Penjara Guantanamo Paling Kejam di Dunia

Guantanamo terletak di sebuah teluk yang menghadap ke lautan Caribian. Tepatnya terletak di negara Cuba, Amerika Latin. Kisah teluk ini berpindah tangan kepada Amerika Syarikat (AS), mempunyai kisah tersendiri.

Bermula daripada penjajahan Sepanyol ke atas Cuba, negaranya Fideral Castro itu terus berjuang melawan penjajah. Menyedari keadaan tersebut, AS menghulurkan tangan. Berkat bantuan negeri Uncle Sam itu, Cuba berjaya mengusir penjajahan Sepanyol pada tahun 1903.

Tetapi segala bantuan itu bukan dilakukan secara percuma. Sebagai balas budi, AS dibenarkan menyewa Guantanamo. Bayarnya sangat murah, 2000 koin emas setiap tahun (senilai 4000 dolar Amerika). Sejak saat itulah, Guantanamo berada di bawah pengurusan AS sehingga sekarang.

Pada tahun 2002, kerajaan AS membangun penjara di sana, dikhususkan bagi orang-orang yang mereka sebut enemy combatants, iaitu mereka yang dituduh AS sebagai anggota Al-Qaida dan Taliban.

Fokus Ilmu kali ini cuba menyingkap derita umat Islam yang dihumban ke dalam penjara paling kejam di dunia ini.

 

DERITA UMAT ISLAM DARI GUANTANAMO

Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo adalah sebuah kawasan seluas 45 batu persegi (120 km2) yang merangkumi tanah dan laut di Teluk Guantanamo, Cuba, yang disewa oleh Amerika Syarikat (AS) bagi digunakan sebagai stesen bahan api selepas Perjanjian Amerika-Cuba pada tahun 1903. Pangkalan ini terletak di pantai Teluk Guantanamo di hujung tenggara Cuba. Ia merupakan sebuah pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat tertua di seberang laut, dan satu-satunya negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Kerajaan. Cuba menentang kehadiran pangkalan tentera laut, mendakwa penyewaan ini tidak sah di bawah undangundang antarabangsa. Kerajaan A.S. mendakwa bahawa penyewaan ini adalah sah.

Sejak tahun 2002, pangkalan tentera laut ini memiliki penjara tentera ini digunakan untuk individu yang dituduh sebagai pengganas atau anggota al-Qaida dan Taliban yang ditawan di Afghanistan dan di Iraq. Layanan buruk ke atas tahanan, dan penolakan perlindungan mereka di bawah Konvensyen Geneva, menjadikan punca penjara ini kontroversi di peringkat antarabangsa.

Hubungan Cuba dengan Amerika Syarikat memang agak aneh. Cuba dikenali sebagai pemimpin negara anti-AS di kawasan Amerika Latin, bahkan menganut sistem politik komunis. Namun di daratan negara tersebut, tepatnya di Teluk Guantanamo, terletak salah satu Pangkalan Tentera Laut AS yang dikenal dengan penjaranya yang mempunyai sistem keselamatan yang amat ketat.

Untuk sampai ke teluk Guantanamo dari ibu negara Cuba, Havana, perlu melintasi kawasan dan bandar besar Santa Clara, Camagiie, Heguin, Bayamo, dan Santiego de Cuba. Di pangkalan ini ditugaskan sekitar 9500 orang pasukan komando tentera laut AS dan pangkalan ini telah disewa dari kerajaan Cuba sebelum kepimpinan Fidel Castro. Castro kemudian tidak mengakui perjanjian itu, namun dia tidak berdaya mengusir pasukan tentera AS tersebut kerana AS beralasan perjanjian sewa-menyewa itu rasmi dan dilindungi undang-undang antarabangsa.

Kemudian, sejak awal tahun 2002, Guantanamo dijadikan penjara paling kejam di dunia. Di tempat tersebut disembunyikan sekitar 500 tahanan yang dituduh AS sebagai pengganas dan pengikut Al-Qaeda.

Sebagai pangkalan Tentera laut AS, kapal perang AS kerap berlabuh di sana. Pangkalan tersebut mempunyai kemudahan lengkap termasuk lapangan terbang. Pangkalan tersebut terpisah dari Kota Guantanamo, ibu negeri Guantanamo, Cuba. Bandar tersebut terletak sekitar 34 kilometer utara teluk Guantanamo. Sehingga tahun 1843, bandar yang diwujudkan sekitar 1819 ini dinamakan Santa Catalina del Saltadero del Guaso.

 

Kawasan Guantanamo dikenali sebagai pengeluar tebu atau gula, kopi, dan coklat. Teluk ini dikelilingi perbukitan ini berukuran lebar 9 km dan panjang 18 km, dan disebut one of largest and best sheltered bays in the world. Gadis-gadis Guantanamo diabadikan dalam sebuah lagu popular, Guantanamera. Banyak penganalisis menilai, dipilihnya Guantanamo kerana kawasan ini dinilai paling selamat. Selamat daripada gangguan Al-Qaida mahupun Taliban. Juga gangguan daripada aktivis hak asasi antarabangsa, sehingga kerajaan AS boleh melakukan apa sahaja kepada para banduan.

Ada beberapa kem penjara yang diwujudkan AS di sini, kem Delta mempunyai kapasiti 612 unit bilik, dibangunkan antara Februari dan April 2002. Di dalam kem ini ada penjara lebih kecil namanya Kem Echo. Khabarnya, di kem ini semua percakapan boleh dipantau dari Pentagon, pusat pertahanan dan keselamatan AS.

Kem lain adalah Iguana, sekitar satu kilometer dari penjara Delta. Pada 2002 dan 2003 kem ini menempatkan tiga orang banduan di bawah umur 16 tahun. Setelah sempat ditutup pada pertengahan 2005, penjara ini dibuka kembali dan diisi 38 orang tahanan.

Masih ada kem lain, X-Ray namanya. Tapi ditutup enam tahun lalu, dan para tahanannya dipindah ke Kem Delta.

PELBAGAI SEKSAAN
Jangan ditanya tentang seksaan di Guantanamo. Segala macam bentuk seksaan ada di sini. Seperti yang dialami Omar Deghayes dari Libya, seperti yang pernah dilaporkan oleh akhbar Newsday (2/4/2007).

Seorang penjaga Guantanamo memegang Omar kuat-kuat. Penjaga yang lain menyemburkan lada ke mata Omar. “… mereka berbaris, bernyanyi dan tertawa sebelum menyemburkan muka saya dengan lada. Tak hanya itu, tiba-tiba mereka menonyohkan jari ke dalam mata saya. Lalu seorang pegawai berteriak ‘Lebih banyak! Lebih banyak’!” tutur Omar.

Cukup? Belum. Mukanya dilumuri najis oleh para penjaga, dialirkan dengan arus elektrik, dibogelkan di tengah cuaca sejuk, serta dibiarkan kelaparan selama 40 hari.

Terdapat banduan yang dibebaskan pada bulan Ogos tahun 2007 dalam keadaan buta dan menjadi saksi hidup peristiwa keji di penjara yang juga popular dengan nama “Gitmo” itu. Antara lain, seorang tentera menembak dan membenamkan banduan dalam air. Malah penghinaan juga dilakukan terhadap keyakinan agama para tahanan dengan membuang mushaf al-Quran ke dalam tandas. Saksi hidup yang telah buta itu juga pernah melihat seorang tawanan yang bernama Abdul Malik dari Itali diseksa hingga mati.

Bercerita tentang kisah penghinaan terhadap al-Quran, bekas banduan Guantanamo yang berasal dari Pakistan, Abdurahim mempunyai cerita. Menurutnya, penghinaan terhadap mushaf al-Quran di penjara Guantanamo oleh tentera AS merupakan aktiviti rutin.

“Penghinaan terhadap al-Quran dilakukan secara rutin, khususnya pada hari pertama tahanan Islam memasuki penjara,” kata Abdurahim dalam sebuah wawancara dengan televisyen Afghanistan AVT Khyber. Wawancara ini pernah disiarkan oleh Al- Jazeera (17/5/2005).

“Mereka membuang kitab suci itu ke atas tanah, memijak-mijaknya dan mengatakan kepada salah seorang tahanan yang sedang disoal siasat bahawa tidak ada seorang pun dapat menghentikan mereka untuk mengerjakan itu,” tambah Abdurahim.

Jumaah Al Dusari, tahanan yang berasal dari Bahrain juga mendapatkan seksaan fi zikal yang tidak kalah hebatnya. Rasul Shafi q, bekas tahanan di Kem Delta yang “berjiran” dengan bilik Jumaah menceritakan pengalamannya.

Melalui akhbar Newstandard (17/7/2007), Rasul bercerita mengenai tahanan no. 261 itu. ”Smith (pengawal penjara) memegang kepalanya dengan satu tangan, sedang tangan yang lain dipukulkan berulang kali ke muka Jum’ah, hingga hidungnya patah. Lalu ia menghentamkan muka Jumaah ke lantai simen. Ada darah di mana-mana. Mereka lalu menyemburkan bilik tahanan dengan air. Kami semua melihatnya.”

Tidak hanya seksaan secara fizikal yang dialami oleh para tahanan, tentara AS juga melakukan tekanan secara psikologi dengan berbagai bentuk penghinaan. Ini dialami oleh Muhammad Al Qahthani, tahanan dari Arab Saudi. CNN.Com (19/3/2006) menceritakan Qahthani dipaksa menggunakan bra (pakaian dalam wanita) dan dipaksa menari dengan seorang laki-laki.

Selain diseksa dan dimalukan, para penjaga penjara juga melayan mereka tidak ubahnya dengan seekor binatang. New York Times (29/7/2004) dalam satu artikelnya menceritakan kesaksian seorang agen FBI, “Di beberapa masa, saya memasuki ruang soal siasat seorang tahanan yang dirantai tangan dan kakinya yang berkedudukan seperti janin dalam perut. Di sana tidak ada kerusi, makanan atau air. Kebanyakan mereka sudah terkencing atau buang air besar. Dan dibiarkan di sana selama 18 atau 24 jam lebih.”

SOAL SIASAT WANITA
Untuk menghancurkan kekuatan mental tahanan Muslim, Asosiated Press (27/1/2005) menyebutkan bahawa tentera AS menggunakan wanita seksi. Sambil berpakaian terdedah, wanita itu melakukan soal siasat. Pegawai tersebut ada kalanya mengelapkan darah haid tiruan sebagai cara menjatuhkan mental tahanan. Hal ini dijumpai dalam sebuah dokumen rahsia yang bocor ke pada media.

Bahkan agen FBI, cerita akhbar New York Times (1/5/2005), menulis catatan rahsia yang tidak pernah dimaksudkan untuk diungkap kepada umum. Mereka melihat soal siasat yang dilakukan oleh wanita secara paksa dengan memicit kemaluan tawanan lelaki. Mereka juga mengarahkan tahanan lain dibogelkan.

Hingga Mei 2008, masih terdapat 270 orang tahanan yang meringkuk di penjara Guantanamo, dan tidak diketahui bagaimana nasib mereka hingga kini.- Majalah i

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*