Nikah dulu baru bercinta menggambarkan bahawa hubungan yang ada ikatan sah adalah lebih afdal berbanding bercinta bertahun lamanya namun tidak berakhir di jenjang pelamin.
Mana-mana hubungan melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram perlulah mempunyai batasan serta diikat dengan nikah jika ingin melangkaui batasan yang ditetapkan.
Pada zaman dahulu, mungkin terma nikah dahulu baru bercinta ini adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mengurus dan menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang dipilih, bukannya menerusi hubungan cinta.
Namun pada masa kini istilah bercinta selepas nikah ini lebih kepada hubungan yang dihalalkan dengan cepat tanpa melalui proses cinta yang panjang sebelum bernikah.
Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya, Salman di kampung halamannya di Sik, Kedah pada 22 Jun 2018 lalu.
Tidak seperti pasangan lain yang mengambil masa lama untuk bercinta, Hamidah dan pasangannya mengambil pendekatan bercinta selepas nikah. Kini pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahayamata.
Ads
Dalam kapsyen di Instagramnya, Hamidah sempat meluahkan isi hatinya.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21)
Ads
Cinta selepas nikah bukan sahaja lebih indah tetapi juga menjadikan pasangan suami isteri bersama-sama menambah pahala. Jika sebelum ini hanya beribadat seorang tetapi apabila sudah berumah tangga, amal ibadat boleh dilakukan bersama.
Tatkala Hamidah kehilangan lelaki yang amat disayangi iaitu ayahnya, Allah hadirkan seorang lelaki yang kini menjadi imamnya. Kehadiran suami dalam hidup Hamidah menyempurnakan kehidupannya.
Da’i Hamidah telah dinobatkan menjadi juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga, 2015.
Ads
Didoakan moga mahligai yang dibina kekal hingga ke Jannah.
Setiap dari kita pastinya melalui dan merasai zaman persekolahan yang sangat manis dan terindah setiap memori untuk dikenang.
Waktu itulah kita mula mengenal dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan yang sebaya.
Hubungan yang terjalin tidak lebih dari sebuah persahabatan dalam berkongsi ilmu sepanang menuntut ilmu. Jika ada pun sekadar cinta monyet yang hanya sekadar memori manis untuk dikenang.
Namun segala urusan jodoh dan rezeki itu terletak di tangan Allah. Siapa sangka jodoh bersama seseorang yang dulunya sekadar digelar cinta monyet.
Majlis penuh gemilang ini berjalan lancar dengan diserikan kehadiran sanak saudara serta ahli keluarga di Jitra Kedah.
KASHOORGA: Semua yang berlaku itu sudah ditentukan perjalanannya oleh Allah SWT. Jagalah perhubungan yang cukup indah ini dengan baik dan mungkin dialah jodoh terbaik buat diri kita. Apa yang penting warnailah rumahtangga dibina dengan baik dan hiduplah berkasih sayang berlandaskan Al-Quran serta hadis dan sunnah Rasulullah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kata pepatah, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Begitu juga dengan jodoh. Perlulah ada usaha ke arah mencari jodoh yang sesuai.
Walau bagaimanapun mencari jodoh atau dengan kata lain mencari pasangan hidup, usahlah terburu-buru dan sekadar menjadi ikut-ikutan semata-mata kerana rakan-rakan lain sudah berjumpa pasangan hidup masing-masing.
Jangan kerana rasa tertekan, anda memilih calon pasangan hidup tanpa usul periksa. Natijahnya anda juga akan menanggungnya di kemudian hari.
Perlu diketahui bahawa ada beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika memilih calon pasangan hidup.
TAAT PADA PERINTAH AGAMA
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuhnya tiang maka, runtuhlah agamanya. Dengan cara bersujud seseorang itu akan berasa dirinya ‘hamba’ di sisi Allah. Calon pasangan yang menjaga solatnya adalah insan yang menjaga imannya dan juga menjaga hubungannya dengan Allah. Buat para wanita, jika berjumpa dengan lelaki yang menjaga solatnya, maka dialah pilihan yang tepat untuk anda jadikan suami.
BOLEH MENJADI IMAM KETIKA SOLAT
Apabila solat berjemaah kita sebenarnya dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Sebagai contoh apabila seorang suami mengimamkan isterinya ketika solat maka dia sedang memimpin ahli keluarganya menuju kebaikan dan juga kejayaan.
KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA
Keluarga yang menjaga solatnya Allah akan berikan rahmat dalam kehidupan mereka. Suami yang sentiasa mengajak dan memimpin isterinya ke arah mendekati Allah akan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan keberkatan.
Pesanan buat wanita, jika anda melihat calon suami yang akan segera ke masjid untuk solat apabila azan berkumandang maka dialah calon yang terbaik buat anda. Mudah-mudahan si dia mampu menjadi pemimpin terbaik buat anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia merupakan perancangan Allah SWT yang tiada siapa pun mengetahuinya. Mungkin ada orang yang ‘ringan’ jodohnya dan ada pula yang yang ‘berat’ jodohnya. Apabila umur semakin meningkat, desakan untuk mencari calon isteri atau pun suami semakin ‘menekan.’
Namun itu bukan bermakna apabila sudah terdesak, kita hanya boleh tangkap muatnya sahaja. Asalkan ada orang nak, terus sahaja nak kahwin. Berkahwin biarlah sekali seumur hidup maka sebab itulah jangan terburu-buru atau hanya memandang kebendaan dan rupa paras semata.
Sebenarnya jodoh perlu dipilih atau kita yang perlu memilih?
Pertama
Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiyah. Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak.
Kedua
Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh; akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia.
Ketiga
Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya.
Keempat
Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Tentang Allah mahu mempertemukan di mana, itu kerja Allah.
Kelima
Cara Allah memberi jodoh bergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahawa yang baik untuk yang baik. So, jadilah yang terbaik!
Keenam
Dalam urusan jodoh, ta’aruf adalah proses seumur hidup. Dan yang penting, jangan expect berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan tentang pasangan.
Ketujuh
Salah satu cara terbaik mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat caranya dengan empat pihak; iaitu Allah, agama, keluarga, dan kawan-kawannya.
Ada lagi?
Tanyakan pada hati sendiri. Mana di antara semua faktor itu yang paling mungkin membawa kamu dan keluarga kamu ke syurga?
Ada satu perkara yang sering orang lupa tentang jodoh; iaitu jodoh bukan hanya mencari dan menunggu, tetapi ketika memang sudah waktunya, walaupun dengan apa cara dan keadaannya, dua insan itu akan Allah pertemukan. Jodoh memang rahsia; sekalipun begitu tak perlu risau menantinya, kerana janji Allah itu pasti. – Gadis Monolog.
Antara nasihat saya untuk kalian;
Buat kaum Adam yang mencari cinta Hawa.
Buat kaum Hawa yang menanti cinta Adam.
ADAM, ANDAI MAHU MENCARI HAWA
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. “Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki / wanita yang boleh kita kahwini.” .
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) buat suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
HAWA, ANDAI MAHU MENERIMA ADAM
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat lebih mudah jika malam sudah tiba. Khuatir, subuhnya leka dibuai mimpi nan indah.
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami hanya selayaknya untuk isteri.
3. Jangan dilihat pada tampan semata, lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, risau hanya kerana kesalahan kecil, isteri akan dimarah kasar.
Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti dahulu. Tenang-tenanglah.
Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.