Sebahagian manusia di dunia hari ini menolak agama serta Tuhan. Sebagai contoh, Sigmund Freud, seorang pakar psikoanalisis dari Austria dalam New Introductory Lectures on Psychoanalysis (1933) berkata, “Religion is an illusion and Freu it derives its strength from the fact that it falls in with our instinctual desires.” Ia bermaksud, agama (dan Tuhan) merupakan satu ilusi. Ilusi bermaksud suatu tanggapan yang tidak benar berhubung sesuatu perkara.

Golongan yang menolak Tuhan digelar sebagai golongan ateis. Pada hari ini 2.3 peratus penduduk dunia adalah ateis, sebagaimana yang dilaporkan oleh en.wikipedia.org. Wujudkah Tuhan? Ini antara persoalan besar yang ditanya manusia pada hari ini.

KEPENTINGAN AKAL
Dalam surah al-Baqarah ayat 164, Allah berfirman, “Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang; dan pada kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga pada air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari pelbagai jenis binatang; demikian juga pada peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi, sesungguhnya (pada kesemua itu) ada tanda-tanda (kewujudan serta kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fi kiran.” Tuhan Yang Maha Pencipta tidak boleh dikenali melalui Zat-Nya. Dia Yang Maha Pencipta dikenali melalui penciptaan-Nya.

IKLAN

Justeru ayat ini menekankan tentang kepentingan akal untuk menemui Tuhan. Dengan menggunakannya untuk mengkaji alam ciptaan Allah manusia mampu mencari serta mengenali-Nya. Dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, “Sebahagian ulama berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-bintang, bulan dan matahari yang beredar di atas paksinya tanpa henti kemudian memerhatikan laut yang mengelilingi tanah daratan, kemudian memerhatikan bumi serta gunung ganang yang terpancang di atasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir.. di samping pelbagai jenis haiwan serta tumbuhtumbuhan, akan memperoleh bukti tentang kewujudan Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha Bijaksana”.

ATEIS MENEMUI TUHAN
Salah seorang ateis yang akhirnya meyakini tentang kewujudan Tuhan ialah Dr. Francis Collins. Beliau merupakan pengarah Human Genome Project yang berpusat di Amerika. Projek ini cuba memecahkan rahsia kod yang terdapat di dalam DNA yang mengandungi 20,000 – 25,000 gen di samping lebih daripada 3 bilion bes kimia. Pada tanggal 3 April 2007, di bawah tajuk Collins: Why this scientist believes in God (www.cnn.com), Dr. Francis Collins dilaporkan sebagai berkata,“I see DNA, the information molecule of all living things, as God’s language, and the elegance and complexity of our own bodiesand the rest of nature as a refl ection of God’s plan”.

IKLAN

Ia bermaksud, kajian tentang DNA yang amat kompleks menyedarkannya tentang kewujudan Tuhan, dan DNA baginya merupakan refl eksi perancangan Tuhan bagi alam ini. Beliau telah menulis sebuah buku bertajuk The Language of God.

IKLAN

Yang paling menonjol sekali ialah kisah berhubung Dr. Antony Flew. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang ilmu falsafah daripada Britain. Beliau juga merupakan pakar rujuk ideologi aliran ateisme pada abad ke-20, dan berjaya menghasilkan lebih daripada 30 buah buku demi mempertahankan ideologi ini. Baru-baru ini, pada tahun 2004, Dr. Antony Flew mula berjinak-jinak dengan tuhan. Selepas lima puluh tahun memperjuangkan ateisme akhirnya beliau terpaksa mengakui, berdasarkan bukti-bukti sains bahawa kewujudan alam ini tidak boleh dipisahkan daripada Tuhan. Antara aspek yang menyedarkan beliau tentang kewujudan tuhan ialah keunikan DNA .

DNA ialah juzuk utama yg membentuk bahan genetik. Ia merupakan kod penentu ciriciri kebakaan bagi kebanyakan organisma hidup. Susunan DNA yang begitu unik dan menakjubkan menyedarkan Antony Flew tentang kewujudan Sang Pencipta yang merancang kejadian ini. Hal ini dilaporkan oleh Richard N. Ostling (Associated Press,10 Disember 2004) di bawah tajuk Atheist Philosopher, 81, Now Believes in God.Pada tahun 2007, beliau bersama Roy Abraham Varghese menghasilkan sebuah buku bertajuk There is a God: How the World’s Most Notorious Atheist Changed His Mind. Beliau pernah memberikan komen terhadap tulisan seorang saintis (dan ateis) terkenal, Dr Richard Dawkins, yang menghasilkan buku The God Delusion. Ketika diwawancara oleh Dr Benjamin Wikera (www.tothesource.org/10_30_20/10_30_2007.htm), beliau berkata, “If that’s the bestargument you (Richard Dawkin) have, then the game is over”. Maksudnya, jika itu sahaja hujah yang mampu diutarakan oleh Dr Richard Dawkin, maka tamatlah riwayat ateisme.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI