Ramai wanita yang bergelar isteri berasa takut untuk berpisah dengan suami kononnya bimbang akan kehilangan hak penjagaan anak-anak. Sebenarnya sangkaan ini meleset sama sekali. Seorang ibu masih berhak untuk hak penjagaan anak-anak.

Ini perkongsian daripada perunding keluarga Islam, Mohamad. Peguam Syarie di Tetuan Mohamad Azlin & Suriati Associates.

Dilema Seorang Wanita, Antara Keluarga Dan Anak-anak

*****************************************************************************************************************

Dalam banyak perjumpaan untuk sesi consultation yang saya handle, satu perkara yang sering menjadi dilema pada wanita yang selalu saya jumpa adalah memilih antara rumahtangga dan anak.

Kebanyakan wanita yang diuji dengan masalah rumah tangga terpaksa memilih antara meneruskan rumahtangga, berpisah. bukan setakat itu sahaja wanita atau ibu terpaksa juga memikirkan tentang penjagaan anak.

Mengapa jadi begitu? Honestly wanita kebanyakan akan stuck untuk memilih antara rumahtangga dan anak. Wanita yang diuji dengan rumahtangga yang goyah bimbang untuk membuat permohonan untuk bercerai kerana takut dan bimbang akan kehilangan penjagaan anak.

IKLAN

Ramai wanita yang rela hidup tidak aman dalam rumahtangga walaupun dianiaya, dipukul, dicaci kerana takut jika bercerai akan hilang hak jagaan anak-anak.

Banyak tak alami dilema sebegini?

“Nak teruskan perkahwinan, hati tidak ada lagi rasa sayang, tubuh badan pula sakit akibat dipukul.”

“Nak mohon berpisah/bercerai, sayang pula pada anak-anak. Takut jika bercerai tak dapat nak jaga anak atau hilang hak jagaan anak sebab memfailkan perceraian.”

Dilema Seorang Wanita, Antara Keluarga Dan Anak-anak

IKLAN

Tahukah anda dilema ini adalah berpunca dari salah faham dan salah maklumat. Ketakutan dan kebimbangan yang dihadapi wanita adalah terhadap sesuatu yang tidak betul.

Saya kongsikan ayat ini supaya anda semua dapat faham dan hadamkan:

Tidak pernah ada undang-undang yang mengatakan jika seorang wanita memohon cerai maka hak untuk mendapat jagaan anak akan hilang”

Banyak sesi consultation yang saya buat, membetulkan semula apa yang menjadi salah faham akan perkara ini. Setelah diterangkan dan dijelaskan barulah ramai yang lega. Hilang serabut dan ketakutan yang membuat mereka tekanan sebelum ini.

IKLAN

Timbullah soalan sebegini:

Jadi apa statement yang kata ibu yang mohon cerai tidak dapat hak jagaan anak adalah tidak betul la? Ye tidak betul.

Dari mana datangnya statement macam tu? Saya sendiri tak pasti. Mungkin rekaan yang bertujuan untuk menakut-nakutkan.

Sebetulnya bukan sebab bercerai hak jagaan akan hilang tetapi ada beberapa sebab lain yang jelas dinyatakan dalam undang-undang. Apa-apa pun nasihat saya, ambil tahu hak anda, ambil tahu info dan maklumat yang tepat.

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI