Soalan:
Apakah hukum berkawan dengan orang yang telah melakukan pembedahan tukar jantina (transgender).
Jawapan:
“Perbuatan merubah jantina tentunya adalah bertentangan dengan fitrah bertentangan dengan akal juga pada masa yang sama bertentangan dengan agama.
“Tentunya di dalam persahabatan membawa kesan yang baik atau sebaliknya bergantung kepada siapa kita bersahabat dan apa tujuan dalam bersahabat.
“Oleh sebab itu Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang itu akan berada pada perangai atau agama, atau maruah sahabatnya”.
“Hendaklah kamu memilih dengan siapa kamu bersahabat”.
“Kata Nabi SAW
“Orang bersahabat dengan orang yang baik, umpama orang yang pergi kedai minyak wangi”
“Yakni akan mendapat wangi dan kebaikan. Nabi memberikan penjelasan tentang penting untuk memilih sahabat dan memilih teman
“Bila mana dalam anjuran kita bersahabat dengan orang yang baik dan di dalam syariat juga larangan bersahaba dengan orang yang tidak baik, maka kita patuh kepada aturan syariat untuk memilih kepada teman dengan siapa kita bersahabat.
“Kemudian hak persahabatan itu adalah membawa kebaikan kepada sahabatnya seperti menasihati bila mana salah, seperti berkongsi maklumat bila mana mendatangkan manfaat seperti mengajak kepada kebaikan, baik kepada orang yang baik atau orang yang fasik.
“Berteman dengan orang-orang yang tidak baik, bila mana tujuannya untuk menasihati, bila mana tujuannya untuk berdakwah, bila mana tujuannya untuk menginsafkan,
“Maka dalam hal ini adalah perkara itu dianjurkan untuk berdakwah kepada sesiapa sahaja, bukan hanya kepada (yang) mengubah jantina walaupun kepada sesiapa sahaja yang berbuat maksiat, orang fasik kita diperintahkan untuk berdakwah kepada semua.
“Tetapi kalau berkawan dengan mereka sekadar seperti kawan-kawan biasa, maka dalam hal ini kembali kepada asas pembahasan tentang persahabatan itu mendatangkan manfaat ataupun sebaliknya mendatangkan mudharat.
“Berkawan dengan yang baik atau berkawan dengan yang tidak baik, bila mana berkawan dengan orang yang baik (orang yang soleh), maka itu digalakkan.
“Tapi bila mana berdakwah dengan orang yang kita boleh terjejas dengan bersahabat dengannya, maka mengelak daripada berkawan dengan orang-orang yang sedemikian.
Wallahuallam
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Sumber: Instagram Habib Ali Zaenal
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
āYakin Allah Maha Adil.ā Soal Aib Jatuh Nombor Dua, Seorang Anak Dianiaya Bapa Bukan Isu Kecil
‘Yakin Allah Maha Adil.’ Soal aib jatuh nombor dua, seorang anak dianiaya bapa bukan isu kecil dan perlu diperhalusi dengan baik di mana puncanya berlaku masalah sebegini dalam masyarakat.
Ternyata apa yang dilalui oleh anak gadis ini terlalu perit untuk diceritakan kepada orang lain. Sudah tentu setelah sekian lama memendam bebanan emosi akhirnya segalanya terdedah jua.
Artikel Berkaitan: ‘Masalah Kita Selesaikan Sendiri.’ Setiap Anak, DiLarang Dedah Aib Mak Ayah
Yakin Allah Maha Adil
Isu ini turut mendapat perhatian Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, jelasnya seorang anak yang dianiayai bapanya dari sudut seksual dan emosi bukanlah satu isu yang kecil.
Saya tidak pasti kebenarannya kerana satu-satunya kaedah untuk mensahihkannya adalah muka pengadilan. Tindakan untuk melaporkan ke balai polis adalah amat wajar dan paling utama.
Soal Aib Jatuh Nombor Dua
Sebelum kita membangkitkan tentang aib, perkara yang lebih penting untuk kita muhasabah bersama adalah bagaimana sepatutnya sistem keibubapaan berfungsi sebagai tempat untuk anak-anak mengadu dan melaporkan sebarang masalah.
Apakah respon mereka? Bagaimana tindakan mereka? Ia akan menentukan bagaimana kesudahannya bagi si anak sama ada masalah itu dipendam dan anak terus merana, atau dibongkar sehingga orang ramai pula yang menghakimi.
Seorang Anak Dianiaya Bapa
Masyarakat juga perlu dididik untuk bersikap lebih berhati-hati kerana tugas menghukum hanya terletak di bahu pihak berkuasa.
Apabila berlaku konflik kekeluargaan seperti yang tular baru-baru ini, itulah saat terbaik masyarakat untuk kembali memuhasabah peranan masing-masing sebagai anak dan ibu bapa serta memperkukuh kekurangan yang ada dalam keluarga masing-masing.
Bukan Isu Kecil
Dari sinilah baru kita belajar tentang keperluan pemeliharaan aib dan kepentingan untuk menyalurkan masalah hanya kepada pihak berautoriti.
Sistem sokongan seperti ini tidak akan berhasil tanpa ibu bapa dan ahli keluarga yang cakna dan benar-benar memainkan peranannya.
Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan kita. Di samping itu, sebagai Muslim kita yakin Allah Maha Adil lagi Bijaksana. Besarnya tanggungjawab ibu bapa, besar juga dosa yang ditanggung jika amanah tidak dilunaskan sebaiknya.
Komen Warganet:
Ternyata saranan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang penuh berhemah dan berlapik mendapat pelbagai respon daripada warganet. Antaranya:
Nor Hayati Rahim
Terima kasih Datuk… kanak-kanak berumur 15 tahun tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan permasalahan… dia hanya memendam… dirinya rosak. Sesiapa saja yang dirasakan boleh dipercayai dia akan ceritakan segalanya. Sungguh banyak kejadian ini berlaku dalam masyarakat kita, kasihan kanak-kanak yang menjadi mangsa.
Fasha Bashil
Saya bimbang Datuk.
Pertama banyak berlaku maksiat dalam keluarga kerana sistem pendidikan kita yang kurang menitikberatkan akidah dan akhlak serta hala tuju negara yang asyik menitik beratkan ekonomi dan duit ( tak seimbang )
Kedua, bimbang masyarakat terbiasa meluahkan masalah atau aduan di media sosial. Haru-biru jadinya masyarakat kita
Cik Rabiatul
Terima kasih
Sudah tiba masanya kita kukuhkan sistem keibubapaan yang baik agar boleh berfungsi sebagai tempat yang selamat untuk anak, mengadu, bercerita, melaporkan dan sebagainya.
Mungkin kita boleh bermula dari kursus pra perkahwinan yang diluaskan skopnya.
Sentuh tentang akta kanak-kanak,sentuh tentang pentingnya sistem keibubapaan yang baik.
Zeeda Aziz
Alhamdulillah…terima kasih Dr. Saya tercari-cari juga mana agamawan yang mahu mengulas tentang isu yang tak pernah kurang sejak dari dulu lagi. Kerana menjaga aib inilah masalah ini berterusan berlaku di dalam kelambu keluarga.
Peribahasa Haruan Makan Anak ni pun dah berzaman digunakan dan Hikayat Raja Pasai ada menceritakan keberahian seorang ayah terhadap dua anaknya sehingga sanggup membunuh mereka.
Jadi Dr…perkara ini bukan lagi perlu ditulis dengan lembut berlapik berhemah.
Ketegasan sangat diperlukan. Apa gunanya ada agama jika ianya tidak dapat membendung masalah kerosakan akhlak ketua keluarga dan generasinya.
Baca Di Sini:
Kashoorga : Mendidik dan membesarkan anak bukan satu tugas yang mudah, lagi-lagi dalam dunia serba mencabar. Semoga Allah melindungi anak-anak dan keluarga kita.
Sumber : Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Waktu Kecil Mak Ayah Didik Sempurna Dengan Agama, Bila Besar Anak Jadi Jahat Itu Namanya Takdir
Waktu kecil mak ayah didik sempurna dengan agama, bila besar anak jadi jahat itu namanya takdir. Mak, ayah telah mendidik anak dengan sehabis baik untuk melahirkan anak yang berakhlak mulia dan cintakan agama, namun sebaliknya yang berlaku ianya adalah takdir.
Tetapi jika sedari awal mengabaikan anak-anak serta tidak diberi didikan yang sempurna maka menjawab mak, ayah di akhirat kelak. Mendidik anak sewaktu kecil adalah kewajipan mak, ayah.
Ikuti perkongsian Muharrik Daie betapa pentingnya didikan agama kepada anak-anak.
Artikel Berkaitan:
Terharunya Tengok Cara Bapa Didik Anak-anak Ke Masjid Waktu Solat Subuh Walau Tinggal Di Perancis
Waktu Kecil Mak Ayah
MAK, AYAH YANG JAHAT ADALAH YANG MEMBIARKAN ANAK-ANAKNYA
Tanggung jawab mak, ayah pada anak-anak bukan bagi makan saja kemudian selesai.
Jangan begitu kawan!
Didik Sempurna Dengan Agama
Tanggung jawab mak, ayah ini besar dan akan menjadi bala di akhirat nanti dan boleh terjerat dengan api neraka.
Kau lihat satu-satu ini wahai mak ayah. Antara perkara yang perlu kau buat dari sebelum kelahiran baby kau lagi adalah,
1. Menjaga makanan yang halal lebih-lebih lagi waktu mengandung. Sebab susu yang kau nak suap nanti biarlah tidak bercampur dengan yang haram.
2. Banyak baca Al-quran dan berdoa.
3. Lahir baby, kalau boleh dan mampu dapatkan doktor atau bidan wanita untuk mengeluarkan mereka dari perut kamu.
4. Azan dan iqamahkan.
5. Aqiqahkan kalau mampu.
6. Waktu mumayyiz sebelum baligh, selesaikan mereka dengan pengajaran fardhu ain, tauhid, feqah dan tasauf. Agar bila mereka telah baligh, mereka kenal akan Tuhan mereka, tahu beribadah dengan berilmu dan tahu halal dan haram. Serta berakhlak mulia.
7. Jaga keselamatan dan pergaulan mereka sehinggalah mereka telah baligh dan boleh berdikari.
Bila Besar Anak Jadi Jahat
Kalau kamu telah sempurnakan tanggungjawab kamu kepada anak-anak kamu dan anak-anak kamu jadi syaitan dan jahat, itu bukan lagi salah kamu tetapi ujian bagi kamu dan redalah dengan ujian itu.
Tetapi kalau kamu tak didik anak-anak kamu dengan sempurna seperti yang dikehendaki oleh islam, maka kamulah yang salah dan kamulah punca kepada bertambahnya sampah masyarakat.
Tak dinafikan, ada juga anak-anak tidak dididik dengan agama tapi mereka baik dan soleh. Itu perkara di luar kekuasaan kita dan itulah dinamakan takdir Allah.
Itu Namanya Takdir
Tapi jarang berlaku. Dan jangan dijadikan modal dan hujah untuk lari dari tanggungjawab yang tidak kamu buat.
Jangan sentap, kalau ada orang kata anak-anak kamu itu jahat kerana salah kamu. Kerana pada adatnya memang salah mak ayah kalau anak-anak itu jahat dan menderhakai Allah.
Baca Di Sini:
Tak Ada Ritual Tertentu, Tapi Jaga Makan & Minum Rahsia Pasangan Ini Didik 9 Anak Jadi Hafiz
Kashoorga: Semoga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah seta mentaati agama.
Sumber: Muharrik Daie
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
āSuruh Jaga Cucu Sendiri, Gaji Pun Dapat. Ok Apa?ā Hentikan Lagak Seperti Majikan Kepada Ibumu
Anak dan menantu bekerja dan disuruhnya menjaga cucu. Bukan sedikit tapi ramai. Akuilah bahawa ini sememangnya trend gaya hidup ibubapa bekerjaya yang meminta orang tuanya menjaga anak-anak di rumah.
Tidak kira apa pun alasan, tindakan ini boleh disamakan dengan kiasan pada hadis Nabi SAW;
Umar bin al-Khattab R.A, iaitu hadis yang menyaksikan malaikat Jibril datang kepada Nabi SAW dan para sahabat untuk mengajarkan mereka tentang Islam, Iman dan Ihsan, dan antara lain terkandung juga soal jawab:
قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ . قَالَ “ مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ “ . قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَتِهَا . قَالَ “ أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا
Maksudnya: Jibril bertanya: Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat. Nabi SAW menjawab: Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Maka Jibril bertanya lagi: Khabarkan kepadaku tentang tanda-tanda kiamat. Maka Nabi SAW menjawab: (Antara tandanya ialah) apabila seorang hamba wanita melahirkan tuannya…(Sahih Muslim (8)
Secara literalnya lafaz hadis tersebut sememangnya menyatakan antara tanda kiamat ialah hamba wanita akan melahirkan tuannya sendiri, dan itulah yang dipegang oleh majoriti ulama.
Artikel berkaitan:Rasulullah Baca Doa Al-Mu’awwidzaat, Lindung Diri, Anak-anak & Cucu Dari Gangguan Syaitan
Artikel berkaitan: Tak Kekok Jaga Cucu Islam Sejak Kecil, Kasih Sayang Nenek Budha Ini Tak Pernah Luntur
Namun terdapat ulama seperti Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dan Syeikh Mustofa Dib al-Bugha yang memahaminya melalui konteks yang lebih luas, lalu sampai kepada kesimpulan bahawa ia merupakan kiasan akan berleluasanya perbuatan derhaka dan layanan kasar terhadap ibu bapa oleh anak-anak, sepertimana layanan kasar tuan terhadap hambanya.
Dalam kesibukan menguruskan hidupan harian, kita kadangkala alpa sehingga mengambil mudah untuk meminta ibu atau orang tua kita menjaga anak dengan tanggapan, bukan jaga anak orang lain, jaga cucu sendiri. Tak kan itu pun tak boleh?
Dalam satu kupasan ceramah yang dilakukan oleh pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid apabila diminta mengulas tentang trend ini, beliau menjelaskan bahawa, baginda SAW pernah ditanya tentang kedudukan orang tua pada anak.
“Nabi menjawab,”Orang tua adalah syurga kamu atau neraka kamu” Ikut sahaja yang mana satu menjadi pilihan; nak masuk syurga, maka berbaktilah kepada orang tua dan kalau nak masuk neraka, maka lawanlah orang tua.
Setiap hari melakukan amal ibadat, dan tanpa kita sedar itu semua tidak bermakna langsung. Walaupun banyak kali tunaikan haji atau umrah, banyak bersedekah dan amal-amal lain; tetapi sekali kita tidak membahagiakan atau berbakti kepada orang tua, maka hilanglah pahala amalan tadi. Sia-sia.
“Jadilah anak yang baik; berbakti kepada kedua orang tuanya, tidak sombong kepada orang tua, tidak sombong kepada orang lain malah pada diri sendiri,” jelasnya lanjut.
Menurut Habib Ali Zaenal lagi, di akhir zaman, anak akan sombong dengan orang tuanya. Di akhir zaman, anak akan mengungkit ihsannya kepada orang tua. Di akhir zaman, anak akan berkira dengan orang tuanya. Di akhir zaman, orang tua akan takut dengan anaknya. Di akhir zaman, anak tidak hormat kepada orang tuanya.
Baginda ditanya oleh Jibril a.s tanda Hari Kiamat. Kaka dijawab Rasulullah SAW, salah satunya hamba sahaya (ibunya) melahirkan tuannya (anak) menjadi majikan kepada ibunya.
Macam mana anak boleh menjadi majikan kepada ibunya? Anak berstatus majikan kepada ibunya apabila dia (anak) boleh menyuruh, memerintah ibunya untuk melakukan itu dan ini mengikut kehendaknya.
Sehingga ibu seumpama pembantu kepada anaknya. Ibu umpama orang suruhan yang disuruhke sana dan di suruh ke sini. Cukup bulan, ibu diberikan gaji atau upah kerana telah menjaga cucu atau sebagainya.
Kalau itu adalah kehendak daripada ibu sendiri atau itu adalah perkara yang pada dasar kasih sayang atau keikhlasan, maka hal demikian tidak ada masalah.
Tetapi kalau anak mengatakan kepada orang tuanya, “Aku beri gaji kamu kerana menjaga anak aku” maka harus diingat, ini bukan hal yang boleh dipandang ringan. Anak tidak sepatutnya berbuat demikian kepada orang tuanya, kerana “Engkau dan harta kamu adalah milik orang tua mu,” kata Nabi SAW.
Kashoorga: Dalam hal ini, perlu perbincangan yang benar-benar telus, jujur dan ikhlas. Membebani orang tua untuk mejaga anak adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab.
Namun andai kata memang orang tua rela hati menjaga cucu, maka kita harus bersyukur. Tetapi harus diingat sekiranya orang tua sudah tidak mampu menjaga, jangan pula nanti kita sentap kerana menjaga cucu bukanlah tanggungjawab nenek atau datuk mereka.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI