Berbuka puasa sambil meluangkan masa bersama keluarga antara momen indah saat menikmati hidangan. Sayangnya, tidak semua orang bertuah untuk merasai situasi seperti ini. Mungkin ada di antara kita sebenarnya yang tidak teruja dengan datangnya Ramadan dek kerana kesunyian itu akan lebih terasa.

Saudara baru, lelaki/wanita yang masih bujang dan tinggal sendirian, mereka yang tinggal jauh dari keluarga atau tidak ramai kawan yang sama-sama berpuasa di sekeliling mereka tentu akan merasai detik kesunyian ini. 

Nabi Muhammad SAW bersabda, Allah SWT berfirman yang bermaksud;

“Semua amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa; ia untuk aku. Aku akan membalasnya. (HR Bukhari)

Jadi tidak kira bagaimana pun situasi, kita perlu sentiasa ingat bahawa kita akan diberi ganjaran yang besar untuk puasa kita. Tak kira betapa susah pun, ganjaran itu akan datang daripada Allah SWT. Dia yang nampak susah senang kita. Dia yang sentiasa ada dengan kita, dan Dia takkan biarkan usaha kita untuk taat kepadaNya menjadi sia-sia.

Untuk anda yang rasa kesunyian di bulan yang penuh dengan barakah ini, nah kami sediakan beberapa tip yang boleh anda cuba;

KUNJUNGI MASJID TERDEKAT

Kalau anda tidak biasa ke masjid maka inilah masa yang terbaik untuk mulakan! Sebab anda tidak berseorangan. Ramai orang yang akan mula berjinak-jinak ke masjid dalam bulan Ramadan. Jadi anda boleh gunakan peluang ini untuk beribadat, memperbaiki kelemahan diri dan memulakan silaturrahim yang baru.

Untuk permulaan, cuba pergi untuk solat tarawih dahulu. Kalau ada kesempatan, boleh berjemaah masa solat-solat wajib juga. Sambil itu, tengok sekali kalau ada apa-apa majlis atau kelas-kelas yang anda rasa selesa ikuti.

IKLAN

Buat Yang Masih SINGLE, Ini Tip Buat Anda Saat Hadapi Bulan Ramadan

HARGAI MASA YANG ADA

Mungkin bunyinya pelik sikit, tapi cuba “enjoy” masa yang anda ada untuk bersendirian. Walaupun Ramadan biasanya dipenuhi pelbagai majlis, ia sebenarnya adalah masa untuk anda fokus pada ibadat, memtingkatkan iman dan memperbaiki hubungan anda dengan Allah SWT.

Tanya pada diri sendiri, apa yang anda hendak capai Ramadan ini? Nak baca lebih buku agama? Nak baiki pemahaman Al-Quran? Ada tak tabiat buruk yang anda hendak hentikan? Atau ada tabiat baik yang anda hendak kembangkan? Nah, inilah masanya untuk lawan rasa sunyi itu dengan sibukkan diri dengan kerja atau aktiviti yang akan meningkatkan iman anda. Bukankah ini juga salah satu tujuan kita berpuasa di bulan Ramadan?

SEDIAKAN JUADAH SAHUR ATAU BERBUKA UNTUK ORANG LAIN

Nabi Muhammad SAW bersabda;

IKLAN

Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (HR. Tirmidzi)

Ramadan memang akan terasa sunyi kalau anda tidak tinggal dengan keluarga atau tidak ada ramai kawan yang sama-sama single. Untuk kurangkan rasa sunyi, apa kata anda beranikan diri dan kenalkan diri kepada orang-orang sekeliling yang mungkin anda selalu nampak tetapi tidak pernah bertegur sapa? Bila ada masa lapang, masakkan satu juadah atau kuih dan beri pada mereka. In sha Allah dengan cara ini, hubungan ini akan kekal walaupun selepas Ramadan.

Kalau anda berasa tidak yakin, boleh juga cuba bawa makanan ke masjid berdekatan dan edarkan pada orang sekeliling sebagai “pembuka kata” ketika mula-mula hendak bertegur sapa.

Buat Yang Masih SINGLE, Ini Tip Buat Anda Saat Hadapi Bulan Ramadan

‘SEDEKAHKAN’ MASA ANDA

IKLAN

Seperti yang anda tahu, Ramadan adalah masa anda fokus untuk mempertingkatkan iman dan memperbaiki diri. Dan salah satu perkara yang anda boleh buat untuk mencapai objektif ini adalah dengan melibatkan diri sebagai sukarelawan dengan mana-mana badan kebajikan dan “sedekah” kan sedikit masa anda.

Cuba tawarkan diri sebagai sukarelawan menggunakan apa-apa kemahiran yang anda ada. Paling kurang pun, boleh bantu masjid untuk pastikan ia sentiasa bersih dan rapi untuk kegunaan jemaah yang lain. Masa anda akan dihabiskan dengan perkara yang bermanfaat dan anda pun berpeluang berjumpa dengan kawan baru di samping mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

 

PERBANYAKKAN DOA

Bila anda rasa sunyi, carilah Allah SWT. Tadahkan tangan dan doa yang ALLAH akan bantu anda. Hanya ALLAH yang berkuasa untuk memberikan anda semua cita-cita dan harapan anda. Ramai orang yang selalu di kelilingi ramai orang, tapi hatinya masih terasa sunyi dan tidak tenang. Jadi jangan lupa berdoa pada Allah SWT sebab hanya ALLAH yang boleh tarik rasa sunyi itu dari hati kita.

Buat Yang Masih SINGLE, Ini Tip Buat Anda Saat Hadapi Bulan Ramadan

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI