Bergelar seorang isteri bukanlah ‘tugas’ yang mudah apatahlagi dalam dunia yang memerlukan wanita keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. Sebagai suami amat penting untuk memahami tanggungjawab besar yang perlu digalas oleh sang isteri.

Seorang isteri tidak menyuarakan apa yang mereka mahukan. Mereka selalu mengharapkan para suami faham sendiri tentang apa yang mereka rasa. Di bulan Ramadan yang mulia ini tentunya bulan yang paling sibuk dalam hidup seorang wanita bergelar isteri dan ibu.

Sampai sahaja di rumah, usai pulang dari kerja, masing-masing sudah menyinsing lengan baju untuk mula ‘bersilat’ di dapur. Tatkala lelah belum hilang meredah kesesakan jalan raya  yang tentunya luar daripada kebiasaan, ibarat lipas kudung, tugas menyediakan hidangan berbuka puasa mesti disempurnakan.

Seperti Ustaz Ebit Lew, sempena kedatangan bulan Ramadan tahun ini, beliau mengambil kesempatan membantu ‘bidadarinya’ di dapur untuk tempoh dua hari. Siapa yang sering mengikuti Ustaz Ebit Lew di laman sosial pasti tahu Ustaz Ebit seorang yang sangat romantik bersama isteri.

Baca nukilan Ustaz Ebit Lew seperti yang ditulisnya dalam instagram beliau.

IKLAN

Hari ini saya cuti ceramah 1 Ramadan. Bidadari booking 2hari untuknya awal Ramadhan ini….balik ambil anak sekolah saya cuba buat-buat sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Bersepah dapur kecil ini bila ebit lew masuk dapur. Macam lepas berperang kat dapur nie..hehe..cuba teka masak apa tu?

Ya Allah ampun. Biasa keluar jalan Allah, jarang dapat masak. Orang suruh ceramah jer. Kat rumah pulak bidadari tak bagi. Kena tegas baru dapat masak.. Kelakar campur sedih sayu sangat…..sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu. Begitulah kebanyakan wanita…anak-anak kata, ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak.

IKLAN

Isteri lak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang, tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu..tak jadi…Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti.. Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer…hee..

Sweetnya Bila Ustaz Ebit Lew Turun Ke Dapur, Tanda Hargai Susah Payah Isteri

IKLAN

Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa… Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L….dapur pun bersepah..dah siap baru kemas.. Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.

Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat Isya’ dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam.
Buat yang anak-anak masih kecil. Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri.

Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Doakan mereka kerana Allah.

Sumber: Instagram: Ebit Lew

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI