Menerima pemberian suami berupa hadiah sama ada barang kemas, sejumlah wang tunai, gajet mewah dan sebagainya tentu menjadi idaman setiap wanita yang bergelar isteri. Sememangnya setiap wanita punya keinginan untuk dihadiahkan suami dengan barang-barang tersebut namun tidak semua suami mampu menyediakannya. Kekangan kewangan menjadi halangan untuk suami memberikan yang terbaik untuk isterinya.

Ikuti perkongsian dari Intan Dzulkefli seperti yang ditulis di laman facebooknya.

*****************************************************************************************************************

Naik di wall FB ni, kawan-kawan kongsikan post viral, seorang suami hadiahkan barangan kemas bernilai 4 angka menjengah usia perkahwinan ke tahun 9. Subhanallah, sweetnya masyaAllah. Suka sangat tengok kebahagiaan suami isteri macam ni.

Terusik juga hati bila membaca komen isteri yang teringin juga sedemikian, namun setelah berpuluh tahun berkahwin, tiada pun mendapat penghargaan bernilai seperti itu. Iyalah, tipulah, hati wanita mana tak terusik. Majoriti wanita memang sukakan emas kalau tidak sebagai perhiasan pun, disimpan sebagai aset.

Namun hati ini lebih terusik dengan komen seorang suami yang mengatakan tatkala dia membaca coretan itu, dia terkenangkan isterinya. Jauh di sudut hati, dia juga ingin menghargai isterinya sebegitu.

Masuklah ke kedai emas dan pilihlah mana satu pun yang adinda mahu. Pasti senyuman adinda hingga ke telinga. Namun, apa daya, masa belum tiba, kekanda belum lagi mampu.

 

IKLAN

Berbahagialah Menurut Cara Kita, Usah Terikut Gaya Hidup Orang LainTersentuh hati ini. Semoga dipermudahkan urusannya.

Begitulah. Kadang, bukan suami tak mahu menunjukkan penghargaan dalam bentuk material terutamanya yang menjadi idaman isteri, yang harganya kadang hingga cecah beribu.

Namun sebagai isteri, kitalah orang yang paling sedar kudrat, kemampuan, jumlah gaji, jumlah simpanan, jumlah hutang suami kita kan? Kalau makan suami selama ini pun bercatu semata-mata untuk melunaskan keperluan anak isteri, hendak memberi nafkah bulanan kita anak beranak pun hingga buat 3-4 pekerjaan, rasanya tak perlulah tag nama suami sambil komen, “bila nak buat surprise begini?” Atau “Teringin nak macam ni jugak,”

Bukan apa, takut suami kecil hati, jauh hati, tawar hati. Terasa segala pengorbanan, penat lelah, kerja kerasnya selama ini seolah isteri tidak nampak.

IKLAN

Saat ini, saya cuma teringat kisah Allahyarham TGNA yang berpesan kepada isterinya agar tidak mengenakan barangan kemas yang berlebihan sekiranya waktu bertemu rakyat jelata kerana bimbang ada di antara rakyat merasa teringin hingga meminta-minta & akhirnya menyusahkan hati suaminya. Allahuakbar. Halusnya budi Tuan Guru. Subhanallah.

Wahai isteri,

Jika suami ‘belum pernah’ beri, tak semestinya ia kerana dia ‘tak mahu’ beri. Mungkin itu bermakna dia ‘belum mampu’ hendak beri. Sebagai isteri, doakanlah semoga Allah murahkan rezekinya dan doakan agar bila dia sudah mampu kelak, mudah-mudahan dia diingatkan untuk menghargai isteri yang selama ini bersabar di sisi. InsyaAllah.

Wahai isteri, sekiranya suami meredai kita selama hayat ini, Allah pun meredai kita, maka balasannya insyaAllah syurga.

IKLAN

Di syurga kelak, sebagai ketua bidadari suami, mintalah apa sahaja, pasti Allah akan kurniakan, walau di dunia, kita cuma duduk di rumah buruk dengan persalinan yang lusuh kerana bersuamikan lelaki yang miskin.

Oleh itu, wahai isteri, bersabarlah dan tenang-tenangkanlah hati, ia kita juga teringin… namun jangan kerana menginginkan sesuatu hingga mengguris hati suamimu yang soleh dan baik itu.

InsyaAllah semoga Allah permudahkan.. bersabarlah.. jangan bersedih hingga membebankan hati sendiri dan hati suamimu.

Bahagialah menurut cara kita, seadanya.

Muhasabah saya terutamanya yang pasti banyak sudah mengecilkan hati suami sendiri. Astaghfirullah. Ampun bang.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Sumber: Intan Dzulkefli

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI