Bagi mereka yang biasa ‘menjengah’ Instagram milik ibu kepada usahawan kosmestik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim pasti sudah terbiasa ‘dihidangkan’ dengan kata-kata nasihat daripada beliau. Rozita yang lebih mesra dengan panggilan Bonda sering berkongsi pesanan nasihat di laman Instagram miliknya.
Banyak nukilan yang dipaparkan dan rata-rata kata-kata nukilannya sangat menjentik jiwa.
Assalamualaikum sahabat2 followers yg baik2 semuanya setia jd peneman bonda dipagi hari Mari ku peluk kalian yg keresahan..bercakaplah pd diri ” yang baik sekali itu ialah Kemampuan redha melawan takdir membuat jiwa rasa tenang dn rasa sangat Diberkati Allah”
Kenapa..?? SELAGI ADA NYAWA jgn Xketerlaluan melayani perkara dunia dn emosi.
Ramai orang mendapat tekanan mental kerana keterlaluan kpd masalah dunia dn dirinya.
Tidak bijak mengagih rasa..memgurung rasa..membunuh jiwanya swndiri
Xada jawaban semua tu..kenapa itu kenapa inj..dn mengapa aku..apa salah ku.Lepaskan semua tu jauh2
..EMOSI PERLU LATIHAN DN PERLU PERUBAHAN..DIA AKN BUAT JIKA CUKUP MAKANAN MENTALNYA..!!
Tunjukan sy pimpinlah sy..Org yg mmberi tunjuk kpd sy maksudnya dia sedang menyiapkan telaga amal yg berpanjangan dia menghilangkan kegersangan sifat jahil pd sy
Dia simpan benih amal dn berkembang bertebaran budinya menyuluhi insan lain walaupun dia sudah x ada lagi nanti..!!
Org yg memberikan pengajaran itu umpama lampu bercahaya utk org lain
Sbb itu org yg memberi tunjuk dn ajar wajib kita hargai..Sebanyak2 kita wajib hargai guru..ibu bapa kita..dn utk mendapat keberkatan ilmu..
Sekadar sy tulis dn teguran buat sy sendiri.. supaya menghormati guru dn org yg dh membimbing kpd kebaikan utk diri sy sejak kecil..sehingga lah sy keusia uzur nnt.. “ Sy masih pelajar..”
Ads
Hakikatnya sy sedar cemerlangnya belum tentu..!! berusaha tu ada ..tetap x jemu..sedar sy byk salah tp@x nak selamanya jd org berbuat salah.
Sebagai orang yang berpengalaman, Bonda Rozita rasa terpanggil untuk memberi kata-kata nasihat. Dan Ya! semua coretan di laman Instagramnya banyak yang berbekas di hati yang membacanya.
Sejuk hati bila membaca coretan beliau. Moga Bonda Rozita terus memberi nasihat dan berkongsi pengetahuan dan pengalamannya agar dijadikan contoh terutama kepada golongan muda.
Sumber: Instagram Bonda Rozita Ibrahim
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kadang-kadang kita tidak perasan, rezeki itu datang tanpa disangka-sangka. Apabila diselidiki rupa-rupanya berkat sedekah insan bernama isteri sepanjang musim PKP ini.
Seperti perkongsian di laman sosial Facebook melalui page Majlis Ilmu di mana seorang lelaki terkejut kerana rezeki yang datang secara mendadak.
Rupanya sepanjang musim PKP isteri ada membuat amal solehah dengan bersedekah kepada anak-anak yatim, orang susah dan banyak lagi amal kebaikan.
Ternyata dengan doa daripada seorang isteri itu mampu mengubah segala-galanya. Bukan sahaja mendapat rezeki tetapi juga keberkatan dalam berniaga.
Tiba-tiba beberapa bulan ni, kompeni saya dapat banyak sangat projek.
Pada mulanya saya rasa ianya hasil marketing yang dibuat.
Namun sekarang baru saya tahu, rupa-rupanya sepanjang PKP isteri saya banyak buat amal sedekah.
Ada sedekah untuk anak yatim Ada sedekah untuk orang susah Ada sumbangan untuk NGO Ada sumbangan untuk NGO ebit lew juga Dan banyak lagi dia buat
Jadi saya bagi lebih banyak wang kepada isteri, saya pesan
“Ini duit awak, awak nak buat apa pun, awak buat la. Nak beli apa pun, beli la”
Dia tak beli apa2 pun, banyak dia bagi pada orang lain sahaja.
Sekarang saya sedar bahawa nak dapatkan sales atau projek, bukan bergantung kepada marketing semata-mata.
Tapi ianya bergantung kepada keberkatan & doa. Dalam konteks situasi saya ni amal sedekah yang dibuat oleh isteri saya.
Pernah satu kali ketika berbuka puasa, saya pegang tangan isteri dan cakap
“Terima kasih untuk amal sedekah awak & doa2 awak untuk bisnes keluarga kita. Berkat, Alhamdulillah”
Lepas kata macam tu, mengalir air mata kami berdua. Bukan sedih tapi seronok sebab Allah memang balas berpuluh kali ganda.
Nak yakin tentang amalan sedekah ni memang susah sebab kadang2 Allah tak berikan ganjaran on the spot, kadang2 kita tak nampak ganjaran yang diberikan.
Tapi, yakinkan diri. Teruskan bersedekah & membuat kebaikan.
Catatan ringkas ni untuk rakan2 dalam group agar teruskan support pihak2 yang berbuat kebaikan tanpa ada rasa ragu-ragu.
Kita buat kerja kita, dan kita yakin.
Selebihnya Allah aturkan.
Goodluck!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Perniagaan mencakupi 9/10 sumber rezeki. Satu-satunya cara padu jadikan perniagaan sukses ialah dengan meniru cara Rasulullah.
Rasulullah kita sendiri telah mula berniaga dari zaman kanan-kanak lagi apabila baginda membantu pakciknya iaitu Abu Talib berniaga barang dagangan ke Syam. Sepanjang mengikuti rombongan berdagang milik Saidatina r.a Khadijah, Rasulullah seringkali meraih kejayaan dalam misi dagangnya. Apakah rahsia baginda? Justeru itu, elok sangat kita melihat dan mempraktikkan apa sahaja cara yang dilakukan oleh Baginda untuk berjaya dalam perniagaan. Ia terbukti berkesan sehingga hari ini.
Percaya tak bahawa Rasulullah tidak akan dan tidak sesekali menyakiti hati ahli perniagaan lain. Cara ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum diangkat menjadi rasul lagi.
Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah. Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
Pada zaman itu, semua peniaga Arab meletakkan harga paling maksimum kepada pembeli. Apa yang menakjubkan, baginda tidak amalkan cara tersebut. Baginda mempraktikkan cara jualan yang unik; lain daripada kebiasaan yang diamalkan peniaga Arab atau pun bukan Arab.
Rasulullah SAW menjual barang dagangan dengan menawarkan harga pokok dan meminta para pelanggan membayar ikut kemampuan. Jelas sekali Baginda sangat bertimbang rasa dan mengasihani sesama manusia. Cara ini menyebabkan ramai pelanggan gembira, berpuas hati dan tidak berasa tertipu sebagaimana biasa. Kesannya, barang dagangan Baginda sangat laris dan seringkali habis awal.
Berniaga wajah perlu manis. Tidak semestinya tampan bergaya, memadai dengan sentiasa mengukirkan senyuman kepada pelanggan. Amalan rajin memberi senyuman ini menyebabkan ramai pelanggan selesa apabila berurusan dengan baginda.
Apatah lagi Allah SWT mengurniakan baginda wajah kacak dan tampan.Namun begitu, ketampanan adalah sebagai satu bonus. Jika kita suka sedekahkan senyuman kepada pelanggan, pastinya mereka berasa selesa berurusan kerana terserlah keindahan dan akhlak yang baik seorang peniaga.
Sikap jujur adalah akhlak yang terpuji dan ia amat penting dalam perniagaan.Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.
Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.
Rasulullah SAW sangat mengecam sebarang amalan perniagaan yang ada unsur penipuan atau tipu helah ditambah pula sanggup bersumpah palsu.
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.
Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Selain untuk menyara kehidupan, Baginda sangat bekerja keras bagi menunjukkan komitmen tingginya kepada mana-mana orang kaya agar mereka yakin dan ingin mengeluarkan modal mereka untuk digunakan oleh Baginda sebagai modal membesarkan perniagaan.
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kebolehan dalam menyusun tutur kata. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak.
Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah, bermaksud:
“Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda)
Ada pendapat sebahagian ulama mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan.
Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar.
Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu).
Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.
Abu Daud meriwayatkan, Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para pelanggan.
Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%.
Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan.
Setelah membaca cara Rasulullah berniaga dan mengamalkannya, sudah tentu bukan sahaja usahawan tersebut beroleh pahala, tetapi juga mencipta kitaran niaga yang sihat dan berdaya saing.Peniaga sudah tentu tidak mahu dikecam dan didoakan yang buruk-buruk oleh pelanggan. Semoga berkat rezeki kita nanti.
Suami isteri adalah partner dalam kehidupan. Keberadaan masing-masing haruslah saling menguatkan, memotivasi, mengingatkan dan menjaga. Perkahwinan adalah umpama bahtera yang harus dilalui bersama. Setiap gelombang harus dilalui dan diselesaikan bersama.
Bagi menghangatkan kebahagiaan rumah tangga, komunikasi dan sentuhan amat penting antara suami isteri. Hubungan yang romantis menjadikan kasih sayang suami isteri kekal mekar bak bunga yang sedang berkembang.
Seperti pasangan Mustapha Kamal dan Susan Menon. Pasangan selebriti ini kelihatan cukup mesra dan bahagia.
Berikut perkongsian Mustapha Kamal seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya.
Romantiskanlah diri kita bersama pasangan … tidak semestinya hanya ketika hendak bersama pasangan suami atau isteri baru kita perlu romantis, setiap masa kita memerlukan pasangan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Romantiskanlah dirimu wahai suami ketika berdoa dengan doa yang indah-indah dan di dengari oleh isteri ketika berjemaah.
Ya Allah… kau permudahkanlan kehidupan kami semua, jangan dipersulitkan , dan disudahi dengan kebaikan …Aamiin..
Kebanyakan isteri tak mintak lebih. Minta kita sayangkan, jaga dan berikan perhatian pada dia saja.
Bersyukurlah Allah kurniakan kita isteri sebagai peneman hidup. Ada orang yang masih menanti jodoh yang belum kunjung tiba hingga ke saat ini.