zakatt

Lagi beberapa hari kita akan bertemu dengan Syawal mulia. Dan kepada yang belum berkesempatan membazar zakat fitrah bolehlah berbuat demikian.

Tidak ada alasan untuk skip mmebayarnya walaupun kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Menyedari perkara ini kebayakan pusat zakat dan majlis Agama Islam meminummkan pungutan zakat melalui amil, jadi terpaksalah membayarnya secara online.

Namun ramai yang agak musykil dengan new normal ini kerana jarang dibuat dan tiada lafaz akad. jadi bagaimana dengan status pembayaran zakat ini adakah sah atau sebaliknya.

Lazimnya jika pembayaran dibuat menerusi e-zakat di pusat zakat mengikut pihak berkuasa negeri masing-masing, kita akan disuruh baca lafaz ketika berzakat.

Usah Ragu-Ragu Bayar Zakat Melalui Online, Tetap Sah Walaupun Tanpa AkadNamun, tiada akad jika mereka membayar zakat fitrah menggunakan aplikasi e-dompet.

Adakah sah zakat fitrah yang dibayar dalam talian tanpa akad?

Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhammad Fahmi Rusli memberikan penjelasan kepada soalan itu menerusi Twitter miliknya baru-baru ini.

Jelas beliau, membayar zakat secara dalam talian adalah sah hukumnya walaupun akad tidak dilafazkan.

“Umumnya, zakat adalah sama seperti keseluruhan ibadah yang lain yang memerlukan kepada niat.

IKLAN

“Niat ini pula, wajibnya di dalam hati dan bukannya menerusi lafaz di lidah,” ujar beliau.

Seperkara lagi, Ustaz Muhammad Fahmi menjelaskan, zakat merupakan kategori sedekah.

“Ia sama keadaannya dengan hibah. Memadai serah dan terima,” katanya.

Begitulah jawapan ringkas beliau. Semoga jawapan tadi meleraikan kekusutan ramai orang tentang perkara ini.

Macam mana nak tahu deadline bayar zakat fitrah ni?

Sebenarnya ada lima waktu menunaikan zakat fitrah yang kita wajib tahu:

IKLAN

1. Waktu wajib

Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal.

2. Waktu afdal

Sebelum sembahyang Hari Raya

3. Waktu sunat

IKLAN

Sepanjang bulan Ramadan

4. Waktu makruh

Selepas solat Hari Raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.

5. Waktu haram

Selepas terbenam matahari satu Syawal

Kepada mereka yang belum melunaskan lagi zakat fitrah, jangan lupa bayar ya.

(Sumber: @fahmirusliMFR & laman web Lembaga Zakat Selangor)

Artikel Berkaitan: Rupanya Tak Semua Ibu Mengandung & Menyusukan Anak Perlu Bayar Fidyah, Ustaz Ini Jelaskan Sebabnya

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI