Kuasa PELUKAN, Betul Ke Pelukan IBU BAPA Punya KUASA Yang HEBAT Kepada Anak-anak

  • 1
    Share

Ramai di kalangan ibu bapa mengungkapkan rasa sayang mereka kepada anak-anak ketika menjemput anak-anak pulang dari sekolah atau mengajak anak bermain, membelikan mainan yang mahal, ataupun memberi makanan bergizi pada si buah hati. Sebenarnya ada satu lagi bentuk mekanisme yang mampu mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Mekanisme yang dimaksudkan ialah PELUKAN.

Ya! Siapa yang dapat menyangkal bagaimana PELUKAN mampu mengungkapkan kasih sayang ampuh antara ibu bapa dengan anak-anak. Anak kecil dan bayi setidak-tidaknya memerlukan 5 hingga 6 pelukan setiap hari. Kajian juga mengungkapkan bahawa sering memeluk anak boleh membuatkan mereka hidup dan ‘berkembang’ dengan lebih baik.

EMPAT MANFAAT MEMELUK ANAK-ANAK

MENJADIKAN ANAK-ANAK LEBIH PINTAR
Manfaat memeluk anak bukan hanya sekadar menunjukkan kasih sayang tetapi juga mampu menjana perkembangan otak mereka. Otak anak-anak akan lebih berkembang jika dibandingkan dengan anak yang jarang dipeluk. Meskipun hal ini bukan bererti boleh meningkatkan IQ mereka, pelukan ibu bapa mampu memaksimumkan cara kerja dan perilaku mereka. Memeluk anak secara rutin akan memberikan baik untuk masa depan mereka, persekitaran dan perilaku mereka apabila dewasa nanti.

ANAK-ANAK TERHINDAR DARIPADA RASA STRES DAN CEMAS
Penghasilan hormon endorfin dalam tubuh menjadi salah satu manfaat kesan daripada memeluk anak-anak. Pada dasarnya, hormon ini berfungsi untuk mengurangi ketegangan saraf dan juga tekanan darah. Ini bererti anak-anak yang lebih banyak atau sering dipeluk oleh kedua ibu bapanya akan terhindar daripada stres dan cemas.

ANAK-ANAK JADI TENANG DAN PENYANYANG
Dengan membiasakan memeluk atau dipeluk, anak akan menganggap hal ini sebagai rasa kasih sayang. Kemungkinan juga, ketika anak besar nanti mereka akan menjadi lebih empati dan penyayang, kerana manfaat pelukan tersebut dapat memberikan energi baik kepada mereka.

MENGUATKAN SISTEM KEKEBALAN TUBUH ANAK
Keadaan stres dapat memicu pengeluaran hormon kortisol pada tubuh. Dan sayangnya, sistem saraf otonom pada anak belum cukup berkembang untuk mengatur emosi-emosi pada skala besar. Kalau dibiarkan terlalu lama, hal tersebut akan membunuh sel-sel otak tertentu iaitu area hippocampus. Maka sebab itulah pelukan itu membawa manfaat kepada sistem saraf mereka kepada keadaan seimbang. Lalu dengan terjadinya pelukan, hormon oksitosin yang dilepaskan ke dalam aliran darah juga akan membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh anak-anak.

Walau bagaimanapun memeluk anak-anak juga ada teknik yang tertentu.

Berikut dikongsikan teknik memeluk anak lelaki dan anak perempuan.

Cara memeluk anak perempuan:

Tepuk dan gosok-gosok belakang anak perempuan (rujuk gambar sebelah kiri). Bahagian tersebut dinamakan sebagai Qalbu. ANCHOR POINTNYA. Semoga bila ibu menggosok-gosokkan bahagian itu IN Shaa Allah, ibu bagi nasihat apa pun, anak-anak akan pasak dan ingat sampai bila-bila.

Cara memeluk anak lelaki: 

Bagi anak lelaki pula, ANCHOR POINTNYA ialah di bahagian belakang kepala di bahagian atas (rujuk gambar sebelah kanan). Gosokkan beberapa saat. Ketika itu, lontarkan beberapa nasihat kepada anak lelaki anda. Berikan nasihat yang serba ringkas.

Sumber: Baby Comel TRB

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*