Tidak dinafikan setiap daripada kita tidak terlepas dari perasan ingin disayangi dan dicintai oleh seseorang. Bertemu dan berkenal-kenalan dengan seseorang hinggalah akhirnya membawa kepada hubungan lebih halal.
Situasi ini tidak ada salahnya tetapi biarlah dengan cara yang betul. Jika mahu bertemu pun eloknya ditemani rakan supaya tidak mendatangkan fitnah pada kedua-duanya.
Jika bebas keluar berdua-duaan akan mendatangkan perasaan yang sukar untuk kita kawal, iaitu hawa nafsu.
Ads
Dalam perkongsian Penceramah Bebas, Da’i Wan ada memberi sepotong ayat yang boleh kita gunakan untuk mengawal gelojak hawa nafsu apabila seorang lelaki bertemu perempuan atau sebaliknya.
Ads
Menurut Da’i Wan, kata ulama ada satu keadaan syaitan akan dapat mengawal seseorang lelaki mahupun perempuan iaitu apabila syahwat seseorang itu berada naik dan tinggi.
Ayat yang dikongsi oleh Da’i Wan ini boleh diamalkann sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan. Katanya lagi baca ayat ini berulang kali jika rasa tak mampu untuk melawan hawa nafsu.
Sebagai raja sehari, selain majlis kenduri, persiapan diri dan juga pemilihan pakaian sangat dititikberatkan untuk merai majlis perkahwinan. Tanpa menyarung busana yang indah, pasti majlis dirai tidak sebegitu meriah.
Namun begitu, perlu diingat, jika mengadakan majlis di hotel atau mana-mana dewan, ketika melakukan persiapan ada pantang perlu diikuti.
Salah satunya jangan sesekali gantungkan baju di tempat tidak sepatutnya seperti di fire sprinkle system. Ini kerana boleh membahayakan seperti menyebabkan air terus keluar akibat salah menyentuh bahagian sensitif.
Seperti perkongsian wanita ini di laman sosial Facebook Azreen Omar yang memberi peringatan kepada semua photographer atau videographer perkahwinan.
Menurutnya kejadian tidak diingini ini sudah dua kali berlaku hingga mengakibatkan kerosakan teruk dan terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit.
Peringatan kepada semua – Photographer dan Videographer perkahwinan.
Anda dilarang untuk mengantungkan baju pengantin di Fire sprinkler system. Bahaya korang tau tak? Bukan sebab nanti terbakar ke apa, tapi benda ni dah 2 kali berlaku disekitar aku.
Bila gantung baju, guna hanger, mungkin nasib kita tak baik. Benda tu ada bahagian yang sensitif, dan bila pecah, air terus keluar. Baju pengantin basah satu hal, banjir pulak lepas tu. Karpet rosak. Siling bilik pon ada kemungkinan rosak jugak.
Sekali tahun 2013 dulu kot, dan sekali lagi minggu lepas. Yang 2013 kat mandarin oriental Hotel. Ko rasa kalau pengantin taknak kawtim masa tu, taktau la berapa banyak photographer tu kena bayar?
Dan yang minggu lepas, sebab orang hotel pantas cek cctv, so mangsa tak dapat nak cakap apa dah. Tu pon lepas abis dah budi bicara, kena bayar RM3000 sebab kerugian yang pihak hotel kena tanggung. Tak pasti pulak kot dieorang boleh claim insuran ke apa ke.. katanya sepatutnya lebih tapi ni dah abis diskaun.
So untuk semua adik-adik, hati-hati lah ye. Kita ni pergi cari rezeki, tiba-tiba nak kena bayar pulak kelain. Memang sedih.
Semoga jadi pengajaran ya. Carilah apa pon tempat lain nak gantung. Pegang ke, adik beradik pegang, lantak lah orang nak cakap apa. Janji ko tak kena keluar duit pulak tak memasal kan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Beratnya ujian Allah. ‘20 tahun kahwin, ada 8 anak, tetapi timbul perasaan cinta suami pada wanita lain.’ Masyallah hanya wanita yang hebat saja mampu melalui ujian berat ini.
Tidak semudah kata disuruh sabar kerana orang yang kuat imannya sekalipun kecundang dengan ujian sebegini. Suami mempunyai perasaan pada wanita lain memang tak mudah diterima.
Rasa sedih, kecewa dan rasa diri tak dihargai bersilih ganti, malah jika diikutkan hati pasti segala sumpah seranah akan keluar. Begitulah beratnya ujian rumah tangga seperti mana yang dikongsikan Ustazah Asma’ Harun ini.
Ujian rumah tangga bermula saat sah sebuah ikatan suami isteri sehingga ke akhir hayat kerana ia tidak bermusim tetapi sentiasa ada. Mungkin berpunca daripada pasangan, anak, ibu bapa, mertua dan lain-lain.
Apa yang dilalui oleh sahabat ini amat menguji hati, namun beliau seorang yang kuat kerana mampu bertahan dan memilih untuk mencari hikmah di sebalik ujian hebat ini.
Lagi-lagi ketika usia perkahwinan sudah pun 20 tahun, mempunyai lapan cahaya mata, mereka saling menyayangi tetapi timbul perasaan suami cinta terhadap wanita lain.
Sebenarnya wanita ini berjaya mengawal situasi dan emosi, memberi pertimbangan kepada suami dalam membuat keputusan dan melihat ujian ini sebagai hikmah yang disediakan oleh Allah SWT kepada beliau sekeluarga, suatu tindakan yang wajar dicontohi.
.
Benarlah kata beliau, kita manusia biasa, pasti akan bersedih dan kecewa apabila diuji dengan insan tersayang.
Ujian ini bertujuan menguatkan hambanya dengan dua perkara:
i) Mengingatkan hamba-Nya agar sentiasa meletakkan pergantungan yang tinggi hanya kepada Allah.
ii) Ikhtiar seseorang hamba dalam kembali berdoa kepadaNya bagi setiap masalah.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): “Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka peroleh kejayaan.”- (Surah al-Baqarah: 186)
Tuan puan,
Dalam pm inbox ramai yang berkongsi, terpaksa lalui cabaran yang sukar daripada keluarga. Kes curang yang pelik-pelik suami atau isteri, sumbang mahram, dera, cerai, dadah, pornografi dan lain-lain. Allahuakbar! Ampuni dosa-dosa kami dan bantulah kami ya Allah.
Kerap kali perkara begini berlaku di belakang pasangan sama ada di tempat kerja, ketika sedang berurusan, tidak menjaga pandangan, terlalu bebas batas pergaulan.
Bermula dengan bual kosong, kemudian saling berkongsi cerita lalu timbul rasa selesa, maka berakhir dengan malapetaka seperti yang dilarang agama.
Jika benar cinta, ia bukan pada ketika kamu suka dan bahagia sahaja, tetapi tetap sama walau sedang dalam ujian, derita dan terluka. Siang berganti malam, hujan berganti panas, cinta juga boleh berganti benci, saat hati sedang dilanda badai yang tak bertepi.
Ramai pasangan bahagia dan setia itu bukan kerana banyak melalui detik bahagia dan gembira, tetapi kerana berjaya menempuh satu demi satu ujian dan derita.
Subhanallah, dia sedar bahawa semuanya bersifat sementara, masa akan berjalan, berubah bersamanya segala rasa. Sebab itulah lidah sangat penting dijaga, walau pelbagai ayat yang terbuku ingin dihemburkan, namun tetap ditahan, itulah satu kemenangan.
Maksudnya:
“Dan bergaullah dengan mereka (pasangan) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” – (Surah An-Nisa’: 19)
Pesanan kasih sayang buat semua pasangan, usaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan apa jua masalah rumah tangga dengan cara terbaik dan penuh kasih sayang.
Tidak semua orang sekeliling bersimpati dengan nasib yang menimpa, ada yang turut merasa hiba, ada juga yang turut menambah racun perasa.
Saya sentiasa mendoakan sesiapa sahaja yang diuji dengan badai rumah tangga dipilih Allah untuk disatukan kembali hati.
Walau peritnya ujian menimpa diri, tiada dendam tersimpan di hati, suami bangkit berusaha memperbaiki hubungan dan menjadi pemimpin sejati, si isteri pula menjadi seorang yang bijak membuat pertimbangan diri dan emosi. Ingatlah ada amanah anak-anak yang sentiasa perlu kita ingati.
‘Bersalin di dunia, berpantang di syurga.’ Ibu ini meninggal selepas bertarung nyawa lahirkan anak kelima. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.
Memang tak mudah untuk menelan kenyataan ini. Bukan setakat suami dan anak-anaknya, ahli keluarganya juga pasti pilu menghadapi ujian ini.
Allahyarham yang dikenali dengan nama Nor Maizura Mahazer merupakan seorang isteri kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan ibu kepada empat cahaya mata meninggal dunia selepas bersaIin anak ke- 5 di Hospital Manjung, Perak.
Apa yang berlaku kepada Nor Maizura mengundang pilu kakaknya, iaitu Nor Wahida Mahazer dan juga seluruh keluarga terutama suaminya arwah Tuan Salehuddin Al Hafiz dan empat orang anak mereka.
Berat dugaan untuk suami yang kehiIangan isteri tersayang. Hilanglah tempat bergantung seorang suami dan hilang juga belaian kasih sayang seorang ibu pada anaknya.
Tidak dapat bagaimana si kecil ini berdepan kenyataan yang ibu mereka telah tiada di dunia fana ini.
Menurut perkongsian kakak arwah, “Masih menggigil hendak menulis masih tak percaya, tetapi aku redha dengan ketentuan Allah, hang (awak) insan terpilih oleh Allah.
Aku mengambil kesempatan untuk menulis dalam perjalanan bertemu dengan hang adik. Mimpi semalam petanda terakhir, wajah kau berseri-seri ,cantik macam anak dara.
Selamat jalan satu-satunya adik perempuan kesayanganku Nor Maizura Mahazer ke alam yang kekal abadi. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman syurga tempat mu. Insyallah! Amin, dulu bertiga sekarang berdua.
Manakala menerusi posting lain di akaun Facebooknya,
Salam Jumaat (16/9/22)
Rapuh hati ini hendak mengungkap kata-kata terakhir. Lemah untuk menulis. Tapi redha dengan ketentuan Illahi.
Allahuakhbar…
Syukur kali terakhir dapat aku mandikan hang adik. Cium hang adik, gengam tangan.
Allahuakhbar.
Kami redha dengan pemergian mu adik ,tapi rindu tiada penghujung…
Penghormatan terakhir dengan diiring ayah dan mak untuk hantar hang di tempat yang kekal abadi. Rehatlah di sana bidadari syurga.
Terlalu rindu tak dapat nak ku ungkap, terlalu pedih hendak ku tinggalkan hang adik. Akan aku jaga amanah Allah ini… Rehatlah adik.
Insyaallah syurga buatmu. Bersalin di dunia, berpantang di syurga.
Al fatihah (dibaca) Semoga ditempatkan bersama para shuhada..
Di ruangan komen, rata-rata ahli keluarga terdekat turut tampil mendoakan yang terbaik buat arwah.
Turut meluahkan kesedihan adalah ibu saudara arwah.
“Innalillaahi wa innaa ilaihi raajiuun, Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah dia, Rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya Al-Fatihah (dibaca).
Telah kembalinya anak saudara saya, Nor Maizura Bt Mahazer ke pangkuan Pencipta lebih kurang jam 6 petang semalam ( Rabu : 14 Septembar 2022 ) di Hospital Pantai Manjung, Perak. Meninggal asbab bersaIin.
Jenazah disolatkan di Masjid Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Sanglang, Kedah, Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan perjalanan akhir arwah.
Takziah buat seluruh keluarga besar Hj Abdul atas pemergian saudara kami yang tercinta. Saling kita redha atas permergian arwah. Semoga Allah bagi kekuatan dan kesabaran buat suami dan anak-anaknya di atas perpisahan ini.
Zalina Muhammad
Itulah janji Allah apabila datangnya ajaI tidak lambat atau cepat walau sesaat. Insan terpilih, syahid setelah meIahirkan. Tenanglah Dik Aa di sana. Lepas ini kami semua juga akan menyusul. Baby Uwais Al Fateh baik-baik sahaja sentiasa dalam jagaannya
Kashoorga: Dia adalah insan terpilih, semoga suami dan anak-anak kuat menempuh hari mendatang.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.