Maksudnya:
“Ya ALLAH! Sesungguhnya aku berlindung kepada- MU agar aku tidak sesat atau disesatkan (oleh syaitan atau pengikutnya), melakukan kesalahan atau dipersalahkan, menganiaya atau dianiaya dan berbuat bodoh atau diperbodohkan.” – Hadis riwayat Abu Daud, al- Tirmizi dan Ibn Majah. Rujuk Sahih al-Tirmizi, jil. 3, ms. 52 dan Sahih Ibn Majah, jil. 2, ms. 336.
Buku ini menghimpunkan soal jawab berkaitan doa serta himpunan doa-doa dan zikir daripada al-Quran dan Sunnah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h pernah berkata:
“Sekiranya engkau ingin mengetahui setulus mana tauhidmu kepada ALLAH, perhatikanlah pada doa-doamu.”