Imam al-Aqsa cedera

BAITULMAQDIS – PALESTIN . Imam Besar Masjid al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri dilaporkan cedera akibat ditembak peluru plastik selepas selesai menunaikan solat di luar pintu Masjid al-Aqsa, menurut pegawai perubatan Palestin.

Ketika kejadian, beliau yang juga Ketua Majlis Tertinggi Islam cedera apabila polis Israel cuba menyuraikan penunjuk perasaan dengan kekerasan hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin cedera.

Sheikh Ekrima kemudiannya dibawa ke Hospital Al Maqassid di timur Baitulmaqdis dan keadaannya masih belum didedahkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*