Surah al-Kahfi: Selamatkan Diri Daripada Fitnah Dajal

Selain surah Yassin, membaca surah  al-Kahfi telah menjadi tradisi masyarakat muslim. Al-Kahfi adalah salah satu surah Makkiyah yang diturunkan kepada Rasulullah. Jumlah keseluruhan ayatnya ialah 110 dan terdiri daripada 583 perkataan. Secara harfiah, al-Kahfi bermaksud gua. Namun, kisah dalam surah inin tiada kaitan langsung dengan gua. Sebaliknya ia menceritakan sekelompok pemuda yang Allah selamatkan daripada penguasa zalim kerana mereka mempertahankan akidah. Kisah ini turut dikenali sebagai Ashabul Kahfi.

Hampir keseluruhan ayat dalam surah al-Kahfi mengandung kisah menarik. Antaranya mengenai perjalanan Nabi Musa dengan seorang hamba soleh yang bernama Khidir A.S. Kisah kedua mengenai keadaan penghuni syurga, kisah ketiga mengenai Dzul Qarnain yang mengelilingi dunia untuk melihat pelbagai hal masyarakat, kisah keempat pula mengenai Yakjuj dan Makjuj yang digambarkan sebagai sekumpulan makhluk yang suka merosak dan merugikan. Turut dipaparkan ialah kisah mengenai kesombongan dan keengganan iblis menurut perintah supaya sujud kepada Nabi Adam.

mengandungi banyak kisah dalam satu surah menjadi salah satu daya tarikan terhadap surah al-Kahfi ini sendiri. Malah turut menjadi banyak sumber pengajaran daripada ALLAH SWT untuk mereka yang membacanya.

Keutamaan Surah al-Kahfi

Selain mempunyai banyak kisah dan penuh dengan makna tersirat, surah al-Kahfi juga mempunyai keutamaan untuk dibaca. Antara nilai tambah yang ada dalam surah al-Kahfi ialah mengingatkan kepada seluruh masyarakat mengenai kewujudan banyak hadis palsu berkaitan dengan surah lain.

Di antara keutamaan membaca al-Kahfi di antaranya:

  • “Sakinah” akan turun kepada orang yang membaca surah al-Kahfi.

Dari al-Barra bin ‘Azib, ia bercerita:

بَيْنَمَا رَجُلٌ يَقْرَأُ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةً إِذْ رَأَى دَابَّتَهُ تَرْكُضُ – أَوْ قَالَ: فَرَسَهُ تَرْكُضُ – فَنَظَرَ فَإِذَا مِثْلُ الضَّبَابَةِ – أَوْ قَالَ: مِثْلُ الْغَمَامَةِ – فَذَكَرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «تِلْكَ السَّكِينَةُ نَزَلَتْ لِلْقُرْآن

Suatu ketika, ada seorang lelaki membaca al-Kahfi pada malam hari di rumahnya. Tiba-tiba dia melihat haiwan ternakannya iaitu seekor kuda mengayun-ayunkan kakinya. Kemudian dia melihat awan yang bergerak. Peristiwa itu kemudian diceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah mengatakan itu adalah sakinah  yang datang untuk mendengarkan al-Quran.

Dalam kitab Tuhfatul Ahwazy karya al-Mubarakfury disebutkan beberapa pendapat mengenai makna sakinah yang disebut dalam hadis di atas.  Al-Qary menyebutkan bahwa sakinah yang dimaksud adalah ketenangan yang boleh memberi rasa tenang dalam hati dan menghilangkan rasa takut. Sementara at-Thaibi menyebut bahwa sakinah di situ adalah bertambahnya keimanan seseorang, berdasarkan firman Allah yang menyatakan bacaan ayat al-Quran akan menambah keimanan di hati mukmin. Beberapa pendapat lain menyebutkan juga bahawa sakinah adalah malaikat rahmat.

Bacaan al-Qur’an pada hari Jumaat akan menyelamatkan seseorang daripada dajal dan akan memiliki cahaya pada hari kiamat.

Daripada Abi Sa’id al-Khudry, dia berkata, “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi kemudian dia nanti akan bertemu dengan dajal, maka dajal tidak akan memiliki kuasa atas dirinya. Dan barang siapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, maka baginya cahaya pada hari kiamat yang memancar sejauh tempatnya ketika membaca hingga Makkah. Pada keterangan lain dikatakan akan mendapatkan cahaya dan akan diampuni dosanya.

Daripada Ibnu Murdawaih, telah berkata Ibnu Katsir dengan Isnadgharib, daripada Khalid bin Said bin Abi Maryam, daripada Nafi’ daripada Ibnu Umar, ia berkata. Rasulullah s.a.w bersabda, “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan muncul cahaya dari bawah kakinya hingga ke atas langit. Cahaya itu akan meneranginya pada hari kiamat dan diampunkan dosa-dosa yang dilakukannya pada dua hari Jumaat (ketika ia membaca surah itu pada Jumaat sebelum).

Dikatakan pula, siapa yang menghafal sepuluh ayat awal dari surah al-Kahfi akan diselamatkan daripada fitnah dajal. Bagi yang menghafal sepuluh ayat terakhir pula akan mendapatkan cahaya pada hari kiamat.

Daripada Abi Darda’ dan daripada rasulullah s.a.w, “Barang siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah al-Khafi maka akan dilindungi daripada fitnah dajal. Barang siapa yang menghafal sepuluh ayat terakhir surah al-Kahfi maka akan memiliki cahaya pada hari kiamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*