Mengapa ahli Ma’rifat sangat menitikberatkan soal hati? Mengapa mereka lebih menitikberatkan soal pembersihan hati daripada segala hal ehwal perlakuan, ucapan, perkataan sama ada berbentuk ibadah atau muamalat?
Allah SWT telah menjadikan hati sebagai alat untuk beribadah. Setiap manusia merupakan penguasa atas dirinya sendiri. Segala usaha yang dilakukan oleh anggota badan adalah untuk melaksanakan perintahNYA. Maka untuk tujuan itu diwujudkan hati sebagai sumber kemahuan dan tempat manusia memproses ketentuan yang akan dilakukan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Ketahuilah bahawa di dalam tubuh itu terdapat segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh tubuh itu dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu. Dan ingatlah segumpal daging itu adalah hati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hati mempunyai ‘tentera-tenteranya’ tersendiri antaranya ialah akal. Tugas akal yang terpenting adalah sebagai alat ilmu dan pemikiran. Akal adalah penasihat dan pembantu terdekat kepada hati. Hubungan dan pautan hati yang kuat dengan akhirat akan membuatkan kehidupan di dunia begitu kecil dan remeh sekali.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad kamu dan bukan pula kepada paras kamu, tetapi Allah melihat kepada hati-hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)
Keimanan yang tertanam di dalam hati menyebabkan kita tidak mudah lalai dan cinta terhadap kemewahan dunia. Oleh itu hendaklah kita bermula dengan hati terlebih dahulu untuk melakukan segala perbuatan, perlakuan dan amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bersetubuh Ketika Puasa Ganti Ramadan Adakah Wajib Bayar Kaffarah
Ramadan telah pun berlalu. Ibadat puasa bukan sahaja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas. Bagi yang terpaksa meninggalkan puasa atas alasan-alasan yang munasabah seperti masalah kesihatan dan sebagainya inilah masa untuk menggantikan semula puasa.
Namun bagi pasangan suami isteri, jika terlajak mengadakan hubungan suami isteri di bulan Ramadan maka perlu membayar kaffarah seperti berikut secara tartib (mengikut urutan):
*Membebaskan seorang hamba.
*Berpuasa dua bulan berturut-turut.
*Memberi makan kepada 60 orang miskin.
Ini adalah berdasarkan kisah seorang arab badwi yang datang menemui Rasulullah S.A.W sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Abu Hurairah yang berikut:
أَتَى النَّبِيَّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ رَجُلٌ فَقَالَ هَلَكْتُ . قَالَ ” وَمَا أَهْلَكَكَ ” . قَالَ وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي فِي رَمَضَانَ . فَقَالَ النَّبِيُّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ ” أَعْتِقْ رَقَبَةً ” . قَالَ لاَ أَجِدُهَا . قَالَ ” صُمْ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ ” . قَالَ لاَ أُطِيقُ . قَالَ ” أَطْعِمْ سِتِّينَ مِسْكِينًا ” . قَالَ لاَ أَجِدُ
Maksudnya: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi S.A.W lalu dia mengatakan: “Aku telah binasa”. Lalu Rasulullah berkata: “Apa yang menyebabkan kamu binasa ?”. Maka lelaki itu menjawab: “Aku telah bersama dengan isteriku pada bulan Ramadhan”. Maka Nabi S.A.W bersabda: “Bebaskanlah seorang hamba”. Lelaki itu menjawab: “Aku tidak memilikinya”. Baginda bersabda lagi: “Puasalah selama dua bulan berturut-turut”. Lalu lelaki itu mengatakan: “Aku tidak mampu”. Kata Baginda lagi: “Berilah makan kepada 60 orang miskin”. Maka jawab lelaki itu: “Aku tidak memiliki sesuatu untuk diberi makan”.
Namun bagaimana pula situasi apabila suami isteri mengadakan hubungan kelamin ketika sedang qadha puasa Ramadan? Berikut penjelasannya.
SOALAN:
Saya telah menyetubuhi isteri sewaktu sedang berpuasa qadha Ramadan. Adakah saya dan isteri wajib membayar kaffarah?
JAWAPAN:
Puasa wajib samaada puasa Ramadan, puasa nazar, puasa qadha, puasa kaffarah atau puasa wajib lainnya, tidak boleh dibatalkan begitu sahaja melainkan jika ada keuzuran seperti sakit dan permusafiran.
Ibnu Qudamah mengatakan bahawa sesiapa yang telah memulakan puasa wajib seperti qadha Ramadan, puasa nazar hari tertentu atau nazar mutlak, atau puasa kerana kafarah, dia tidak boleh membatalkannya. Hal ini kerana sesuatu yang statusnya wajib ain, perlu dilakukan. Sementara sesuatu yang bukan wajib ain, ia menjadi wajib ain jika telah dilakukan, sehingga statusnya sama dengan wajib ain. (Al-Mughni, 3/160 – 161)
Hal ini berbeza dengan puasa sunat, di mana seseorang bebas untuk meneruskan puasa atau berbuka. Sabda Rasulullah SAW:
الصَّائِمُ الْمُتَطَوِّعُ أَمِينُ نَفْسِهِ إِنْ شَاءَ صَامَ وَإِنْ شَاءَ أَفْطَرَ
Maksudnya: Seseorang yang berpuasa sunat, jika dia mahu dia boleh teruskan berpuasa, dan jika mahu dia juga boleh berbuka.
(Hadith Riwayat Tirmizi: 732)
Adapun berkenaan persoalan di atas, maka jumhur ulama kecuali sebahagian kecil seperti Qatadah telah bersepakat bahawa tidak wajib kaffarah bagi sesiapa yang membatalkan puasa selain daripada puasa wajib di bulan Ramadhan, sama ada dengan makan dan minum atau bersetubuh. Ini merupakan pandangan Imam Nawawi, Ibn Qudamah dan Ibn Rusyd. (Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/345; Al-Mughni, 3/139-139; Bidayatul Mujtahid, 2/69)
Maka dalam kes ini, wajib ke atas mereka yang membatalkan puasa qadha Ramadan untuk mengulangi semula puasa ganti tersebut, bertaubat kepada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan itu.
Wallahu a’lam.
Sumber kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Nak Mudah Puasa Enam Sederet, Buatlah ‘Open House’ Waktu Malam- PU Azman
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Ianya thabit dari perbuatan Nabi SAW yang mana di dalam hadis ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun.
Namun tak nafikan di bulan Syawal ini pastinya jemputan ke rumah terbuka pasti datang ‘mencurah-curah.’ Sukar pula untuk ditolak. Kalau boleh ramai yang mahu puasa enam hari berturutan.
Berikut perkongsian daripada pu_azman
Cik Man faham, Syawal ni banyak open house. Kadang-kadang tak sempat nak puasa. Tapi kena bertegas.
Walaupun tak wajib berturut-turut, tapi ikut mazhab Syafie’, lebih afdhol atau sunat berturut-turut.
Bagi yang mengadap open house, benda ni kita yang buat. So cadangan Cik Man mungkin boleh jamu waktu malam. Cadangan jewwwwwr. Ikut koranglah macamana. Rumah korang, bukan rumah Cik Man.
Dalil puasa 6 Syawal.
Sabda Nabi:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang puasa Ramadhan kemudian puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (Hadis Sohih Muslim)
https://www.instagram.com/p/BygvRospkAE/?utm_source=ig_web_copy_link
Sumber kredit: pu_azman
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rahsia Bangun Sebelum Subuh, Contohi Amalan Cara Rasulullah Jaga Kesihatan
Rasulullah menjalani gaya hidup sihat sepanjang kehidupannya. Maka sebab itulah Baginda tidak pernah ditimpa penyakit teruk.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan malah diberi pahala.
Lalu bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
JADILAH SEORANG PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
FAKTA: *Jangan makan buah selepas makan nasi. Jangan sesekali skip makan malam. Sesiapa yang meninggalkan makan malam, dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI