Kuasa Allah, dua hari terperangkap dalam runtuhan, kanak-kanak enam tahun ditemui masih hidup di sisi mayat neneknya yang telah meninggal dunia.
Segala yang berlaku atas kekuasaan Allah. Siapa sangka walaupun selepas dua hari, anak ini ditemui masih hidup dan selamat walaupun neneknya telah pergi dulu.
Seorang kanak-kanak ditarik keluar dari bawah runtuhan sebuah rumah dalam keadaan masih hidup meskipun terperangkap di bawah runtuhan itu selama dua hari, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Situasi itu memberi harapan kepada waris mangsa yang masih mencari orang tersayang selepas gempa bumi cetek menggegarkan rantau Cianjur, wilayah Jawa Barat pada Isnin lalu.
2 Hari Terperangkap
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), anggota penyelamat menyelamatkan kanak-kanak bernama Azka Maulana Malik itu di kampung Nagrak, dalam daerah Cugenang, Indonesia.
Ads
Satu rakaman video menunjukkan situasi ketika kanak-kanak tersebut dibawa keluar oleh anggota penyelamat.
Dia ditemui bersebelahan dengan mayat neneknya, demikian menurut BNPB.
Dalam Runtuhan
Azka kini dirawat di sebuah hospital di Cianjur, lapor media tempatan. Pasukan penyelamat sebelum ini telah membawa keluar mayat ibu bapa kanak-kanak lelaki tersebut.
Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Cianjur sekitar pukul 1.21 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer, demikian menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Kanak-Kanak Enam Tahun Ditemui Masih Hidup
“Angka kematian kini meningkat kepada 271 orang,” kata Ketua BNPB, Mejar Jeneral Suharyanto dalam satu sidang akhbar semalam sambil menambah, lebih satu pertiga daripada mangsa yang maut adalah kanak-kanak.
Ads
BNPB juga telah mendirikan 14 khemah pelarian dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk yang hilang tempat tinggal.
Sementelah itu, Suharyanto jelaskan mangsa-mangsa dijangka meninggalkan khemah sementara mereka dan berpindah ke khemah utama. – Agensi
Baru-baru ini drama bersiri Nur kembali bersiaran sepanjang Ramadan. Dan watak paling diingati selain watak utama adalah watak Aishah lakonan Noorkhiriah.
Biarpun digambarkan seorang yang menjengkelkan, namun realitinya pelakon ni sangat istiqamah dengan penghijrahannya beberapa tahun lalu.
Terbaru, pelakon berbakat ini berkongsi di laman instagram kisahnya yang ubah suai kereta MPV miliknya menjadi van jenazah.
Dalam kapsyen juga Noorkhiriah memberitahu dia akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenazah secara percuma kepada orang ramai.
Segala perancangannya itu akan diberitahu kepada pengikutnya tidak lama lagi. Malah dia turut memohon orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Tambahnya lagi, biarpun tidak hidup mewah, Khiriah merasakan dia harus meninggalkan amalannya di dunia untuk kebahagiaan di akhirat.
“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah..akak sayang,maka akak jadikan blkg ni #vanjenazah.Bagi yg memerlukan dialu2kan..Perkhidmatan Percuma #vanjenazah@nurbykhiriah..
Perkongsian ini mendapat respon baik daripada warganet. Masing-masing menyokong apa yang dilakukannya ini.
arashmohd30@khiriah17 Semoga dipermudahkan segala urusan dik. Hanya Allah SWT shj yg tahu isi hati Nor. Inshaa Allah… proud of you
makwanju Semoga Allah swt melindungi mu nak di mne saja nor berada ..dn segala nye di permudah kn Aamiin2
sitifaizahsy Moga dprmudhkan segala urusan dan diberkati olehNYA
dillaz.__ Kebaikan yang ikhlas dibalas jua dengan kebaikan
azidinmantaril Alhamdulillah..moga dipermudahkan dan moga dimurahkan rezeki,tak usah takut utk berbuat baik,peduli apa org akan kata yg penting nawaitu kita Allah dh tahu,kita mudahkan urusan org Allah permudahkan lg urusan kita,lagi2 lh yg berkaitan dgn urusan fardhu kifayah,moga ia menjadi inspirasi kepada semua,tahniah
mawar.mazlan Alhamdulillah jangkamasa panjang saham akhirat akak
Mengarut! Kenapa pula lebih bahagia? Apa kaitan suami isteri bahagia dengan motor?
Aku tahu. Dalam kepala kau akan kata ini tidak logik.
Bukan nak kata yang naik kereta tak bahagia. Cuma mereka-mereka yang naik motor ini sebenarnya rasa lebih bahagia sedikit berbanding yang lain. Aku tak kata kau kena naik motor besar atau superbike. Asalkan motosikal, walaupun kapcai, itu sudah mencukupi.
Kalau kau antara pasangan suami isteri yang naik motor pergi kerja bersama-sama, aku harap kau dapat persetankan kata-kata orang lain yang menghina kau.
Kau tahu, kau bahagia bukan?
Jadi, buat apa mahu dengar sindiran orang lain yang mengatakan kau miskin. Yang memandang kau low class.
Abaikan.
Aku sekadar mahu kongsi, menurut artikel ini, pasangan yang naik motor bersama-sama, hubungan mereka akan last longer.
Apa maksud last longer?
Pada pendapat aku, maksudnya ialah perhubungan tersebut lebih tahan lama. Lebih kuat. Lebih kukuh. Dalam bahasa yang mudah, akan bersama selama-lamanya. Tidak akan bercerai.
Kandungan
Aku tahu kau masih tak percaya. Sebab itu kau terus baca artikel ini untuk mengetahui sama ada apa yang aku cakap ini betul atau tidak.
Mari aku rungkaikan satu persatu.
Bukan setakat rapat badan sahaja. Tapi rapat hati mereka. Tak puas peluk di rumah, boleh peluk atas jalan raya.
Alangkah bahagianya bila si isteri dekatkan telinga pada dada suami, terdengar getaran jantung si suami. Susah senang kita bersama.
Kau ingat lagi masa kau bercinta dengan dia masa muda-muda? Masa belum berkahwin. Dan masa mula-mula berkahwin.
Itulah perasaan teenage love.
Kau akan rasa terawang-awangan. Rasa high.
Normal bagi pasangan yang sudah berkahwin sudah lama, tidak lagi merasai kemanisan rasa cinta pasangan masing-masing.
Kalau kau naik motor, bukan sahaja dapat mengimbau masa lampau. Kau juga dapat menimbulkan rasa teenage love itu. Rasa romantik dia lain macam.
Tak percaya?
Cubalah.
Kalau dia jenis yang gilakan harta, sudah lama dia paksa suami berhutang beribu-ribu ringgit untuk beli kereta.
Untuk tunjuk pada adik-beradik dan saudara-mara lain yang dia juga mampu.
Tapi aku percaya, isteri yang masih lagi setia dengan suami walaupun hanya berbekalkan motor, dia isteri yang baik. Isteri yang sanggup terima seadanya.
Cuma yang buat aku marah, bila si suami itu sudah berjaya dan banyak harta, kau janganlah tinggalkan isteri kau yang sanggup bersusah payah dengan kau.
Yang sanggup terima kau yang masa itu tak ada apa-apa.
Pada pendapat aku, inilah antara kunci pasangan suami isteri bahagia.
Ini memang pengalaman yang sangat ‘rare’ bagi kebanyakan orang zaman sekarang. Ramai yang sudah punya kereta.
Dapat kesejukan hujan yang turun secara tiba-tiba, dengan berpakain baju hujan penuh, si isteri peluk suami dlam perjalanan menuju ke rumah.
Meremang bulu roma.
Jarang ada orang yang pakaikan tali pinggang keledar untuk isteri.
Bukakan pintu kereta untuk isteri?
Oh, itu jarang-jarang berlaku selepas berkahwin. Sebelum kahwin dulu, buka pintu kereta untuk bakal isteri adalah rutin.
Tapi bila si suami pakaikan topi keledar untuk isteri, nampak ‘sweet’ tak?
Seronok, tapi bahaya. Kadang-kadang suami buat lawak atas motor, berbual-bual bersama isteri. Tatkala itu, tangan isteri yang macam ketam akan segera mencubit pinggang suami. Maka si suami akan tergocoh-gocoh membetulkan pemanduan motor.
Orang kaya, lebih ‘risky’, lebih seronok. Bahaya, jangan bergurau atas motor.
Aku sangat yakin, bila kau yang bawa kereta, nampak perlakuan suami isteri yang bergurau atas motor, kau akan senyum sendiri. Kau pula akan rasa mahukan momen tersebut.
Itu kalau kau nampak suami isteri.
Kalau kau nampak pasangan yang belum kahwin bergurau-gurau manja atas motor, kau tolong terajangkan motor dia untuk aku. Kasi tumbang dua-dua.
Suami isteri bahagia, hidupnya bukan hanya pada harta dan wang ringgit. Pasangan ini hidup sederhana, atas apa yang ada.
Banyak yang boleh jimat. Ada duit lebih, boleh bawa isteri dan anak-anak makan luar sesekali.
Bila kos hidup rendah, tak adalah rasa tertekan dengan duit yang selalu tak cukup.
Keberkatan itu bukan pada duit semata-mata, kan?
Siapa kata tak penting? Kalau ada kemampuan, apa salahnya beli kereta. Jika ada anak nanti, mudah untuk bawa anak ke klinik jika sakit secara tiba-tiba. Jika isteri mahu bersalin, lebih selamat untuk bawa dia naik kereta.
‘Pakwe makwe’ yang acah-acah kongsi artikel ini untuk tunjukkan rasa bahagia, ini tidak kena pada tempatnya.
Halalkan dulu hubungan, baru dapat rasa apa itu kebahagiaan. Kalau mahu jadi pasangan suami isteri romantik sekalipun, kahwinlah dulu.
Suami isteri bahagia dan romantik, sanggup susah bersama
Aku tak suruh kau pergi beli motor semata-mata nak bahagia. Motor hanyalah salah satu daripada alat atau tools untuk bahagia. Yang kata suami isteri bahagia jika naik motor itu ialah aku. Kalau kau tak setuju, tak mengapa.
Walau apa pun, yang lebih penting ialah kau mesti memahami jiwa masing-masing. Hormat pandangan pasangan. Saling bertolak ansur dan bantu membantu.
Barakah dalam perhubungan suami isteri bukan dalam bentuk harta semata-mata. Ada perkara yang kau tak nampak. Contohnya, walaupun tidak berduit, anak-anak pandai belajar, dianugerahkan anak cepat membaca, mertua baik, kenderaan tidak pernah rosak dan macam-macam lagi.
Aku doakan kau yang baca artikel ini sampai habis, agar sentiasa berbahagia dengan pasangan masing-masing. Kau juga perlu sentiasa doa untuk pasangan masing-masing.
Semoga bermanfaat: Sumber : THEROHANI.COM
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
‘Tanpa sengaja solat isyak lima rakaat.’ Tertambah rakaat, solat sah atau tidak? Kadang-kadang disebabkan rasa letih, lesu dan mengantuk membuatkan seseorang itu jadi terlupa rakaat solat yang telah didirikan.
Dalam mamai-mamai tanpa sedar kita tertambah rakaat, jadi apabila kita tersedar rakaat telah ditambah secara tak sengaja apa yang harus kita lakukan.
Ikuti perkongsian Ustaz Noor Hafiz dan fahami penjelasannya berkaitan isu ini:
Soalan: Salam ustaz nak tanya, kalau kita terlebih rakaat pada solat, sah atau tidak?
Jawapan:
Seseorang yang sedang mendirikan solat terlupa, kemudian menambah rakaat dengan secara tak sengaja. Sebenarnya terdapat dua situasi untuk kita fahami perkara ini dengan jelas.
Situasi yang pertama sekiranya selesai seseoran g itu memberi salam, kemudian dia teringat solat yang dilakukan sebentar tadi, terlebih satu rakaat. Jadi solatnya sah kerana baru saja terin gat.
Manakala situasi kedua, seseorang yang menambah rakaat sebagai contohnya solat isyak yang sepatutnya empat rakaat, dia bangun untuk rakaat kelima secara tak sengaja.
Kemudian dia rukuk, baru dia teringat yang rakaat itu adalah rakaat yang dia tertambah secara tidak sengaja. Maka apabila dia sedar itu adalah rakaat yang tertambah, situasi yang terbaik adalah teruskan sahaja duduk tahiyat akhir.
Tetapi jika dalam keadaan rukuk, dia tersedar dan terus bertindak bangun iktidal kerana tersedar rakaat tertambah, maka solatnya terbatal.
Baca Doa Makan Selepas Solat?
Bagi menjawab persoalan ini, ianya bergantung kepada situasi seperti yang diterangkan tadi iaitu tersedar setelah memberi salam, solat sah dan diterima.
Sebaliknya ketika dia menambah rakaat iaitu pada rakaat kelima, dia teringat bahawa dia tersalah. Maka, diminta untuk dia terus saja duduk tahiyat akhir dan sebelum memberi salam disunatkan sujud sahwi.
Walau bagaimanapun bagi situasi yang tersedar di pertengahan rakaat kelima dan kemudian dia teruskan kesilapan hingga memberi salam, maka solatnya terbatal.