Jilbab Backpacker: 7 Hari, 1,800 km: Amazing Trip At Morocco

PERMAIDANI berwarna-warni, pedagang berlalu lalang di lorong kota yang sempit, gadis-gadis berhidung mancung berkain kaftan, gema azan di penjuru kota dan senibina cantik dengan motif geometri khasnya. Itulah gambaran tentang Morocco yang terakam di benak penulis selama ini. Namun ternyata, Morocco punya lebih daripada itu.

Itulah gambaran kunjungan penulis dari www.jilbabbackpacker.com mengenai Morocco. Jom baca kisah menarik mereka.

Dua tahun lalu, penulis diundang sebuah pemilik kedai perabot untuk menghadiri acara bertajuk “Go to Morocco” bersempena pelancaran seni hias dalaman kedai itu yang berkonsepkan Morocco.

Di ruang istirahat, pereka hiasan dalaman yang duduk di sebelah penulis menunjukkan foto-foto ketika beliau berkunjung ke Morocco. Penulis dapat lihat foto tersebut penuh dengan warna eksotik. Lantas terfikir bahawa penulis perlu ke sana.

Akhir tahun, kami berenam orang semuanya telah berkunjung ke Morocco. Walaupun pada awalnya mahu menerjah sahaja, namun akhirnya penulis menerima pelawaan pemandu pelancong yang menawarkan percutian hebat.

Penulis menyangka, Morocco hanya Marrakech, Rabat, Casablanca, Sahara, dan Chefcheoun. Namun pemandu pelancong menawarkan kunjungan ke Pergunungan Atlas. Bahkan bermalam di Dodes Gorges, lembah yang tak pernah penulis dengar sebelum ini.

Inilah destinasi yang kami lalui di Morocco. Perjalanan sejauh 1,733 km. Kami bertolak dari Casablanca kerana penerbangan kami dari Kuala Lumpur mendarat di sana. Dari Casablanca kami menuju Marrakech dan menginap dua malam di sana. Dari Marrakech, kami menuju Dodes Gorges, sebuah lembah di antara gunung batu menjulang. Kami bermalam di sana, sebelum akhirnya menuju Sahara dan merasakan sensasi bermalam di di tengah padang pasir.

Dari Sahara, kumpulan penulis terus menuju Fez. Penulis menginap di sana. Keesokan harinya menuju Chefcheoun, sebuah kota biru di utara Morocco. Perjalanan panjang penulis berakhir di Tangier, sebelum terbang ke Madrid.

Penulis mahukan masa yang fleksible untuk semua lawatan. Tidak mahu terikat dengan jadual ketat yang selalunya dibuat oleh pemandu pelancong. Bagi kami, jika destinasi itu menarik, kami mahu luangkan masa yang agak panjang. Jika tidak begitu menarik, sekejap sahaja sudah mencukupi.

Morocco sangat menarik. Penulis dibawa ke tempat-tempat indah sepanjang perjalanan darat kami. Ratusan foto cantik kami bawa pulang.

 

SUMBER: jilbabbackpacker.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*