‘Saya harap dia teruskan penampilan bertudung sampai bila-bila.’ Mona rela hati, pekin harap isteri istiqamah.

Sudah pasti sebagai seorang suami dia mengharapkan yang terbaik buat isteri tercinta. Benarlah manusia mampu berubah dan ternyata bila Allah berkehendak segalanya mungkin.

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Cantiknya Bertudung.’ Harris Aliff Kongsi Foto Isteri Berhijab, Ramai Teruja & Doakan Intan Ladyana Istiqamah

Saya Harap Dia Teruskan

Setelah dikurniakan cahaya mata sulung, pasangan selebriti iaitu Pekin Ibrahim, 41, dan isterinya Mona Allen, 37 kelihatan begitu bahagia.

Terbaharu, Mona Allen juga kelihatan begitu ayu dengan penampilannya yang kini sudah berhijab.

Sudah tentu, sebagai suami Pekin akui dirinya berasa sangat gembira dengan pilihan Mona untuk terus bertudung.

‘Saya Harap Dia Teruskan Penampilan Bertudung Sampai Bila-Bila.’ Mona Rela Hati, Pekin Harap Isteri Istiqamah
Penampilan Bertudung Sampai Bila-Bila

Seperti yang dikongsikan, Pekin bersyukur sejak beberapa bulan lalu isterinya mengenakan hijab. Palin penting apa yang dilakukan Mona adalah dengan rela hati dan Pekin men gharapkan Mona terus istiqamah.

“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung.

IKLAN

“Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.

“Saya memang tak pernah gesa isteri untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati.

“Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” ungkapnya seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.

Mona Rela Hati

Pada masa yang sama, Pekin juga mengingatkan isterinya agar tidak membuat perkongsian terbuka di media sosial.

IKLAN

“Kalau rela hati pakai tudung itu baguslah.

“Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial.

Baca Di Sini:

Syukur Di Usia 31 Tahun Allah Dah Bagi Semuanya & Kini Bertudung, Ika Nabila Mohon Doa Kekal Istiqamah

IKLAN

Cara Dakwah Berbeza, Buat Ramai Berani Bertudung Labuh&Rupanya Gaya Muslimah Fazeah Elai Jadi Inspirasi Ramai Wanita

Pekin Harap Isteri Istiqamah

“Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen.

“Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan.

“Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila,” kongsi ayah kepada Petra Pekin yang kini berusia dua bulan.

Kashoorga : Semoga Mona terus istiqamah dan kekal berhijab sampai bila-bila.

Sumber : Harian Metro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI