Ramai yang sangat sayangkan Abam Bocey kerana sewaktu hayatnya dia sangat murah rezeki pada orang sekeliling.
Malah dikatakan ada seorang wanita sanggup datang malam-malam untuk menziarahi kubur arwah kerana menurut wanita ini Abam yang selama ini menyara perbelanjaaan sekolah anak-anaknya.
Memang banyak fadilatnya jika kita bersedekah dengan orang lain, terutama kepada yang memerlukan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter wanita ini @efaperfume memberi tip murah rezeki daripada pakciknya yang juga seorang orang kenamaan popular bergelar Tan Sri serta dianggap sebagai jutawan.
Menurutnya pakcik dia memberi tip murah rezeki, semuanya bermula dengan perkara yang basic.
Katanya setiap hari kena ada ‘charity day’ tidak kisahlah sama ada belanja kawan makan atau apa saja.
Walaupun jumlahnya kecil tetapi pastikan amalan itu berterusan. Dan pastikan amalan itu menadi kebiasaan dalam rutin kehidupan.
Ternyata perkongsian ini juga turut mendapat perhatian warganet yang juga memberi perkongsian menarik tentang rezeki.
3 cara rezeki turun kepada kita
Bagus juga kalau dapat belanja ahli keluarga
Sedekah seperti magic, bahagiakan ayah ibu dan adik beradik
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Gelaran Nabi Yaacub a.s Yang Ramai Salah Sangka Hingga Ramai Melaknatnya
Kala ini seluruh umat Islam di dunia bersimpati ke atas Palestin yang terus menjadi mangsa kekejaman Yahudi Laknatullah. Malah kempen Israel koyak bagaikan “tanda kemenangan” bagi kita yang berada di sini.
Bagaimana pun timbul beberapa persoalan adakah benar penggunaan kata Israel itu merujuk kepada Israel yang memerangi Palestin atau kita terkeliru dengan agenda Yahudi?
Dalam satu perkongsian video Tik Tok dari Ustaz Ahmad Adnin Roslan @adninroslan, jelasnya, perkataan Israel, berasal dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). Perkataan Israel itu merujuk kepada bangsa tapi orang-orang yang kufur dari Bani Israel itulah digelar Yahudi dan dilaknat Allah.
Dari satu perkongsian lain juga, dinyatakan apa perbezaan Israel dan Yahudi?
1) Israel adalah gelaran kepada nabi Ya’kub alaihissalam. Bani israel pula adalah keturunan nabi Ya’kub. Manakala *Yahudi pula ada golongan yang kafir dan tak beriman pada Allah di kalangan bani Israel*.
2) Dalam Alquran, Allah tak laknat bani Israel, tapi yang Allah laknat ialah Yahudi. Allah gelarkan mereka dengan dua gelaran, iaitu “Yahudi”, dan juga “Mereka yang kafir di kalangan bani Israel”.
3) Allah berfirman:
وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا
“Orang-orang YAHUDI berkata: “Tangan Allah terbelenggu”, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan *merekalah yang diLAKNAT* disebabkan apa yang telah mereka katakan itu.” (Al Ma’idah: 64)
.
Firman Allah yang lain:
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ* عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ*
“Telah diLAKNATI ORANG-ORANG KAFIR DIKALANGAN BANI ISRAEL dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.” (Al Maidah: 78)
4) Bahkan, Nabi Ibrahim yang merupakan “bapa” kepada bani Israel pun berlepas diri dengan Yahudi ni.
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Ibrahim *bukan seorang Yahudi* dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.” (Ali Imran: 67)
Jadi selepas ini, berhati-hati dengan gelaran ini. Jangan cakap Israel laknatullah tetapi *Yahudi laknatullah*.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Zikir Lebih 7 Ribu Kali & Tasbih Di Tangan Sampai Tertidur, Fatimah Tak Putus Kirimkan Doa Buat Arwah ‘Mamajee’
Kehilangan Chef Selebriti Adamdidam tahun lalu bukan saja meninggalkan kesan mendalam pada peminat dunia masakan, tetapi juga ahli keluarga terdekat.
Terutama anak buah kesayangan, Fatimah yang menetap di United Kingdom. Ternyata Fatimah tidak dapat menerima kehilangan bapa saudara yang begitu dekat dengan hatinya.
Walaupun sudah setahun berlalu, namun masih terasa kehilangan berkenaan.
Dalam satu posting di laman sosial Instagram melalui ibunya, memberitahu Fatimah tidak lekang beribadah dan berzikir sepanjang waktu.
Menurutnya, apabila Fatimah mendapat tahu setiap amalan baik akan dilipat gandakan Allah sepanjang ramadan, jadi dia dan tasbih digitalnya seakan berpisah tiada.
Artikel Berkaitan: Chef Selebriti Adamdidam Telah Kembali Ke Rahmatullah, Moga Rohnya Ditempatkan Bersama Para Solihin
Malah tasbih akan sentiasa berada di tangan sehinggakan ketika tidur pun masih memegang tasbih berkenaan.
“Dari awal Ramadan sampai sekarang, Fatimah sudah berzikir lebih 7,400 kali! Kiraan itu sangat mengagumkan bagi seorang kanak-anak berusia enam tahun,” tulis ibu Fatimah menerusi akaun Instagram The Family UK.
Tambahnya, amalan Fatimah itu bukan sia-sia, kata Fatimah dia utuskan zikirnya itu buat Allahyarham Adam yang meninggal dunia pada Mei tahun lalu.
“Suatu hari saya terdengar Fatimah berdoa; ‘Ya Allah, tolonglah terima zikir dan amalan baik saya, dan hantarkan hadiah ini untuk Mamajee’.
“Saya tak menjangka doa itu muncul daripadanya.
“Kemudian kata saya; ‘Kamu minta Allah sampaikan zikir dan amalan kepada Mamajee, habis macam mana pula kamu? Apa yang kamu minta untuk diri kamu dari Allah?’
“Jawab Fatimah; ‘tiada apa-apa’,” ceritanya.
“I finally learned the real meaning of true love from my six-year-old daughter, Fatimah…As soon as she found out that our good deeds will be multiplied by Allah in the holy month of Ramadhan, her digital tasbeeh has become her new best friend since the start of Ramadhan.
“They have become literally inseparable – we even found her asleep with her tasbeeh still in her hands many times! Since the beginning of Ramadhan until now, Fatimah has done 7400 dzikir and counting! The number is impressive for a six-year-old, but there’s a reason behind all her hard work and determination…
“One day, I overheard Fatimah’s du’a: “Ya Allah, please accept my dzikir and my good deeds, and send them as a gift to my beloved Mamajee.” I didn’t expect that, coming from a six-year-old.
“I then said, “You’ve asked Allah to send all of your dzikir and your good deeds to your Mamajee, so what about you? What do you ask for yourself from Allah?” She then boldly replied, “NOTHING.” That’s it. Just one word came out from her mouth. She asks for nothing, she wants nothing, and she expects nothing for herself. This is love. This is pure love.
Written by Mrs Mom
#SundayWithAdam
24th Ramadhan 1441 AH
Ternyata perkongsian ini sangat menyentuh hati. Bayangkan kanak-kanak yang masih terlalu mentah usianya tahu bagaimana untuk menghargai insan tersayang yang sudah tiada di sisi.
Malah kasih sayang dan ingatan tidak pernah pudar biarpun pemergian chef selebriti ini sudah setahun berlalu.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM THEFAMILY.UK
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Nak Kekalkan Kemesraan Dengan Suami & Pastikan Rumah Tangga Bahagia? Ini 10 Tip Yang Boleh Diamalkan!
Butir-butir kata yang dilontar daripada mulutnya ditambah dengan kelembutan suara, menyejukkan jiwa buat sesiapa yang mendengar. Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, ikon pendakwah wanita yang amat dikagumi.
Keakraban dan kemesraan beliau bersama imamnya, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid agak dicemburui. Ramai yang ingin menjadi seperti pasangan merpati dua sejoli ini.
Tidak lokek berkongsi rahsia kebahagiaan, berikut diperturunkan 10 tip untuk mengekalkan kemesraan bersama suami seperti yang diamalkan dalam kehidupan harian beliau.
1. Curahkan kasih sayang dengan sepenuh hati.
2. Patuhlah kepada suami dengan apa adanya.
3. Mendengar kata-kata suami dengan baik disertai ketaatan.
4. Sentiasalah isteri mempertahankan pandangan mata suami dengan memakai pakaian yang baik-baik.
5. Sentiasa menjaga ‘hidung’ suami dengan memakai bau-bauan yang wangi.
6. Sentiasa memperhatikan waktu tidur suami
7. Sentiasa menjaga makan minum suami.
8. Jagalah harta benda suami dengan sebaik-baiknya.
9. Isteri perlulah menjaga keluarga dan anak anak dengan baik.
10. Jangan sesekali menyebarkan rahsia suami.
Pujangga Arab ada mengatakan wanita itu adalah tiang negara. Seandainya wanita itu baik, majulah negara, seandainya wanita itu rosak akhlak maka mundurlah negara. Demikian juga kata penyair Arab, Ahmad Syauqi, ibu itu adalah umpama sebuah sekolah.
Jika anda memberikan peluang kepadanya nescaya ia akan memberikan kepada anda satu bangsa yang berakar umbi baik. Jadilah wanita yang hebat dan bijaksana. Cantikkan diri dengan akhlak, bijak menambat hati suami serta mendidik anak-anak dengan iman dan takwa kepada Allah.
Sumber: Sisipan Wanita Oh Wanita, Sinar Harian
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI