Buat masa ini ramai di kalangan selebriti atau personaliti popular membuat perbincangan mengenai sesuai isu secara langsung di media sosial.
Aktiviti ini turut menjadi pilihan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk mengadakan perbincangan secara santai dengan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus di media sosialnya malam tadi.
Dengan tajuk ‘Deme wak mende PKP ning?’, beliau penuh merendah diri dan tidak kekok bertanya kepada UAI soal agama walaupun pernah membawa gelaran sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Namun paling menarik perhatian adalah apabila Dr Zulkifli memberi soalan berbentuk cepumas kepad UIA iaitu berkenaan soalan apa ingin dilakukan sekiranya beliau dilantik menjadi Menteri Agama.
Ads
Menurut UAI lagi, kita perlu sentiasa mengambil peluang dengan menggunakan kuasa (peluang) dan yang dilarang pula adalah salah menggunakan kuasa.
“Bila kita ada kuasa, bermakna kita duduk di satu keadaan yang sangat berpeluang besar. Bila kita Menteri Agama, maknanya kita berkuasa.
“Agar agama Allah menjadi tinggi dan dimuliakan. Sebab apa? Aku jadi Menteri Agama tiga atau lima tahun, aku sempat buat benda ni dan aku dapat jawab di akhirat.
Ads
“Jadi, guna kuasa Datuk. Allah akan tanya di akhirat nanti, kamu buat apa Datuk? Saya yakin Datuk faham kat mana Datuk nak buat supaya agama jadi tinggi, Datuk lebih arif,” katanya.
Ads
Dan diakhir penutup siaran langsung berkenaan, UIA turut mendoakan agar Dr Zulkifli dan seluruh kakitangan kementerian diberi kekuatan dan bantuan dari Allah bagi menaikkan lagi syiar agama Islam.
Setiap insan yang bercinta pastinya mahu mengakhirinya dengan hubungan yang sah dan halal. Tetapi kita hanya merancang hanya Tuhan yang menentukan.
Siapa sangka ada kalanya jodoh yang kita sangka terbaik tetapi sebenarnya bukan. Ini semua perancangan Allah dan ada sebabnya kenapa Allah temukan kita dengan insan yang salah.
Komunikasi positif merupakan asas utama dalam sebuah perkahwinan yang teguh.
Apabila suami isteri gagal berkomunikasi dengan baik maka perjalanan sesebuah rumah tangga itu akan terganggu.
Perkahwinan menuntut persefahaman dan jalinan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pasangan.
Walau bagaimanapun hari ini suami isteri sentiasa sibuk dengan tugas harian. Natijahnya komunikasi antara suami isteri menjadi hambar gara-gara masing-masing tiada masa untuk berbicara.
Saya pertama kali alami sendiri semasa masih kecil lagi. Saya masih ingat arwah Ayah saya dan Umi saya ber Pillow Talk hampir setiap malam sebelum tidur.
Mereka akan berbincang serta berbicara mengenai anak-anak, tempat kerja dan perkara antara mereka berdua. Walaupun sewaktu itu saya kecil lagi, tapi saya masih ingat tentang keadaannya.
Ada kalanya mengenai kerisauan pasal saya dan abang-abang saya. Perangai kami, apa yang kami telah buat, impian-impian dan angan-angan mereka terhadap kami dan lain-lain lagi.
BINCANG CARA SANTAI TAPI PADAT
Masa itu saya tak faham. Kenapa Dad dan Umi ni bercakap dalam gelap? Hari ini, semasa saya terdetik untuk menulis mengenai hal ini barulah saya teringat dan faham apa yang mereka pernah lakukan dahulu.
Pillow Talk ini adalah perbincangan kecil, bebas, ringkas, santai, adakalanya menjadi berat, adakalanya menjadi panjang, tetapi selalunya ringkas santai dan padat.
Di mana? Seperti namanya, pillow yang ertinya bantal, sudah semestinya di katil.
Bila? Selalunya sebelum tidur. Apabila aktiviti atau apa yang telah berlaku seharian terhenti dan kita hampir untuk memulakan hari baru selepas selesainya tidur nanti.
APA YANG DIBINCANGKAN? BOLEH BERBICARA APA SAHAJA. CONTOHNYA:
➡️ Mengenai anak-anak. Masalah dan penyelesaian.
➡️ Mengenai kerja. Luahan, kebimbangan, kegembiraan atau sekadar bercerita.
➡️ Perhubungan. Masalah, motivasi, penghargaan, cinta. Perkara yang mengingatkan mengenai pasangan.
➡️ Borak kosong. Angan-angan, lawak, cita-cita.
➡️ Permintaan atau peringatan mengenai sesuatu perkara yang perlu dilakukan.
➡️ Sesuai juga digunakan untuk memujuk atau menyatakan harapan.
Kadang-kala, Pillow Talk juga bagus untuk bertanya apa-apa kerana keadaan masa itu yang selesa dan tenang. Contohnya :-
▶️ Soalan tentang pakaian yang pasangan suka lihat kita pakai. Tudung ke, baju ke, pakaian di luar atau di rumah ke?
▶️ Soalan mengenai kekurangan diri yang boleh diperbaiki.
▶️ Soalan mengenai benda yang disukai atau tidak disukai.
▶️ Soalan tentang masa depan keluarga atau kerjaya.
Kenapa Pillow Talk ini penting?
1. Mengakhiri hari dengan tenang dan baik 2. Menjadikan perhubungan lebih terbuka. 3. Memperbaiki komunikasi sesama pasangan. Keadaan yang gelap membantu untuk lebih terbuka. 4. Menambah kemesraan sesama suami isteri. 5. Mengurangkan tekanan. 6. Menambah kepercayaan dengan pasangan. 7. Mendalami hati pasangan. Kadang-kala pasangan malu untuk cakap atau berterus- terang semasa keadaan terang benderang.
Bagaimana untuk mula buat Pillow Talk jika tak pernah buat sebelum ini? Mudah sahaja. Setkan dalam minda yang Pillow Talk ini santai sahaja. Jangan ada tekanan.
↪ Baring bersama di katil atau tilam.
↪ Sangat sesuai jika dalam posisi “cuddle”. Lebih mesra . ↪ Selalunya dilakukan sebelum tidur. Jangan tunggu sampai terlalu mengantuk. Nanti cakap sorang-sorang pulak.
↪ Bercakap sambil membelai atau memeluk pasangan amat digalakkan.
↪ Pejamkan mata dan berbicara dari hati.
↪ Buat semasa anak dah tidur. Kalau tidak diorang akan dengar. Macam saya dulu. Hahaha..
Semoga tajuk kali ini memberi manfaat untuk meningkatkan keharmonian rumah tangga.
Kongsilah supaya lebih banyak keluarga yang mengamalkan Pillow Talk ini.
Ada orang dimurahkan rezeki, ada orang rezekinya sempit sedangkan usaha yang dilakukan tak jauh beza pun antara kedua-duanya. Pernah nampak atau alami keadaan ini?
Sudah macam-macam cara dilakukan, tetapi masih tidak berubah, rupa-rupanya ada tabiat buruk kita di rumah penyebab rezeki sempit atau kurang masuk.
Salah satu faktor penyebab utama ialah kurangnya kesedaran kita terhadap penjagaan kebersihan di rumah.
Rumah sebagai tempat berteduh dan berehat sekeluarga sepatutnya berada dalam keadaan tip top. Setiap ahli keluarga wajib mainkan peranan.
Sesungguhnya untuk mempermudahkan laluan rezeki, maka permudahkan juga lah malaikat Rahmat untuk masuk ke rumah. Rumah yang kotor, malaikat pun ‘segan’ hendak ziarah.
Sebagaimana hadis yang diriwatkan al-Tarmizi
Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan, Dia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi
Singki berdaki, lantai dan dinding berlumut apatah lagi mangkuk tandas pun kotor. Tandas adalah antara tempat yang kotor dan ia sangat digemari oleh jin dan syaitan.
Bagaimana kita hendak menjemput malaikat Rahmat masuk sekiranya banyak jin dan syaitan di rumah? Mulai hari ini, pastikan ada jadual membersih bilik air dan tandas untuk setiap ahli keluarga mengikut kesesuaian.
Bagai rumah ditinggal lama walaupun tuan rumah setiap hari ada dan malas hendak bersihkan sawang yang menari-nari di bucu siling.
Jika rumah bersawang, sekeluarga pemalas dan abaikan kebersihan rumah ini disebabkan oleh hasutan syaitan.Syaitan amat gemar bersahabat dengan manusia pengotor.
Kalau nak tahu keperibadian seseorang, lihat bagaimana dia titik beratkan kebersihan rumahnya. Tempat paling mudah ialah di singki dapur.
Jika singki penuh dengan pinggan mangkuk yang kotor, ini bermakna kita memberi jin dan syaitan makan sisa makanan berbaki dalam pinggan dan mangkuk kotor.
Sebelum tidur kena pastikan pinggan, mangkuk, periuk dan cawan semuanya di cuci bersih. Sisa makanan yang kotor akan menjadi habuan syaitan yang suka pada benda-benda kotor.
Sediakan tong sampah yang boleh ditutup rapat terutamanya di dapur. Untuk sampah sisa makanan, buang ke tong sampah di luar rumah sebelum tidur.
Pastikan kita memutup rapat pintu tandas setiap masa. Tandas adalah tempat ‘kotor’ di rumah.
Jin serta syaitan amat menyukai tempat ini. Apabila syaitan bebas keluar masuk ke rumah kita, sukar untuk rezeki mengalir laju kerana malaikat Rahmat tidak mahu menghampiri rumah kita.
Pakaian yang bersih adalah penting semasa kita ingin melakukan solat. Pastikan kita mencuci bersih pakaian tersebut dengan mengasingkan jenis pakaian yang dicuci.
Bersihkan dahulu secara berasingan pakaian dan seluar dalam kita sebelum dicampur dengan pakaian lain. Dan pastikan juga kita sentiasa membersihkan mesin basuh, kerana ia juga ‘sarang’ kekotoran.
Asasnya di sini ialah, kita wajib menjaga kebersihan di rumah bagi membolehkan rezeki mengalir lancar. Rumah yang kotor, akan turut dihuni oleh jin dan syaitan.
Kashoorga : Kebersihan bermula dari didikan awal ibubapa. Anak melihat contoh pertama di depan mata. Gaya hidup yang tidak bersih, tidak diredhai Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?