Jika berhutang, syaratnya perlu lah bayar semula sebagaimana yang dijanjikan. Janganlah menganiaya si pemberi hutang dengan sengaja mengelak bayar hutang. Itu memungkiri janji dan sifat orang munafik. Sudah lah berhutang tak mahu bayar pula tu. Memungkiri janji dan menganiaya.

Tertarik dengan kupasan oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, berkenaan dosa yang tidak diampunkan Allah walaupun dia mati syahid.

Artikel berkaitan:Wajibkah Tanggung Ibu Bapa Mentua Dan Hutang Ipar Duai?
Artikel berkaitan:Cara Bayar Hutang Kalau Lost Contact Si Pemberi Hutang

Bayangkan, orang yang mati syahid pun tidak diampunkan daripada dosa ini, apatah lagi kita yang mati secara biasa; jauh sekali husnul khatimah. Siapakah yang berdosa itu? Ayuh kita ikuti penjelasan lanjut.

Rupanya Dosa Tak Bayar Hutang Tak Diampunkan Walaupun Syahid

Dalam al-Quran Allah mengulas panjang tentang soal hutang. Perkara utama dalam pemberian hutang ialah, ianya harus dicatit atau dituliskan agar kedua-duanya tidak lupa dan mematuhi sebarang syarat yang ditulis.

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu melakukan hutang-piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya,”
(al-Baqarah: 282)

Semua harus dicatit kerana tanggungjawabnya adalah berat. Ada kata pepatah mengatakan, “Hutang ini akan menyebabkan yang berhutang rasa malu di siang hari kerana malu nak berjumpa dengan pemberi hutang disebabkan belum bayar hutang, dan bikin pening di waktu malam kerana runsing memikirkan cara nak bayar hutang,” ulasnya.

IKLAN

Kita tidak berhutang kecuali dalam keadaan darurat. Jangan jadi seperti sebahagian orang yang berhutang sebagai kenikmatan, untuk berfoya-foya dengan hutang; dengan duit orang tanpa memikirkan risikonya.

Nabi SAW pernah bersabda, “Barang siapa yang meninggal dunia dan meninggalkan harta, maka hartanya adalah untuk ahli warisnya”

Islam ingin menunjukkan bahawa tanggungjawab membayar hutang itu adalah wajib, jangan sampai meninggal dunia. Selagi ada hak yang belum tertunaikan, melainkan dalam keadaan darurat.

Atas sebab ini lah, segala hutang perlu dicatit supaya ahli waris terdekat sebelum menikmati harta peninggalan, mereka perlu berikan dahulu hak orang lain yang telah memberi hutang kepada si mati. Kalau tak boleh dicatit, maka didatangkan orang yang pandai untuk mancatit (merekodkan)

Rupanya Dosa Tak Bayar Hutang Tak Diampunkan Walaupun Syahid

IKLAN

Ada satu kisah di mana, Rasulullah SAW bertanyakan tentang hal jenazah yang akan disolatkan.
“Dia (si mati) masih ada hutang?”, tanya Nabi SAW
“Ada wahai Rasulullah,” jawab seorang lelaki
“Kalau begitu, kamu sahaja yang solat,” balas Nabi SAW

Demikian betapa seriusnya Baginda Rasulullah mengambil berat tentang hak orang dalam hutang-piutang. Nabi enggan untuk bersolat kepadanya kerana solat nabi SAW adalah memberikan syafaat kepada orang yang disolatkan oleh Nabi SAW.

Namun dia (jenazah) masih ada hak orang lain yang belum selesai. Hak ini tidak boleh selesai kecuali tuan punya hak menggugurkan haknya.

Allah SWT sahaja masih mengambil kira hak orang itu, iaitu kalau bersalah dengan orang lain, akan dimaafkan oleh Allah salahnya kalau orang yang disalahi memaafkan.

IKLAN

Maka seorang sahabat bernama Qatadah r.a berkata,”Ya Rasulullah, saya jamin hutangnya, iaitu sebagai penjamin,”. Maka Nabi pun solat. Sebab apa? Sebab ada penjamin. Jadi orang yang memberi hutang boleh tuntut kepada penjaminnya.

Maka setiap kali Baginda berjumpa Qatadah dan bertanya sudahkah dia membayar hutang si mati dahulu, lalu menjawab Qatadah, dia belum membayarnya, maka setiap kali itu jugalah Qatadah memberi jawapan serupa apabila ditanya.

Sampai pada akhirnya, dia mampu membayar semua hutang, maka dibayarkannya hutang tersebut.

Maka ditanya oleh Nabi Saw, “Engkau sudah bayar hutangnya?
“Sudah ya Rasulullah, baharu sahaja aku bayar hutangnya,” jawab Qatadah.
Kata Nabi, “Jika begitu baharu sahaja urusan si mati tadi selesai juga,”

Kepada yang mampu membayar hutang, bersegeralah melunaskannya. Jika tidak mampu, maka ianya adalah terpulang kepada Allah SWT untuk memberikan keputusan yang terbaik untuk kedua-duanya.

Dosa orang berhutang yang sengaja mengelak membayar hutang tidak diampunkan dosanya oleh Allah walaupun dia mati syahid.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI