Kita tidak pernah lari daripada melakukan dosa, 24 jam,7 hari. Tetapi apakah usaha kita untuk membersihkan semua dosa itu?

Sebagai hamba Allah, kita sangat beruntung kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pengampun dan Penyayang.

Pelbagai amalan baik dan mudah boleh kita lakukan dan senang-senang sahaja Allah berikan pahala dan terhapus dosa.

Satu amalan yang sangat mudah dan murah malah boleh terhapus dosa-dosa kita sebanyak 80 tahun ialah dengan membaca selawat 80 kali pada setiap hari Jumaat! Bukan itu sahaja, Allah akan kurniakan pahala sebanyak 80 tahun juga mengiringi amalan kita berselawat pada hari Jumaat.

Subhanallah, mudah sungguh menghapuskan dosa dan mengumpul pahala. Maka dengan nikmat Tuhan mu yang mana ingin kita dustai?

Dosa 80 Tahun Diampunkan & Pahala 80 Tahun Diberikan Jika Amalkan Ini Setiap Jumaat!

Kita baca beberapa sabda Rasulullah yang menekankan perkara amalan selawat 80 kali ini pada setiap Jumaat, Allah menjanjikan dosa sebanyak 80 tahun terhapus dan dikurniakan 80 tahun pahala.

IKLAN

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda,

“Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak 80 kali sejurus selepas sembahyang Asar pada hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah”

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku.

Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada tuan, sedangkan tuan sudah hancur tubuhnya?

IKLAN

Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untuk ku sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberikannya rahmat 10 kali)” (Riwayat Al Baihaqi)

Artikel berkaitan:Selawat Tafrijiyah Ni Paling Saya Suka, Amal 11 Kali Lepas Solat& DS Siti Nurhaliza Kongsi Kebaikan Amalkannya

IKLAN

Artikel berkaitan: Ini Kelebihan Baca Surah Al-Kahfi Di Awal & Akhir Ayat Pada Hari Jumaat. Boleh Jadi Benteng Fitnah Dajjal!

Kesimpulan:

Hari jumaat merupakan hari yang paling digalakkan kepada kita supaya memperbanyakkan beramal, kerana itu penuh dengan keberkatan dan kebaikan seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

Untuk mengerjakan amal kebajikan janganlah ditangguh-tangguh dan mengira masa, kerana setiap amal yang baik akan dibalas dengan ganjaran pahala.

Orang yang paling banyak berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat syafaat Baginda pada hari akhirat nanti dan paling hampir dengan Baginda.

Bagi yang rajin berselawat, nama kita akan disebut malaikat di hadapan nabi.

Kashoorga: Sudah terang lagi bersuluh, apa lagi yang kita tunggu dan mengapa perlu bertangguh. Amalkan selawat sebanyak mungkin setiap hari dan digandakan pada hari Jumaat. Semoga kita dikurniakan syafa’atnya di hari kiamat nanti.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI