Lima Penemuan Paling Penting dalam Sejarah oleh Muslim

Daripada benda yang digunakan sehari-hari hingga teknik perubatan yang telah menyelamatkan banyak nyawa, berikut adalah lima penemuan Muslim paling penting dalam sejarah.

Fikirkan secawan kopi hangat yang anda minum pagi ini. Dari manakah asalnya? Orang awam akan menjawab Itali. Namun kopi kali pertama diminum di Yemen.

Padahal, selain kopi, umat Islam juga menemukan pelbagai hal penting seperti universiti dan berus gigi, yang kini kita gunakan setiap hari.

Berikut adalah lima penemuan Muslim paling penting dalam sejarah menurut Profesor Hassani.

 

1. Kopi

Profesor Hassani bercerita bahawa walaupun kini populariti kopi paling tinggi di dunia Barat, tetapi kenyataannya biji kopi kali pertama diminum adalah di Yemen pada abad ke-9. Minuman energi alami ini digunakan kaum Sufi untuk tetap terjaga ketika berdoa pada malam hari.

Kebelakangan ini, kopi dibawa ke Cairo oleh sekelompok pelajar dan dikenal secara meluas di sana. Populariti kopi kemudian tersebar ke Turki pada abad ke-13 dan ke Eropah pada abad ke-16 selepas pedagang Venesia membawa kopi ke ke Itali.

 

2. Pembedahan

Salah satu bahagian yang melengkapkan ilmu perubatan manusia adalah pembedahan. Teknik ini kali pertama dicipta pada tahun 1,000 oleh seorang doktor terkemuka, Al-Zahrawi. Beliau menghasilkan sebuah ensiklopedia 1,500 halaman mengenai pembedahan. Buku tersebut kemudian digunakan sebagai rujukan bidang perubatan selama 500 tahun lamanya di Eropah.

Sebagai seorang pencipta teknik pembedahan, Al-Zahrawi juga menjadi doktor yang pertama untuk menggunakan usus kucing sebagai benang pembedahan, melakukan pembedahan cesarean dan mencipta forsep.

 

3. Kapal terbang

Penemuan kapal terbang selalu dikaitkan dengan Wright bersaudara. Namun, Hassani berkata bahawa orang pertama yang mencuba menciptakan mesin terbang dan benar-benar terbang ialah Abbas Ibn Firnas. Karya Hassani bahkan menjadi inspirasi untuk Leonardo da Vinci.

Abbas Ibn Firnas yang hidup pada abad ke-9 dicatatkan oleh ahli sejarah Moroko, Ahmed Mohammed al-Maqqari sebagai telah merancang sebuah alat bersayap yang mirip dengan kostum burung. Dalam percubaan alat ini di Cordoba, Sepanyol, Abbas Ibn Firnas sempat terbang beberapa saat sebelum jatuh ke tanah lalu patah tulang punggungnya.

 

4. Berus gigi

Hassani berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w ialah orang pertama yang mempopularkan penggunaan berus gigi. Pada tahun 600-an, baginda menggunakan sebuah ranting daripada pohon meswak atau dikenal sebagai siwak untuk membersihkan giginya dan menyegarkan nafasnya. Hingga kini, siwak masih digunakan sebagai salah satu bahan menghasilkan ubat gigi moden.

5. Universiti

Tahukah anda, universiti pertama di dunia didirikan oleh seorang wanita? Pada tahun 859, wanita bernama Fatima al-Firhi mendirikan universiti pertama yang di Fez, Morocco. Universiti ini dinamakan sebagai Universiti Al-Quaraouiyine dan masih beroperasi hingga sekarang.

Melalui universiti ini, Hassani berharap agar semua umat Muslim diingatkan bahawa pembelajaran adalah inti pati tradisi Islam. Dia juga berharap agar kisah Firhi boleh memberi inspirasi kepada wanita Muslim di seluruh dunia untuk terus belajar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*