Kaum Wanita Kalau Nak DIET, Kena Tahu Bila Waktu Yang Sesuai Agar Diet Menjadi

  • 1
    Share

Bulan Ramadan merupakan kesempatan kepada umat Islam untuk mempertingkatkan amal ibadat, membuat kebajikan dan meluangkan masa bersama keluarga serta sahabat handai. Dengan berpuasa, umat Islam mengharapkan mereka dapat meningkatkan disiplin diri serta menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian insan yang tidak berkemampuan.

Di samping menunaikan rukun Islam yang ketiga, bulan Ramadan juga adalah masanya dan kesempatan untuk menurunkan berat badan terutama golongan wanita. Selera seorang wanita berkait rapat dengan kitaran haid mereka. Begitu juga dengan kadar metabolisme mereka.

Beberapa hari sebelum waktu subur seorang wanita, kadar metabolisme mereka meningkat dan selera mereka bertambah. Kedua-dua ini akan mencapai tahap tertinggi sehingga berlaku pendarahan haid (datang haid), kemudian barulah kedua-dua selera dan kadar metabolisme akan menurun dengan cepat.

Jadi jangan kecewa apabila berat badan lambat diturunkan dan selera yang agak sukar dikawal pada masa ini. Pilih makanan yang banyak kompleks karbohidrat dan fiber bagi mengurangkan rasa lapar.

Pilih lebih banyak protein berbanding dengan karbohidrat ringkas. Minum air yang banyak. Ini akan menyebabkan lebih rasa puas dan kurang merasa lapar yang kerap.

Tidak dapat dinafikan ada wanita yang bertubuh langsing dan sukar gemuk, dan ada wanita yang mempunyai rangka besar dan mudah meningkat berat badan.

Dalam apa-apa hal, bersederhanalah.

Sumber: FB: Dr Zubaidi Haji Ahmad

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*