kembali ke tanahair masing-masing.
Dalam pada itu, ramai yang mengikuti agensi pelancongan ke tanah suci kerana merasakan lebih mudah. Hanya perlu keluarkan wang dan segalanya tersedia. Tapi bagi yang berhajat melakukan umrah diy boleh follow tips dikongsikan oleh Farhaany Nawawi, 29 yang baru saja balik dari Tanah Suci selepas melakukan kembara secara solo minggu lalu.
Jelas Hani, dia sebelum ini pernah melakukan umrah berdua dengan kakaknya awal Februari 2020 dan kali ini dirinya kembali menjadi tetamu Allah secara sendirian, iaitu pergi solo. Ya, seorang diri.
Akui Hani, dirinya mengambil keputusan hanya seminggu sebelum membuat keputusan dan ketika itulah pencarian tiket kapal terbang, urusan visa, hotel di Makkah dan Madinah dilakukan dan seterusnya terbang ke Arab Saudi dan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
Dirinya akui selesai umrah dirinya kemudian membuat perjalanan ke Madinah menggunakan pengangkutan keretapi. Selesai segalanya, dirinya pulang melalui Madinah.
“Kos keseluruhan dari awal hingga akhir termasuk masih murah berbanding ikut travel agent. Lagi satu murah sebab semuanya buat sendiri untuk tempoh 10 hari tersebut.
Keyakinan pada Allah kena tinggi
Dalam pada itu, jelas Hani, bila travel secara solo, duit perkara kedua tapi paling utama ialah keyakinan tinggi pada Allah. Dirinya turut berkongsi tips yang ditulisnya di fb miliknya @haany harraz.
Di saat Allah jemputku ke sini, kuat keyakinan saya kepada Allah bahawasanya untuk ke Haramain
1. Urusan duit itu letaknya nombor 2. 2. Kekuatan niat itu yang utama. 3. Bersungguh-sungguhlah menangis dalam doa minta kepada Allah untuk menjemput kita dalam masa terbaik walau apa jua situasi kita. 4. Sentiasalah bersangka baik kepada-Nya. 5. Minta doa daripada kawan-kawan terutamanya yang berada di Tanah Suci. 6. Selalu lihat live dan posting kawan-kawan berkaitan Tanah Suci supaya hati sentiasa terpaut untuk jadi Tetamu Allah Yang Istimewa. 7. Sentiasa support kawan-kawan yang nak jadi Tetamu-Nya meskipun belum tiba giliran kita.
Moga-moga, langkah ini menjadi permulaan baik buat semua yang rindu menjadi tetamuNya. Insyaallah pasti Allah undang lagi dan lagi. Rindu Haramain tiada penghujung
Dalam temubual dengan KASHOORGA, pengusaha rempah sup dan nasi arab terkenal ini, Rempah Che Fatimah, Hani menjelaskan kos makannya lebih kurang RM200-RM300 kerana dirinya memasak sendiri.
“Saya bawa periuk kecil. Masak dalam bilik hotel saja. Adakalanya saya beli makanan luar. Di Masjidil Haram, hotel saya jarak perjalanannya dengan Kaabah cuma 5 minit sahaja. Di Madinah lebih kurang lapan minit menuju ke pintu Raudah iaitu pintu 25.
“Cuma kalau travel solo, adakalanya dapat pemandu teksi yang tak faham bahasa inggeris agak sukar sikit. Tapi saya buat begini. Saya tunjuk lokasi, tetapkan harga dan saya buka waze. Kalau pemandu teksi cuba menipu, saya tunjukkan waze itu dan mereka tahu kita juga tak mudah ditipu.
“Tapi sebenarnya di ada saja bas-bas yang boleh naik secara percuma untuk ziarah di sini. Saya juga gunakan kemudahan itu. Nak kata ada ujian tu tak juga cuma di Masjid Nabawi, saya hilang selipar. Baliklah berbaki ayam untuk jarak perjalanan lebih kurang 15 minit. Nak beli kasut, tak jumpa kedai.
“Selebihnya Allah amat memudahkan urusan saya. Nak ambil gambar kenangan saya minta tolong pada orang Malaysia yang ramai saya jumpa. Dapatlah juga berborak dengan mereka,” katanya mengakui ramai mesej kepadanya untuk turut sama melakukan umrah DIY.
“Insya Allah, Oktober ini dan Januari tahun depan saya buat lagi umrah secara DIY,” katanya yang mengakui, bila segalanya sendirian, keyakinan pada Allah adalah tertinggi.
“Insya Allah, kalau niat baik, Allah akan memudahkan urusan kita untuk beribadah,”jelasnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...