“Dari situ terdetiklah di hati saya… Mak saya selalu pesan apa-apa pun doa. Saya minta pada Allah saya nak mengaji, tolonglah aku Ya Allah
Ads
“Akhirnya Allah temukan saya ketika berumur 45 tahun dengan seorang ustaz, bukan di masjid tapi di lokasi KL Gangster,” ceritanya yang menjadi tetamu undangan untuk program berkenaan bersama Zizan Razak.
Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing untuk siaran di Astro Warna HD.
Pelbagai cara dllakukan untuk menyalurkan dakwah dan salah satunya dalam terbitan drama bermutu. Sabtu lalu drama Insan Terpilih lakonan Syazwan Zulkifli dan Jay Iswazir ini nyata telah berjaya menyuntik emosi.
Kisah yang menceritakan bagaimana seorang pemuda yang kurang waras akalnya dan amalannya adalah dengan menjaga surau. Malah kehidupan seharriannya juga dihabiskan dengan mencuci surau.
Malah hidupnya digambarkan tidak meminta-minta dan jika ditanya kenapa melakukan semua ini adalah kerana dia mahukan pahala.
Pengakhirannya Begitu menyedihkan kerana watak Firdaus ini telah meninggal dunia hingga membuatkan penonton jadi sebak dan memuji jalan cerita yang penuh dengan peringatan dalam menjaqlani kehidupan sebagai insan di atas muka bumi ini.
Drama arahan Nazir Jamaluddin ini sebenarnya adalah adaptasi daripada kisah sebenar iaitu Si Husein Gila yang sudah semestinya memberi kesan lebih dramatik kepada penonton.
Baca perkongsiannya di sini yang diceritakan melalui Facebook Pesan Ayah.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Drama TV3 Insan Terpilih based on kisah benar “Si Husein Gila”
Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.
Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.
Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.
Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.
Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.
Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!
Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.
Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.
Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.
Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.
Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.
Saat jenazah Husien smpai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.
Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.
Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.
Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.
Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.
Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor/Hasnah Binti Shamsuddin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setelah hampir tiga bulan tidak bersekolah, hari ini menjadi berita gembira buat ibu bapa serta pelajar apabila Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan akan mula dibuka secara berperingkat mulai 15 Julai ini.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin dalam satu sidang media hari ini.
Ternyata berita ini memberi kelegaan kepada semua golongan termasuk pendidik, ibu bapa serta pelajar sekolah.
Sebelum itu terdapat pelbagai spekulasi mengenai sesi persekolahan yang akan dibuka sama ada Julai atau September ini.
Menurut beliau dalam sidang media berkenaan berkata, murid Tahun Lima dan Enam, Tingkatan Satu hingga Empat dan kelas peralihan akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai.
Katanya, murid Tahun Satu hingga Empat pula akan kembali ke sekolah bermula 22 Julai.
Sementara itu, katanya bagi pelajar Tingkatan Enam Semester 1, keputusan penawaran kemasukan calon sudah boleh disemak bermula hari ini dan pelajar akan mendaftar pada 15 Julai ini.
Dr Radzi berkata, pembukaan itu akan dibuat menggunakan tiga model pengoperasian yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.
“Model Satu Sesi ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.
“Model Dua Sesi ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.
“Model Penggiliran untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi,” kata beliau dalam sidang media khas pada Rabu.
Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh kementerian selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.
Takwim persekolahan juga telah dipinda mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek termasuk pindaan tarikh bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Katanya, ini termasuk memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan tahun 2021 bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar.
Kashoorga: Bagi yang mahu membeli barangan sekolah, cari di sini
‘Ibadat haji beri kesan mendalam.’ 8 tahun tiada tawaran kerja, Shamsul Ghau Ghau percaya rezeki Allah. Benarlah bila kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik seperti berhijrah pasti ada ujiannya.
Bagi Shamsul Ghau Ghau, dia berusaha menjadi insan yang lebih baik selepas pulang mengerjakan ibadat haji pertama kalinya pada tahun 2012. Memang haji pertama yang dia lalui memberi impak yang besar buat kehidupannya.
Malah empunya diri turut mengakui pintu hatinya terbuka untuk memperbetulkan segala kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini. Namun perubahan ini tidak bermakna dia meninggalkan dunia seni.
“Sebenarnya mereka salah anggap. Bila kita berhijrah, ramai orang anggap kita berhijrah termasuklah dalam urusan kerja contohnya panggil shooting tak boleh, pergi show tak boleh.
‘Masyallah, saya bukan begitu. Saya perlu bekerja sebab saya ada anak-anak dan mempunyai hutang untuk dibayar. Tapi bila saya berhijrah, orang pun tak nak panggil saya lagi.
“Bila saya berhijrah, saya banyak lalui perkara sukar kerana tiada job. Paling sedih ada orang gelar saya ‘bekas selebriti’. Tapi saya tetap berdoa dan anggap segala yang berlaku adalah ujian selepas hijrah,’ kongsi Shamsul Ghau Ghau yang mesra disapa Paksu.
Menurut Shamsul, dia bernasib baik sepanjang diuji dia memiliki simpanan untuk digunakan. Semua yang berlaku adalah atas jasa dan nasihat almarhum Mr Os.
‘Suatu ketika dahulu, Mr Os ada remind saya dan suruh simpan duit kalau dapat duit job. Dengar nasihat Mr Os, memang saya mula menyimpan sampai saya mampu beli 3 biji rumah dan ada duit simpanan dalam bank.
‘Jadi bila kita diuji dengan tidak ada kerja. Simpanan dan rumah yang ada memang membantu. 8 tahun tiada kerja, sudahnya saya jual rumah untuk teruskan hidup. Tapi tetap yakin dengan Allah, alhamdulilah ada kerja datang, saya terima,’ terangnya lagi.
Shamsul paling teruja dalam kesempitan dia meneruskan kehidupan, dia direzekikan untuk belajar Al-Quran dan akhirnya mendapat tauliah untuk mengajar mengaji di negeri Selangor.
Semuanya gara-gara tiada tawaran kerja, dirinya mempunyai banyak masa untuk pengajian Al-Quran. Shamsul aktif sebagai guru al-Quran selepas menjadi artis pertama menerima pentauliahan mengajar kitab itu daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Mac 2018.