Menurut Wawa megakui rezeki mereka sekeluarga lebih terbuka luas selepas dirinya mengubah sikap dan menjaga hubungan dengan suami tersayang.
Ads
Malah Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin percaya mengutapakan pasangan dan keluarga merupakan kunci kebahagiaan mereka berdua.
“Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap. Sebelum ini saya suka bergaduh, sakitkan hati Aerin dan suka cari fasal.
“Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan, Selepas saya ubah sikap, rezeki kami pun semakin baik.
“Apabila saya nilai semula, sekarang saya percaya kalau kita jaga hubungan dengan suami dan utamakan keluarga, Insya-Allah rezeki murah,” katanya.
Tidak menafikan, rumahtangga mereka pernah diduga ketika di awal mendirikan masjid, namun keduanya sentiasa bersabar dan berpegang pada prinsip sesebuah ikatan perkahwinan.
Aieril dan Wawa juga turut menyokong satu sama lain dan saling memaafkan satu sama lain.
Pasangan yang sering jadi perhatian masyarakat kerana sikap saling sayang menyayangi ini mendirikan rumahtangga pada 2013 dan kini bahagia dikurniakan tiga orang cahayamata.
Sering kali bila makan ke restoren kita diperdengarkan dengan alunan ayat suci al-quran.
Pada masa yang sama suasana di restoren amat bising dengan pengunjung berbual sesama sendiri, bergelak ketawa dan langsung tidak mendengar bacaan ayat al Quran ini.
Ia sangat bertentangan dengan adab ketika mendengar bacaan al-Quran yang mana kita haruslah diam dan menghayatinya sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
Perkara ini juga ditegaskan oleh Ustaz Wadi Annuar yang menganjurkan kedai makan memasang bacaan selawat dan bukannya bacaan ayat al-Quran bagi menjaga adab.
“Jika ada kedai makan, pasanglah selawat, jangan pasang lagu nanti tanggung dosa.
Bacaan ayat al Quran pun jangan pasang, kerana tidak menghormati al-Quran.
“Sebab bila pasang al-Quran kita wajib diam dan wajib hormat. Tak boleh waktu itu nak menggoreng, nak bersembang dan sebagainya dalam kedai. Bukan adabnya. Kalau ada kedai makan pasanglah selawat,”pesan beliau.
‘Pernah gulung tikar sebab kegawatan ekonomi.’ Kini resort RM19juta diubahsuai jadi pondok agama dan menjadi tempat penginapan buat mereka yang benar-benar memerlukan.
Alhamdulillah disebalik ujian yang dialami oleh pemiliknya, kini resort yang dulunya terbiar, kini menjadi pusat atau pondok buat warga emas untuk mendalami ilmu agama.
“Saya bukan orang yang arif dalam agama, malah saya juga pernah lalai, tetapi saya ingin kembali ke jalan Allah dan bersyukur diberikan hidayah,” kata Ramli Nordin, 73, pemilik Cherating Bay Resort, sebuah resort bernilai hampir RM19 juta yang terbiar usang di Cherating, Pahang.
Kini, sebahagian resort yang mempunyai 164 unit apartment itu dijadikan pondok agama khusus untuk golongan warga emas dikenali sebagai Pondok Warga Emas At-Tahwil.
Jelas Ramli, resort yang diusahakannya lebih 20 tahun lalu itu akhirnya ‘gulung tikar’ pada 2018 disebabkan kegawatan ekonomi dan pertukaran polisi kerajaan.
“Sejak itu, resort ini terbiar sehingga menjadi semak samun, jadi apabila saya datang ke sini, saya mahu buat sesuatu supaya tempat ini boleh digunakan semula.
“Saya berbincang dengan keluarga dan rakan, jadi timbul idea untuk menjadikan sebahagian resort ini sebagai pondok agama untuk warga emas,” katanya.
Tambah Ramli, dengan bantuan pelbagai pihak, pondok warga emas terbabit dapat dibangunkan, malah sudah beroperasi, selain dapat membina sebuah surau baharu bagi kegunaan penghuni pondok hasil sumbangan orang ramai.
“Impian saya supaya pondok ini dapat dibangunkan dengan sempurna, seterusnya menjadi pusat dakwah dan penyebaran maklumat mengenai Islam terutama kepada pelancong asing.
“Namun usaha itu terbantut kerana kami tidak mempunyai cukup dana untuk menampung kos baik pulih unit apartment yang rosak dengan anggaran kos sebanyak RM5,000 hingga RM6,000 seunit,” katanya.
Sementara itu, Penyelaras Pondok At-Tahwil, Fatimah Awang Lah, 75, menjelaskan pondok ini mula beroperasi pada Oktober 2021 dan kini mempunyai 12 penghuni termasuk ibu tunggal serta dua pasangan suami isteri.
“Selepas perbincangan dengan pemilik resort dan beberapa pihak lain, kami bersama-sama berusaha membangunkan pondok ini menerusi Pertubuhan Amal At-Tahwil.
“Pada peringkat awal, hanya tiga penghuni yang tinggal di pondok ini, namun kini kami sudah membaik pulih 10 unit apartment untuk kegunaan pondok.
“Terdapat 26 unit lagi perlu diperbaiki, namun usaha itu terbantut kerana tidak mempunyai dana mencukupi,” katanya.
Malah tambah Fatimah lagi, aktiviti harian dilakukan di sini termasuk solat berjemaah setiap waktu, kuliah subuh setiap hari, kelas mengaji al-Quran, bacaan hadis dan kuliah untuk tiga kali seminggu.
Pihaknya juga mempunyai perancangan mahu menjadikan pondok ini sebagai perintis konsep pelancongan ibadah berikutan lokasinya terletak di kawasan pelancongan popular di negeri ini.
“Kami bercadang membaik pulih beberapa unit apartment untuk dijadikan ‘homestay’ khusus untuk pengunjung yang mahu datang bercuti sambil beribadah atau ahli keluarga penghuni yang datang menziarah.
“Sebagai contoh mereka datang sebuah keluarga termasuk ibu dan ayah, jadi ibu dan ayah mereka boleh mengikuti pakej kursus agama yang kami sediakan, manakala ahli keluarga lain boleh berlibur di sekitar Cherating,” katanya.
Hulurkan Bantuan
Menurutnya, orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh menyalurkan sumbangan mereka ke akaun Maybank 556093276707 atas nama Pertubuhan Amal At-Tahwil.
“Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi saya di talian 017-3713022 atau Pengerusi Pertubuhan, Ahmad Taufek Zakaria (011-58900193),” katanya.
Kashoorga : Semoga Pertubuhan Amal At-Tahwil dapat membantu lebih ramai yang berada dalam kesusahan dan dalam masa yang sama menjadi pusat pengajian agama yang terkemuka.
Bila menyebut tentang Masjid Al Aqsa di Palestin ramai membayangkan masjid dengan kubah berwarna emas. Malah dalam carian di internet juga akan memaparkan gambar ini. Namun perlu kita ketahui ia bukanlah Masjid Al-Aqsa dan ramai yang tersalah anggap.
Struktur tersebut adalah Qubbat As- Sakhrah atau dikenali sebagai Dome of the rocks (kubah batu) dan ia berbeza dengan Masjid Al Aqsa. Sebenarnya terdapat banyak masjid di tapak yang kita kenali sebagai Masjid Al Aqsa.
Ramai juga yang mengangangap Masjid Al Aqsa sebagai bangunan paling selatan masjid ini dengan kubah berwarna perak gelap tapi itu sebenarnya Masjid Qibli. Ia mendapat nama kerana berada di kedudukan paling dekat dengan kiblat.
Al-Aqsa seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran merujuk kepada seluruh plaza di Baitulmaqdis termasuk masjid, arena, gerbang, air pancut, menara dan banyak mercu tanda keagamaan dan bersejarah lainya.
Seluruh tanah di sebalik dinding kompleks ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa juga disebut sebagai al Haram as Sharif.
Allah SWT memberitahu kita bahawa Masjid Al-Aqsa adalah tempat para Nabi dan Rasul berhijrah. Seperti ayat yang Allah berfirman:
Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut akan musuh), maka kamulah orang-orang yang rugi. (QS. al-Maidah ayat 21)
Berdasarkan hadis Abu Hurairah radhiyallahu’anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
لا تشد الرحال إلا ثلاثة مساجد: المسجد الحرام والمسجد الاقصى ومسجدي
Jangan bepergian kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku (Masjid Nabawi). (HR Bukhari dan Muslim)
Barro bin ‘Azib berkata:
InsyaAllah شرشهرا، ثم صرفه نحو القبلة
Kami solat bersama Nabi dan menghadap BaitulMaqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Kemudian Nabi mengubah arah kiblat (ke Kaabah). (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah didatangi oleh sebuah kenderaan Buraq, seekor binatang putih yang tinggi, lebih tinggi dari keldai dan di bawah Bighal, laju langkahnya sepantas sekelip mata. . Kemudian saya mendakinya sehingga saya sampai ke Baitul Maqdis.” (HR Muslim)
Rasulullah SAW pernah melaporkan bahawa Masjidil Aqsa mempunyai keutamaan tersendiri seperti Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Thursina iaitu Dajjal tidak akan memasukinya.