Kata-kata yang lahir dari mulut ibu bapa itu merupakan suatu doa. Maka, sudah sewajarnya seseorang itu perlu berhati-hati sebelum berkata-kata. Benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w, betapa hebatnya kata-kata yang muncul dari bibir orang tua terhadap anaknya.

“Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat yang dibenci oleh Allah yang dia tidak merenungi (akibatnya), maka dia terjatuh dalam neraka jahanam.” (Riwayat Bukhari).

Cukup dengan satu kalimah sahaja, boleh menjadi punca hancurnya keperibadian anak. Misalnya anak berbuat salah walaupun sudah cukup berhati-hati. Lalu si ibu bersuara lantang dan terus memarahi anak. Dan ini menyebabkan hati anak anak putih bersih menjadi hancur dengan kata-kata yang keluar dari mulut si ibu.

Hakikatnya, sebesar mana pun kesalahan anak, tidak sewajarnya seorang ibu itu melontarkan kata-kata kasar dan boleh mengguris hati anak. Bukankah proses membentuk anak itu memerlukan toleransi? Kata-kata kasar dari seorang ibu itu sangat menyakitkan hati dan meruntuhkan konsep dirinya.

Tindakan ini juga akan membuatkan anak berasa terasing, rendah diri, sering melakukan kesalahan, dan rasa tidak dihargai. Dan lama-kelamaan keperibadian anak akan menjadi negatif, pasif dan tiada keyakinan dalam diri.

IKLAN

Alangkah indahnya jika si ibu menahan lidah dan berkata, “Tidak mengapa nak….. jangan ulangi kesalahanmu’. Dengan kata-kata indah ini, anak akan berasa dihargai meskipun dia pernah berbuat salah. Tidak lagi terasa asing, semakin cekal dan mempunyai keperibadian yang positif.

Membentuk keperibadian diri

Konsep diri adalah cara anak memandang dirinya. Jika anak berasa tenang, gembira dan bangga dengan dirinya, ia membawa maksud dirinya adalah positif. Jika sebaliknya, anak akan mudah sensitif terhadap perkara-perkara yang negatif.

IKLAN

Kebiasaan ibu bapa menyampaikan kata-kata yang positif ini akan dapat membantu anak membentuk nilai-nilai yang baik dalam diri. Malah, ibu bapa juga disarankan agar mengawal emosi dan godaan dari berbicara tentang hal-hal yang boleh merosakkan peribadi anak.

Hati yang terluka

IKLAN

Seperti mana orang dewasa, anak juga memiliki perasaan yang harus dijaga agar tidak tersentuh dan terluka. Salah satu perkara yang boleh menyebabkan hati si kecil terguris adalah, melalui kata-kata negatif yang boleh merendahkan harga diri seorang anak. Misalnya, ‘ dah besar tapi masih suka menangis,’ atau ‘buat malu je, pakailah otak sikit’.

Segelintir ibu bapa mungkin beranggapan, kata-kata seumpama ini merupakan satu hal yang biasa. Namun ia akan menjadi luar biasa sekiranya, anak-anak tidak diberi ruang untuk dihormati. Sesuai dengan tahap perkembangan anak, adalah wajar jika setiap anak itu berasakan dirinya mampu kerana inilah permulaan tumbuhnya rasa percaya dalam diri.

Walaupun secara umumnya, anak itu masih belum faham tentang kemampuannya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Namun, perasaan dan tindakan inilah yang perlu di dihargai oleh setiap ibu bapa. Bantu dan doronglah anak, sekiranya dia menemui jalan buntu dan kegagalan. Jangan mudah marah dan lontarkan kata-kata nasihat agar anak tidak rasa ketinggalan di belakang.

Seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, kata-kata yang dilontarkan itu merupakan satu doa. Maka elakkanlah memarahi dan menegur anak dengan kata-kata yang kesat.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI