Iceland: Aurora Borealis ~ “Mission Accomplished!”

Ayuh kali ini kita baca pula pengalaman penulis blog  www.kembararazali.blogspot.my yang telah mengunjungi Iceland.

Penulis mendarat di Lapangan Terbang Keflavik pada jam 7.30 malam waktu tempatan (waktu di Reykjavik lapan jam lewat berbanding waktu di Kuala Lumpur). Keflavik Airport bukanlah lapangan terbang yang besar namun tetap selesa. Setelah selesai semua urusan, aku terus ke kawasan parkir untuk menunggu pick up yang sudah ditempah termasuk dalam pakej. Di Iceland, penulis ambil pakej pelancongan dengan syarikat Bus Travel Iceland yang merangkumi pengangkutan pergi-balik ke lapangan terbang, Grand Golden Circle Tour dan Blue Lagoon (termasuk bayaran masuk ke lagoon). Kosnya adalah ISK 16,500 (~RM 440).

Perjalanan dari Keflavik Airport ke city centre mengambil masa lebih kurang 45 minit. Di Reykjavik, penulis menginap di Hlemmur Square Hostel. Penginapan tiga malam bagi bilik untuk empat orang berharga ISK 11,200 (~RM 300) bagi setiap orang. Hostel ni adalah hostel baharu. Justeru bilik tidur dan bilik airnya sangat bersih serta selesa. Lokasinya juga strategik. Bersebelahan dengan Stesen Bas Hlemmur. Juga ada pasaraya mini memudahkan penulis untuk membeli barang keperluan dan makanan.

Di Reykjavik ada beberapa restoran halal seperti:
1) Kebab Grill, Laekjargata 10, Reykjavik 105
2) Ali Baba Fast Food, Veltusundi 3 & Suourlandsbraut 8, Reykjavik 101
Suhu malam tu lebih kurang dalam 2’C menyebabkan penulis kesejukan. Namun penulis tetap keluar bersiar-siar pada waktu malam dengan harapan dapat melihat aurora borealis. Inilah misi utama penulis datang ke Iceland iaitu untuk melihat sendiri fenomena alam yang sangat mistik ni.
Penulis sangat beruntung malam itu kerana hasrat untuk melihat aurora borealis tertunai. Ya Allah, terujanya perasaan ketika itu apabila melihat cahaya kehijau-hijauan ‘menari-nari’ di langit. Seolah mengalu-alukan kedatangan kami di bumi Iceland. Indah sungguh ciptaan-Nya menjadikan fenomena alam yang penuh misteri ini.
Penulis sempat mengambil beberapa keping gambar aurora borealis. Bukan mudah untuk menangkap gambar aurora borealis kerana cepat hilang dan pergerakannya juga agak laju. Selain itu, memang tidak dapat ambil gambarnya jika anda mengguna telefon bimbit. Perlu guna DSLR ataupun kamera digital sahaja. Ini antara gambaran aurora borealis atau northern light yang sempat penulis rakam.
Aurora borealis atau juga dikenali dengan nama northern light ini merupakan fenomena alam yang terjadi di ruang atmosfera bumi di bahagian Kutub Utara. Di bahagian Kutub Selatan, ia dikenali sebagai aurora australis. Langit perlu bebas daripada awan. Untuk lebih jelas kelihatan, anda perlu berada jauh dari bandar supaya tiada cahaya lampu. Sebab itulah kalau dilihatkan pada gambar yang sempat penulis ambil ini, cahayanya tidak begitu kuat kerana kesan cahaya aurora borealis itu terjejas oleh cahaya lampu di jalan.
Lebih sejam penulis luangkan masa untuk menunggu jika ada lagi aurora yang mungkin keluar, namun hampa. Disebabkan kesejukan, penulis terus masuk ke kedai makan halal Kebab Grill di Laekjargata Street untuk makan malam. Penulis makan Lamb Shish Kebab, berharga ISK 1,300 (~RM 35). Harga barangan dan makanan di sini agak mahal. Jadi pastikan anda membawa wang lebih untuk melancong ke Iceland.

 

FUN FACT!  Aurora borealis atau juga dikenali dengan nama northern light ini merupakan fenomena alam yang terjadi di ruang atmosfera bumi di bahagian Kutub Utara. Di bahagian Kutub Selatan, ia dikenali sebagai aurora australis. Langit perlu bebas daripada awan. Untuk lebih jelas kelihatan, anda perlu berada jauh dari bandar supaya tiada cahaya lampu. Ia terhasil daripada interaksi di antara medan magnetik bumi dengan  partikel-partikel daripada pancaran matahari.        

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*