Pada tanggal 19 Mac 2018 bersamaan 1 Rejab 1439H, Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa telah menimang cahaya mata sulung. Pasangan ini memilih nama Fatimah Az Zahra sebagai nama sementara buat bayi perempuan mereka. Tarikh ini dipilih sempena hari kelahiran kelahiran Nabi Muhammad s.a.w iaitu pada hari Isnin selain jatuh pada 1 Rejab.

Fatimah Az Zahra adalah nama puteri sulung Rasulullah s.a.w. bersama Sayidatina Khadijah r.a. Daripada Fatimah, keturunan Nabi Muhammad s.a.w berkembang. Fatimah lahir di Makkah pada hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir. Kelahiran Fatimah disambut gembira oleh Rasulullah dengan memberikan nama Fatimah dan julukannya Az-Zahra.

Nama ‘Fatimah’ berasal daripada suku kata ‘Fathama’ yang bererti ‘menghentikan’ atau ‘menjauhkan’. Sebuah riwayat menyebutkan, dinamakan ‘Fatimah’ kerana Allah Swt memberi jaminan dan menjauhkan puteri bungsu Nabi Muhammad saw dan seluruh keturunannya daripada neraka. An-Nasa’i menyebutkan bahawa Allah Swt akan membebaskan Fatimah beserta orang-orang yang mencintainya daripada neraka.

Fatimah, memiliki banyak nama julukan. Julukannya yang paling masyhur adalah Az Zahra yang ertinya bercahaya, berkilau. Selain Az-Zahra, Fatimah mendapat julukan Ash-Shiddiqah (orang yang percaya), Al-Mubarakah, At-Thahirah, Az-Zakiyyah, Ar-Radhiyah, Al-Murdhiyyah. Ia juga mendapat julukan Al-Butul sebagaimana Siti Maryam (ibunda Nabi Isa as) mendapat julukan tersebut. Al-butul bermakna memutuskan hubungan dengan dunia untuk beribadah kepada Allah.

Nama julukan lain yang diberikan kepada Fatimah adalah Ummu Abiha (ibu dari ayahnya). Fatimah satu-satunya anak Rasulullah saw yang tinggal bersama Rasulullah setelah Khadijah wafat. Maka dialah yang menggantikan ibunya menyediakan keperluan Rasulullah saw. Rasulullah melalui wahyu sudah mengetahui bahawa hanya Fatimahlah di antara puterinya yang akan meneruskan keturunannya.

IKLAN

Sejak masih kecil lagi Fatimah menyaksikan sendiri ujian-ujian getir yang dialami ayahnya termasuklah gangguan-gangguan serta penganiayaan yang dilakukan oleh orang-orang kafir Quraisy. Menginjak usia 5 tahun, Fatimah menyaksikan satu peristiwa besar terhadap ayahnya, iaitu turunnya wahyu yang menandakan pengangkatan ayahandanya sebagai seorang Rasul dengan tugas-tugas yang sangat berat.

Fatimah juga menyaksikan kaum kafir Quraisy melancarkan gangguan kepada ayahnya. Dia hidup di udara Makkah yang penuh dengan debu perlawanan orang-orang kafir terhadap Nabi dan keluarganya yang menjadi pusat iman, hidayah dan keutamaan. Dia pun menyaksikan keteguhan dan ketegasan orang-orang mukmin dalam perjuangan gagah berani menghadapi kekejaman kaum Quraisy.

Suasana perjuangan itu terus membekas dalam jiwa Fatimah Az Zahra dan menjadikannya sebagai pelajaran penting dalam membentuk peribadi untuk menghadapi kesukaran-kesukaran masa depan. Fatimah hidup bersama ayahanda yang sangat dicintai dan menyayanginya. Dialah yang meringankan penderitaan Rasulullah saw ketika isteri beliau, Sayidatina Khadijah ra. wafat.

IKLAN

Fatimah membesar menjadi seorang gadis yang memiliki keperibadian yang mulia. Bersifat sabar, penyayang dan tidak pernah melihat atau dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya. Rasullullah saw sering menyebut nama Fatimah,  “Fatimah merupakan bidadari yang menyerupai manusia.”

Aisyah ra pernah mengatakan: “Tidak ada yang mirip Rasulullah dalam cara berjalan dan bertutur kata kecuali Fatimah.” Sementara Anas bin Malik dalam satu riwayatnya mengatakan: “Fatimah sangat mirip dengan Rasulullah, kulitnya putih dan berambut hitam.”

IKLAN

Fatimah telah berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib ketika usianya mencecah 18 tahun. Nabi memilih Ali sebagai suami Fatimah kerana ia adalah anggota keluarga yang sangat arif dan terpelajar di samping merupakan orang pertama yang memeluk Islam.

Hasil perkahwinan Fatimah dan Ali, mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Hasan dan Husein. Kedua-duanya terkenal sebagai tokoh yang syahid di padang Karbala, Irak. Tidak lama kemudian lahir Muhsin serta tiga orang puterinya iaitu Zaenab, Ummu Kaltsum, dan Ruqaiyah.

Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya. Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas wafatnya Rasulullah s.a.w ketika beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan di Janat Ul Baqi’, Madinah.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI