Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini kita sudah berpuasa untuk hari pertama Ramadan. Jam ditangan baharu sahaja menunjukkan ke angka 12.30 tengahari tapi badan sudah terasa lesu dan tidak bermaya. Mengapa agaknya jadi begitu ya? Sedangkan awal pagi sudah bangun untuk bersahur.
Tahukah anda bahawa amalan terbaik ketika bersahur dan berbuka amat penting bagi memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang menjalani ibadah puasa. Berikut dikongsikan amalan diet sihat ketika bersahur dan juga berbuka puasa.
KETIKA BERSAHUR
*Ketika bersahur, amalkan untuk bersahur 30 minit sebelum masuknya waktu imsak.
*Elakkan sama sekali minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya. Amalkan minum air kosong. Susu juga baik untuk diambil ketika bersahur.
*Ketika bersahur, tidak semestinya makan nasi. Kita boleh makan roti, bubur dan oat untuk memberikan kesan kenyang yang lebih lama.
*Bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, diabetes dan gastrik, anda boleh amalkan makan banyak sayur-sayura, buah-buahan, susu dan makanan tinggi serat.
KETIKA BERBUKA
*Ketika berbuka puasa pula, apa yang penting, pastikan hidangan yang diambil suku-suku separuh.
*Elakkan makanan yang manis-manis, berlemak, bergoreng, pedas dan makanan tinggi garam.
*Ketika makan, kunyahlah secara perlahan-lahan agar makanan cepat hadam.
Ketahuilah dengan cara pemakanan yang betul tubuh kita akan kekal sihat dan bertenaga sepanjang menjalani ibadah puasa.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Ya Allah, Syukur Dapat Beribadah Dengan Baik” – Wanita Ini Makan Ikut Cara Nabi Untuk Hilangkan 40 KG
Tidak mudah sebenarnya untuk mendapatkan berat badan ideal. Malah ada yang terpaksa mengambil masa berbulan-bulan sebelum berjaya menurunkan berat badan. Namun di mana ada usaha di situlah ada kejayaan.
Seperti perkongsian wanita ini yang dikenali dengan panggilan Kak Chik telah berjaya membuang 40KG dengan hanya mengamalkan menu diet suku-suku separuh.
Malah menurutnya dia turut mengamalkan konsep makan mengikut sunnah Nabi, berhenti bila kenyang. Dan segalanya akan dipermudahkan oleh Allah terutamanya niat untuk memudahkan soal ibadah kepada Allah.
FROM 90KG AND NOW 50KG….
Disini adalah contoh menu2 untuk anda yang nak berdiet mengamalkan suku2 separuh..kalau betul2 ikut menu dalam ni kurangkan garam,minyak dan gula boleh lost sebulan 5kg..
Kak Chik mengambil masa selama 8bulan untuk 40kg lost….
Alhamdulillah Sedikit Perubahan Hari nie…
Berat Untuk Hari Nie 50kg…
Body Fat 23%
Tinggi 160Cm…
Kak Chik Dah Dapat Bmi Normal… Kak Chik Dah Berjaya Lost
Sebanyak 40kg….
Berkat Usaha Selama nie…
kak Chik Happy…..
Tq Cik Husband Yg Banyak Bagi Semangat…
Tq geng Dietku…
Tq Mak Dan Family serta Sifu2…
Tq Kepada Yg Menghina Saya Selama Nie…
Kerana kutukan Anda Saya Bangkit…
Ok kak Chik Ada Sedikit Tips Untuk Anda Diluar Sana…
(1)Cuba Diet Rendah Kalori…
(2)Perhatikan Pengambilan Kalori
(3)Minum air masak Dengan secukupnya
Terutama Sebelum makan….
Air masak Boleh jadikan kulit kita sihat Dan Putih (~yang Penting Ambil air Dari asas yang Bersih tau… Barulah Terhindar Dari Sebarang penyakit.. Jom Minum Air Coway Bersama Kak Chik …
Tahukan Anda Minum air Putih Nie Banyak Manfaatnya Untuk Tubuh Badan kita… Manfaat Air Putih juga Bukan Sekadar untuk tubuh badan tapi amat Bagus untuk kecantikan, ianya dapat melembapkan & Menyegarkan Kulit….
Amalkan Air Putih yang Banyak Dari air manis… ~)
(4)Lupakan Diet Dan Makan Secara Seimbang…(Apabila Setiap Masa Anda Terlalu fikirkan Pasal Diet..Anda Akan Tertekan….
(5)Banyakkan Protien…
Protien memainkan Peranan utama dalam proses Mengurangkan Berat Badan…
(6)Guna Pinggan Lebih Kecil untuk segenggam nasi…
(7)Tidur Dengan Cukup 8jam Sehari….
Kajian menunjukkan tidur Yang Tidak
Cukup PuncaTerjadinya Obesiti…
(8)Buat Sedikit Senaman…
Aerobik…
Cardio…
(9)Katakan Tidak Pada gula…
Pertama gula semula jadi sangat bagus yg wujud Dalam Buah Dan sayuran Patut Kita Amalkan….
Atau Gantikan Daripada Menggunakan Gula Sebagai Penambah Rasa Dalam Minuman…
Gantikan Dengan Stevia atau Palsweets..
Semakin Kurang Pengambilan Gula Tambahan…
Semakin Sihat Tubuh Anda…
(10)Banyakkan Sayuran Dan Buah Buahan Dalam Pemakanan Seharian kita…
sayur Dan Buah Adalah Makanan Terbaik Wujud Di muka Bumi kita..
Rendah Kalori,Tinggi Serat,Tinggi Kandungan Air Dan Sangat Mengenyangkan..
(11)Teh Hijau (Kak Chik Guna Ahmad tea)
Sangat Membantu Menurunkan Berat Badan….Teh Hijau Mampu Meningkatkan Metabolisma Dalam tubuh Dan Memberi Rasa Kenyang Yang lebih lama…
(12)Minum Air Kopi(Tanpa Gula)…
Sebelum Memulakan Senaman Kak chik Minum Untuk Lebih Bertenaga….
Kopi juga Meningkatkan Kadar Metabolisma Badan..
Semakin Tinggi Metabolisma Badan Anda,Semakin Senang Untuk Anda Kuruskan Badan….
(13)Jangan Berlapar…
Bila Anda Berlapar Anda akan makan lebih Banyak…Tubuh Akan Mula Membakar muscle (otot) untuk gantikan makanan…Metabolisma Akan Menurun..
(14)Elakkan Minum Minuman Bergas…Minuman Bergas Biasanya Mengandungi 8 sudu gula Dan Tidak baik Untuk Kesihatan Tubuh…(Kecuali Air gas Yang zero kalori tu)….
(15)Kurangkan Pengambilan Garam…
Pengambilan garam yang tinggi Menggalakan Penangkungan air…
(16)Ambil Sarapan Pagi…Anda juga Boleh menurunkan Berat Badan Dengan Pengambilan sarapan pagi…Sarapan pagi Menstabilkan Hormone Dan Paras gula Dalam Darah…Kadar Metabolisma juga Meningkat untuk Membakar Kalori..
(17)Minum susu Sebelum Tido…
Kita Ikut Cara Sunnah.. Banyak Manfaat…
Melancarkan Saluran Pembuangan…
Tidur lebih Nyenyak Dan lain2..
(18)Ikut Sunnah Nabi Kita Berhenti Sebelum kenyang….
(19)Cara Untuk Kurus Adalah Dengan Makan 6 kali Sehari..
(20)Last Tips Usaha Dan Tekad Anda pasti Berjaya….Tekad Merupakan Motivasi Kuat Dari Niat yang Ada Dalam Diri….Tekad Ini Sebenarnya Modal utama Yang Sangat Diperlukan Bagi Seseorang yang Akan Memasuki Dunia Usaha….
Sooo Jom Kita Sama2 Kurus Dan sihat…
Sekian Terima Kasih Coretan Dari Kak Chik….Yang Baik Datang Dari Allah Yang Buruk Datang Dari Saya Sendiri….
Ya Allah…
Terima Kasih Atas Semua Nikmat Yang Telah Diberikan Untukku….
Diberi Kesihatan Yang Baik..
Bantulah kami Mengingatimu Bersyukur Kepadamu Dan Beribadah Dengan baik Kepadamu….Pimpinlah Kami Ke Jalan Yang DiredhaiMu…Murahkanlah Rezeki Kami Dan Perbaikilah Akhlak kami. .
Ampunkanlah Dosa2 Kami,IbuBapa,Keluarga,Sahabat -Sahabat Kami...
Dan Peliharalah Kami Dari Siksa Neraka…
Aamiin…..
yang penting diet tak perlu stress..pelbagaikan menu supaya kita tak mudah bosan dan tak selalu cheat..tips saya yang paling utama adalah SABAR!! percaya lah, dengan kesabaran anda akan dapat ganjaran paling bermakna dalam diri…hinggakan tak kan percaya’aku dah kurus’…
diet tak makan nasi rugi weh..
HIDANGAN YANG DIMAKAN:
BREAKFAST
LUNCH
TEA TIME & SALAD
DINNER
SNACKING
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Resipi pelihara kesihatan dengan cara amal pemakanan sunnah
Dalam Islam termaktub mengenai ‘peraturan’ makanan yang halal dan haram dan kesannya kepada kesihatan manusia. Islam itu bersifat universal dan menyeluruh. Ia diaplikasikan dalam seluruh aspek kehidupan termasuklah hal berkaitan makanan dan pemakanan. Konsep Islam dalam hal berkenaan makanan ini sangat mudah dan lengkap. Islam sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan jiwa, tubuh badan dan akal manusia.
Begitu juga halnya apabila Islam itu menghalalkan sesuatu yang baik untuk rohani, tubuh dan sebaliknya mengharamkan yang buruk dan merosakkan. Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” (Surah al Baqarah:168)
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah.” (Surah al Baqarah:172) Allah SWT juga menjelaskan dalam kitab Taurat dan Injil tentang salah satu ciri Rasulullah s.a.w, iaitu menghalalkan hal-hal yang baik dan mengharamkan segala yang buruk, sebagaimana firman-Nya:
“(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.” (Surah al A’raaf:157)
Begitulah panduan Islam melarang semua makanan yang merosakkan badan dan akal manusia atau dapat membunuhnya seperti racun. Dan ini dijelaskan dalam firmanNya:
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
Dan barang siapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Surah An Nisaa’:29- 30)
Segala perkara yang membawa kesan negatif atau keburukan, kita dilarang memakannya termasuk juga larangan memakan barang-barang najis seperti bangkai dan sejenisnya. Semua ini menunjukkan kemudahan Islam dan perhatian yang besar terhadap keselamatan manusia.
Jangan berlebihan
Di sebalik semua ini, kita harus melakukan sesuatu itu secara bersederhana dan sesuai dengan keperluannya tanpa berlaku berlebih-lebihan (israf) dan kurang (bakhil).
Oleh itu kita dilarang mengharamkan sesuatu yang telah dibolehkan dalam Islam. Sebaliknya kita juga dilarang menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan kerana penghalalan dan pengharaman merupakan hak Allah dan RasulNya, tidak semua orang boleh menetapkannya.
Allah berfirman: Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah di keluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik.” Katakanlah:”Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.” (Surah al A’raaf:32)
Dan firman-Nya:
Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan (sebahagiannya) halal.” Katakanlah: “Apakah Allah telah memberikan izin kepadamu (tentang ini) atau kamu mengada-adakan saja terhadap Allah?” Apakah dugaan orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah pada hari kiamat Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(nya).” (Surah Yunus: 59-60) Untuk itulah Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” (Surah al Maaidah :87-88)
Perintah Allah
Pelanggaran perintah Allah dalam permasalahan ini, apabila sampai menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal merupakan perkara besar yang sangat tercela. Lihatlah Allah mencela orang Yahudi dan Nasrani yang mentaati para tokoh agama dan pendeta mereka dalam penghalalan yang haram dan pengharaman yang halal seperti dalam firman-Nya:
“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai rabb-rabb selain Allah, dan (juga mereka menjadikan Rabb) Al-Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Ilah Yang Maha Esa; tidak ada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.” (Surah At Taubah :31)
Demikian juga mencela orang-orang jahiliah yang telah menghalalkan bangkai yang telah Allah haramkan dan mengharamkan beberapa jenis binatang ternak yang Allah halalkan kerana fanatik terhadap nenek moyang mereka dan mengikut hawa nafsu. Hal ini Allah jelaskan dalam firman-Nya:
“Allah sekali-kali tidak pernah mensyari”atkan adanya bahiirah, saaibah, washiilah dan haam. Akan tetapi orang-orang kafir membuat-buat kedustaan terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak mengerti. Apabila dikatakan kepada mereka: ‘Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul.’ Mereka menjawab: ‘Cukuplah untuk kami apa yang kamu dapati bapak-bapak kami mengerjakannya.’ Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuki.” (Surah al Maa’idah:103-104)
Marilah kita taati semua perintah dan larangan Allah agar selamat dari celaan dan siksaan Allah.
Makanan haram gelapkan hati
Jika dilihat dari aspek sains, makanan yang baik penting dalam penjagaan kesihatan hati. Hati antara lainnya mempunyai pelbagai fungsi seperti mengumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan dan banyak lagi.
Oleh itu dapat dirumuskan pengambilan makanan yang baik dan halal ini sangat-sangat dituntut dan memberi banyak kelebihan kepada tubuh badan.
Dari sudut pandangan Islam, makanan yang halal dan baik ini mampu membentuk keperibadian yang baik buat seseorang dan akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”. (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”
Ini menunjukkan bagaimana Islam sangat menitikberatkan umatnya agar menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Hadis ini menerangkan bahawa doa dan amal kita ada kaitan dengan sumber makanan yang masuk ke dalam sistem badan kita. Sekiranya makanan itu haram maka amalnya tidak diterima selama empat puluh hari.
Bersyukur atas nikmat
Oleh yang demikian, bersyukurlah kita dengan rezeki yang dikurniakan tuhan kepada kita. Makanlah mengikut keperluan dan bukannya kehendak naluri yang menginginkan bermacam-macam makanan yang boleh mengakibatkan kesan negatif ke atas tubuh kita. “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah.” (Surah al Baqarah:172) Bersyukur dengan tiga rukun iaitu mengakui dengan hatinya bahawa semua itu berasal dari Allah, lalu menampakkannya dengan lisannya dan menjadikannya sebagai sarana mencapai ketaatan kepada Allah. Dengan terealisasinya rukun-rukun syukur ini maka rasa syukur akan menjadi sempurna.
Dengan syukur ini Allah akan menganugerahkan kembali kenikmatan yang berlipat sehingga makanan tersebut menjadi punca tercapainya kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Apabila rasa syukur ini tidak wujud ia membawa kepada kehancuran manusia, sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya:
“Dan (ingatlah juga), takala Rabbmu mema”lumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim:7)
Dan firman-Nya:
“Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (berarti bahwa), Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka Tidak, sebenarnya mereka tidak sadar.” (Surah al Mu’minun:55-56)
Mudah-mudahan semua ini menjadikan kita segera bersyukur atas semua nikmat Allah.
Khasiat buah zaitun
Buah zaitun mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat buat manusia. Nabi Muhammad SAW sememangnya menganjurkan pengambilan minyak zaitun kerana khasiatnya yang besar dan ia dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati.
Antara kelebihan dan manfaat minyak zaitun adalah:
• Merendahkan kadar kolesterol berbahaya tanpa mengurangi kandungan kolesterol yang bermanfaat.
• Mengurangkan risiko penyumbatan (trombosis dan penebalan (ateriosklerosis) pembuluh darah.
• Menurunkan tekanan darah tinggi.
• Mengurangkan risiko kanser kolon, payudara, dan sebagainya.
• Menjaga kesihatan jantung.
• Ia melembutkan kulit dan anti penuaan.
• Minyak zaitun melembutkan rambut dan banyak lagi.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Masalah Kelenjar Tiroid Ketika Hamil, Apakah Bahaya Kepada Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan
Tiroid ialah kelenjar di bahagian depan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan apatahlagi kepada wanita hamil.
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki dan ia juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Apabila penyakit tiroid dihidapi ketika hamil, bolehkah ia menjejaskan kehamilan.
Sebenarnya masalah kelenjar tiroid yang tidak dirawat dengan baik sudah pasti akan menjejaskan proses kehamilan dan mungkin akan mendatangkan kemudaratan pada bayi dalam rahim.
Oleh itu sangat penting bagi wanita yang merancang untuk hamil agar melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Ini kerana beberapa faktor berikut:
1. Rawatan semasa hamil lebih sukar berbandingkan rawatan sebelum hamil.
2. Masalah kelenjar tiroid ini (sama ada kekurangan hormon atau berlebihan hormon) akan menjejaskan kehamilan. Ini bermakna kesihatan ibu dan kesihatan bayi akan terganggu. Malah mereka mungkin mengalami masalah yang serius sehingga menyebabkan kematian.
Kelenjar tiroid adalah kelenjar yang berada pada leher kita yang berfungsi mengeluarkan hormon yang bertanggungjawab mengawal metabolisme kita dan beberapa organ dalam tubuh kita.
Masalah tiroid berlaku apabila daya tahan kita melakukan kesilapan menyerang sel-sel dalam kelenjar tiroid. Dan banyak lagi punca yang menyebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik.
Akhirnya kelenjar akan mengeluarkan hormon tiroid berlebihan (hyperthyroidism) atau tidak mengeluarkan hormon tiroid yang mencukupi (hypothyroidism).
Sesetengah wanita mengalami masalah ini sebelum mereka hamil. Ada yang mendapatkan rawatan dan ada yang tidak mendapatkan rawatan. Tetapi mereka sedar bahawa mereka mengalami masalah tiroid.
Yang malang ialah ada sebahagian wanita yang tidak menyedari bahawa mereka mengalami masalah ini. Keadaan ini dinamakan ‘subclinical hyper/hypo thyroidism”
Mereka mengalami masalah ini tetapi tiada tanda yang menunjukkan masalah ini, kecuali pemeriksaan darah menunjukkan sama ada kekurangan atau berlebihan hormon dalam darah. Tubuh mereka bekerja keras untuk mengatasi masalah ini agar tubuh kekal sihat.
Kehamilan adalah proses semula jadi pada wanita tetapi ia menyebabkan tekanan emosi dan fizikal. Apabila mereka hamil, tubuh tidak mampu lagi bertahan, maka timbullah tanda-tanda masalah kelenjar tiroid. Ramai wanita yang mengalami masalah ini ketika sejak kehamilan pertama.
Jika seorang wanita hamil mengalami masalah hypothyroidism, bayi juga akan berisiko mendapat kecacatan otak atau sekurang-kuranganya mempunyai tahap IQ yang rendah. Ini kerana hormon tiroid sangat penting bagi perkembangan otak dan saraf sejak dari dalam alam rahim lagi.
Jika penghidap tiroid mengalami masalah hyperthyroidism, mereka lebih mudah untuk mendapat masalah seperti tekanan darah tinggi ketika hamil dan preeclampsia. Kebanyakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor adalah selamat. Namun pemeriksaan berjadual dengan pihak doktor amat penting untuk tujuan rawatan yang sepatutnya.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI