Hanya sekali lafaz sahaja pelakon cantik manis ini sah menjadi isteri kepada seorang juruterbang.
Dalam majlis berkenaan, Emma juga turut menerima wang mas kahwin sebanyak RM2 ribu bersama senaskhah Al-Quran daripada suami tersayang.
Ads
Biarpun bergelar selebriti namun Emma mengambil langkah mengadakan majlis secara sederhana dan tertutup di Bukit Damansara dengan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.
Ketika menceritakan detik perkenalan mereka, Emma memberitahu mereka saling mengenali sejak beberapa tahun lalu ketika hadir di majlis Uqasha Senrose.
Ads
Namun hubungan sekadar bertanya khabar dan menyepi sebelum masing-masing serius selepas berhubungan semula di laman Instagram.
Menerusi artikel Berita Harian, Emma mengaku sikap, kesungguhan dan keberanian Muhammad Shazli antara yang memikat hatinya.
“Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.
Ads
“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah,” katanya.
Ramai memuji penampilan Emma yang sangat manis menggayakan kurung moden dengan selendang menghiasi kepalanya.
Terserlah seri pengantin di wajah comelnya. Sebaik mengetahui majlis pernikahannya, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Putus tunang tanpa sebab, ini hukum pihak lelaki menuntut semula hadiah hantaran. Sebenarnya dibenarkan atau tidak pihak lelaki meminta pihak perempuan pulangkan kembali hadiah hantaran kerana pihak sana yang mumutuskan tali pertunangan.
Apatah lagi terputusnya ikatan tanpa sebab yang diketahui. Islam menggariskan panduan yang jelas berkaitan isu ini.
Ikuti penjelasan panjang lebar Pejabat Mufti Wilayah Persetujuan sama ada haram atau tidak bersikap “buruk siku”.
Soalan:
Saya telah bertunang dengan seorang wanita. Selepas sebulan majlis pertunangan, pihak perempuan ingin memutuskan pertunangan atas sebab yang saya sendiri tidak tahu. Bolehkah saya mengambil kembali hadiah hantaran pertunangan yang telah saya berikan?
Jawapan:
Pertunangan merupakan perkara yang dianjurkan oleh Islam sebagaimana sabda Nabi SAW:
انظرْ إليها فإنَّه أحْرى أنْ يؤدمَ بينكُما
Maksudnya:
“Lihatlah perempuan itu dahulu kerana ia akan lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua.’- Riwayat al-Tirmizi.
Telah menjadi adat di kalangan masyarakat Melayu untuk bertukar cincin, membawa dulang ke rumah si perempuan dan lain-lain dalam majlis pertunangan yang dipanggil ‘hantaran’ dan ini adalah merupakan adat yang harus dan tidak bercanggah dengan Islam.
Ia hanya sebagai simbolik dan tanda keseriusan untuk menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri. Selagi mana adat tersebut tidak berlanggar dengan syarak maka ianya adalah perkara yang harus.
Mengenai hukum mengambil semula hantaran yang telah diberikan, secara asasnya hukum meminta semula hadiah atau pemberian yang telah diberikan kepada seseorang adalah haram melainkan pemberian dari seorang bapa kepada anaknya.
Sabda Nabi SAW: العائدُ في هِبَتِهِ كالعائدِ في قَيْئِهِ
Maksudnya:
“Orang yang meminta semula hibahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya.”- (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda:
لا يَحِلُّ لرجُلٍ أن يُعطِيَ عَطيَّةً، أو يهَبَ هِبَةً، فيرجِعَ فيها، إلَّا الوالدَ فيما يُعطِي وَلَدَهُ، ومثَلُ الَّذي يُعطِي العَطيَّةَ ثمَّ يرجِعُ فيها كمثَلِ الكَلْبِ يأكُلُ، فإذا شبِع قاء ثمَّ عاد في قَيْئِهِ
Maksudnya:
“Tidak halal bagi seorang laki-laki yang memberi suatu pemberian kemudian mengambilnya kembali, kecuali orang tua mengambil apa yang ia berikan kepada anaknya. Bandingan orang yang memberi suatu pemberian kemudian mengambilnya seperti anjing yang makan, maka setelah kenyang ia muntah kemudian menelan muntahannya kembali.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Walau bagaimanapun ulama mazhab Syafi’i berpendapat bahawa hadiah yang diberikan semasa pertunangan boleh untuk diminta kembali sekiranya mereka tidak jadi untuk berkahwin kerana tujuan dari pemberian tersebut ialah untuk perkahwinan.
Oleh itu, apabila perkahwinan tidak berlaku maka pemberian tersebut berhak untuk diambil kembali.
Namun disyaratkan pemberian tersebut mestilah dengan tujuan untuk pernikahan. Manakala jika pemberian tersebut bukan dengan niat untuk pernikahan tetapi semata-mata sebagai hadiah maka tidak dibenarkan untuk mengambilnya kembali kerana ia termasuk dalam larangan hadis Nabi SAW di atas.
Dalam pada itu sebahagian ulama mazhab Syafi’i memperincikan bahawa jika pembatalan perkahwinan tersebut berpunca dari keluarga perempuan dibenarkan pihak lelaki untuk menuntut kembali pemberiannya namun jika pembatalan disebabkan oleh pihak lelaki maka pihak lelaki tidak berhak untuk menuntut semula hadiah yang telah diberikan.
Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa:
“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.”
Kesimpulannya, hadiah yang diberikan sebagai hantaran untuk pertunangan boleh untuk diambil kembali sekiranya mereka tidak jadi untuk berkahwin.
Pemberian tersebut boleh dipulangkan sama ada dengan memberikan kembali pemberian tersebut atau jika tidak ada maka boleh digantikan dengan nilainya. Selain itu, tuntutan semula hadiah tersebut boleh dibuat di mahkamah.
Dari Anas bin Malik ra berkata: “Rasulullah saw memerintahkan kami untuk menikah dan melarang membujang dengan larangan yang keras.” Nabi saw bersabda:
Maksudnya: “Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak.” – (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Perkahwinan adalah sunnah Nabi Muhammad SAW, dan pastinya semua daripada kita mengimpikan bertemu pasangan hidup
Namun sekiranya hingga ke saat ini masih lagi belum bertemu jodoh, jangan putus asa. Teruskan usaha dan amalkan juga 6 doa ini. Moga dipermudahkan jodoh dan bertemu pasangan yang baik.
Berikut adalah beberapa doa minta jodoh yang ada dicatatkan dalam Al-Quran untuk kita amalkan.
Rabbi la tazarni fardan. Wa anta khirul warisin
Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah Pewaris yang terbaik.”
Rabbana hab lana. Min azwajina. Wa dzurriyyatina. Qurro ta a’yun. Waj ‘alna lil muttaqina imama
Maksudnya: “..Ya Tuhan, anugerahkan kepada kami isteri dan zuriat yang menyejukkan (hati) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa..”
Rabbi inni. Lima anzalta. Ilayya min. Khairin faqir
Maksudnya:“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia, dan akhirat.”
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku istri yang terbaik dan sisi Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia, dan akhirat.”
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah dia dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah dia dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”
Sumber: Takwa.my
Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-577: Jodoh Tak Lekat, Silap Siapa? Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat kita pasti tidak akan lengkap sesebuah majlis perkahwinan tanpa acara bersanding. Seakan menjadi satu perkara yang ‘wajib’ dalam sesebuah majlis perkahwinan, adakalanya majlis persandingan turut diserikan dengan acara menepung tawar.
Lalu apakah hukumnya mengadakan majlis persandingan? Ikuti pencerahannya.
SOALAN:
Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar, saya jadi keliru. adakah sekadar untuk mengambil gambar diatas pelamin sememangnya tidak boleh ke?
JAWAPAN:
Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.
Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:
1. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
2. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
3. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syarak.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?