Bila nak kahwin?

Aku jawab, “Allah masih rahsiakan jodoh saya.”

Tak ada calon lagi ke?

Aku jawab, “Allah masih nak rahsiakan jodoh saya.”

Umur dah meningkat tu…

IKLAN

Aku jawab, “Allah masih rahsiakan jodoh saya.”

Bila boleh makan nasi minyak ni?

“Hanya Allah yang tahu…”

IKLAN

Tatkala sering kali ditanya dengan pertanyaan jodoh seringkali bungkam dengan jawapan yang ingin diberikan. Pertanyaan demi pertanyaan ditanya oleh orang sekeliling. Pertanyaan oleh keluarga sendiri. Pertanyaan oleh jiran. Pertanyaan oleh sahabat-sahabat zaman sekolah dan juga rakan sekerja.

Terasa rimas dengan pertanyaan itu. Mungkin mereka sangat prihatin. Terima kasih atas keprihatinan itu tetapi tentang jodoh itu adalah rahsia Allah.

Selagi kun fayakun DIA tidak menyapa, aku hanya mampu usaha dan berdoa kepada-Nya seterusnya tawakal…

Allah ada sebut dalam Surah Ar Rum (30): 21

IKLAN

“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia Menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.”

Ada yang bercinta bertahun-tahun, selalu keluar bersama tetapi akhirnya berpisah. Ada pula yang baru kenal sebulan dua, bersua muka sekali dua bersama mahramnya dan akhirnya bersama.

Aturan hidup kita, tiada siapa yang berani kata pasti kerana hanya Allah sebaik-baik perancang kepada hamba-Nya.

Boleh jadi yang digenggam kemas-kemas saat ini, itu yang akan dilepas selama-lamanya nanti. Ada juga yang berpisah setelah lama bercinta kerana baru sedar cara mereka ‘salah’.

Masing-masing mencari diri dengan bertaubat pada-Nya dan akhirnya Allah pertemukan mereka kembali. Rahsia jodoh itu unik kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI