3 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Abu Hurairah RA, Amalan Ringkas, Ganjaran Luar Biasa
Kita sering mencari amalan mudah yang boleh dilakukan secara konsisten, namun membawa keberkatan besar dalam hidup.
Menariknya, Rasulullah SAW sendiri pernah memberi tiga wasiat istimewa kepada sahabatnya Abu Hurairah RA tentang tiga amalan ringan yang menjadi pegangan hidupnya hingga ke akhir hayat.
Amalan ini tidak memerlukan masa yang panjang atau tenaga luar biasa. Namun, ia menyentuh jiwa, membersihkan hati dan mengundang rahmat Allah SWT. Jika belum mampu lakukan semua, mulakan satu. Kerana kunci utama amalan bukan pada banyaknya, tetapi istiqamahnya.
3 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Abu Hurairah RA
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:
“Kekasihku (Rasulullah) berpesan kepada aku tiga perkara yang tidak aku tinggalkan sehingga aku mati iaitu: Puasa tiga hari sebulan, solat Dhuha dan solat witir sebelum tidur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
1. Solat Witir: Penutup Ibadah Malam
Solat witir adalah solat sunat yang dilakukan dalam jumlah rakaat ganjil. Ia disarankan sebagai penutup kepada ibadah malam dan sangat digalakkan dilakukan sebelum tidur, khususnya bagi yang bimbang tidak mampu bangun pada penghujung malam.
Ads
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang takut tidak terbangun pada akhir malam, dia hendaklah bersolat witir lebih awal. Dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada waktu itu, kerana solat pada akhir malam disaksikan oleh para malaikat dan itu lebih afdhal.” (Hadis Riwayat Muslim)
INFO: Solat witir boleh dilakukan minimum 1 rakaat, dan lebih afdhal jika dilakukan 3, 5 atau lebih, bergantung kepada kemampuan.
2. Solat Dhuha, Sedekah Buat Seluruh Sendi
Solat Dhuha adalah lambang kesyukuran seorang hamba terhadap nikmat kesihatan dan tenaga yang Allah pinjamkan setiap hari. Ia ibarat ‘sedekah’ kepada tubuh badan yang bekerja tanpa henti.
Sabda Rasulullah SAW:
Ads
“Setiap pagi, seluruh sendi kamu memerlukan sedekah. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah… dan dua rakaat solat Dhuha mencukupi sebagai sedekah bagi seluruh sendi.” (Hadis Riwayat Muslim)
Waktu Dhuha bermula selepas matahari naik (lebih kurang jam 8 pagi) hingga sebelum masuk waktu Zohor. Lakukan dua rakaat sebagai permulaan, dan tambah rakaat jika mampu.
3. Puasa Ayyamul Bidh, Pahala Seperti Berpuasa Setahun
Ayyamul Bidh ialah tiga hari pertengahan bulan hijrah — 13, 14 dan 15 — dinamakan begitu kerana malamnya cerah dengan sinaran bulan purnama. Rasulullah SAW sangat menggalakkan puasa sunat ini dan menjanjikan pahala berlipat ganda.
Sabda Rasulullah SAW:
Ads
“Berpuasalah pada hari-hari putih: 13, 14 dan 15. Sesungguhnya ia seperti puasa sepanjang tahun.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Mulakan Dengan Satu, Istiqamah Sampai Akhir
Wasiat ini adalah hadiah Rasulullah SAW kepada kita semua melalui Abu Hurairah RA. Ia tidak berat, tidak memerlukan perbelanjaan, tetapi memberi impak besar kepada hubungan kita dengan Allah SWT.
Jika belum mampu melaksanakan semua, mulakan dengan satu. Jadikan ia amalan harian, dan tanam tekad untuk istiqamah. Kerana dalam istiqamah itu terselit keberkatan, kekuatan dan kasih sayang daripada Allah SWT.
“Amalan yang paling disukai oleh Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ulama Larang Cerita 3 Perkara Ini Kepada Orang Lain, Boleh Undang Dengki & Penyakit Ain
Dalam hidup, tidak semua perkara yang kita miliki atau alami wajar diceritakan kepada orang lain. Ulama berpesan bahawa ada hal tertentu yang lebih baik disimpan sendiri sahaja, kerana bimbang ia boleh mengundang kedengkian manusia, rasa iri hati, dan lebih berbahaya lagi, terkena penyakit ain.
Tapi fenomena hari ini pula sebaliknya ramai yang gemar berkongsi hampir semua perkara di media sosial termasuklah perkara aib. Dan tanpa sedar, perkongsian sebegitu boleh membuka pintu keburukan.
Dalam pada itu Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi dalam satu perkongsian video di akaun media sosial beliau sempat berpesan agar berhati-hati berkongsi cerita supaya tidak mengundang kedengkian. Menurut beliau terdapat tiga perkara yang dilarang oleh ulama untuk diceritakan kepada orang lain.
Pertama menurutnya adalah umur. Ini kerana ia boleh mengundang kurang hormat atau lemah kepada seseorang
“Umur jangan cerita pada orang atau jangan saja-saja tanya umur orang. Sebab kalau dia muda orang akan kurang hormat meskipun dia alim atau hebat.
“Kalau dia tua pula orang akan rasa di lemah, walaupun hakikatnya masih kuat. Maka lebih selamat, simpan perkara ini untuk diri sendiri,”kata Ustaz Jafri.
Selain itu ujarnya elakkan bercerita kepada orang lain akan harta yang kita miliki.
“Tapi trend sekarang orang menunjukkan kekayaan, tunjuk kereta, duit yang banyak dan sebagainya. Tapi Nabi dan ulamak tak beri kita buat begini. Sebabnya ia mengundang kedengkian manusia. Tak semua orang suka bila kita bercerita tentang harta kita yang banyak,”jelasnya.
Dalam pada itu pesan Ustaz Jafri tak perlu juga berkongsi tentang keluarga. Contohnya tentang kelebihan atau kecemerlangan anak, adik beradik, pasangan dan sebagainya.
“Cukuplah ia dirai dengan membuat kenduri kesyukuran, kerana perkongsian sebegini tanpa mungkin menyebabkan ada manusia yang dengki.”
Dalam pada itu terangnya perkongsian tiga perkara di atas juga boleh mengundang penyakit ain yang mana sukar diubati.
“Ain ini berlaku bila seseorang itu takjub dengan orang, hatta anak dia sendiri.
“Contohnya dia rasa anaknya begitu comel atau cantik. Dia seronok dengan perasaan ini, dari situ anaknya boleh terkena penyakit ain daripada seorang ibu.
“Malah takjub dengan diri sendiri seperti berasa diri nampak muda atau cantik itu juga boleh menyebabkan ain. Sebab itu kena hati-hati,” akhirinya.
Penulis yang juga aktivis kemanusiaan dari Amerika Syarikat (AS), Shaun King dan isterinya, Rai King telah memeluk agama Islam pada hari pertama Ramadan lalu.
Shaun yang cukup dikenali dengan kelantangannya berbicara tentang isu yang berlaku di Semenanjung Gaza telah melafaz syahadah bersama isterinya bersaksikan Imam Omar Suleiman.
Kisah Shaun memeluk Islam tersebar luas di seluruh dunia apabila Profesor Khaled Beydoun melakukan siaran langsung ketika sesi melafaz kalimah syahadah berlangsung di sebuah masjid di Texas.
“Saya tidak tahu bahawa saya akan berada di sini (Texas) hari ini tanpa penderitaan dan kesakitan dan trauma selama enam bulan lalu yang kita lihat di Gaza,” kata Shaun.
Selepas melafazkan syahadah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, Shaun dilihat menyerahkan mikrofon kepada isterinya yang tampil sopan mengenakan hijab rona hijau lumut dan berpakaian menutup aurat.
Selain lantang mengenai isu yang terjadi di Gaza, Shaun yang pernah menjadi paderi pada tahun 2008, turut terkenal dengan advokasinya dalam pergerakan Black Lives Matter (BLM).
Menerusi satu hantaran di Instagram, Rai berkongsi tentang bagaimana dia boleh terbuka hati untuk memeluk agama suci ALLAH itu bersama suaminya.
“Selepas membaca dan mengkaji untuk diri saya sendiri sejak beberapa tahun lalu, saya percaya dan yakin Islam adalah agama teragung,” ujarnya.
Shaun yang kini berusia 44 tahun berkahwin dengan Rai sejak 2001 dan mereka memiliki lima orang cahaya mata.
Tanpa kita sedar banyak sebenarnya lafaz harian mudah dan ringan terkeluar dari mulut kita, contohnya Bismillah, Astaghfirullah Al Azim, MasyaAllah dan lain-lain.
Lafaz harian yang terpacul dari lisan ini ada yang terkeluar secara automatik. Ada antaranya kita sebut secara ikut-ikutan. Tak pasti penggunaan lafaz mudah itu tepat atau sebaliknya.
Sebenarnya lafaz-lafaz mudah ini semuanya memberikan kita pahala dan menambah keimanan kita! Lafaz-lafaz harian ini adalah amalan Rasulullah SAW dan sudah tentu semuanya mendatangkan manfaat.
Cuba kita baca apa lafaz-lafaz harian yang ringan lagi mudah tetapi ada ganjaran pahala disebaliknya.
Bismillah
Ini adalah lafaz yang paling teratas kedudukan penggunaannya. Dari kecil lagi kita diajar untuk kenal, faham dan amalkan penggunaan lafaz agung ini.
Kita disarankan melafazkan Bismillah saat hendak memulakan sesuatu perkara; kerja, perjalanan, makan, angkat barang dan banyak lagi.
Dari Jabir radhiallahu ‘anhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila seseorang masuk rumahnya dia menyebut Allah Ta’ala pada waktu masuknya dan pada waktu makannya, maka syaitan berkata kepada teman-temannya, ‘Kalian tidak punya tempat bermalam dan tidak punya makan malam.’
‘Apabila ia masuk tidak menyebut nama Allah pada waktu masuknya itu, maka syaitan berkata, ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’, dan apabila ia tidak menyebut nama Allah pada waktu makan, maka syaitan berkata, ‘Kalian mendapatkan tempat bermalam dan makan malam.’” (HR. Muslim)
Adapun jika kita terlupa membaca ‘bismillah’ di awal waktu kita makan, maka kita cukup membaca ‘bismillah awwalahu wa aakhirohu’ di saat kita ingat.
Subhanallah
Lafaz zikir ini biasa kita amalkan setelah solat sebanyak 33 kali (HR. Bukhari dan Muslim) atau kita zikirkan pula sebelum tidur sebanyak 33 kali (HR. Bukhari dan Muslim).
Lafaz ini juga disunnahkan untuk diucapkan ketika kita dalam perjalanan dengan keadaa jalan yang curam atau menurun (HR. Bukhari dalam al-Fath VI/135).
Kita juga digalakkan melafazkan Subhanallah apabila takjub dengan kebesaran ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala (HR. Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda, “Dua kalimat yang ringan di lidah, berat dalam timbangan, dicintai Allah Yang Maha Pengasih, (iaitu),
سُبْحَانَاللَّهِوَبِحَمْدِهِ،سُبْحَانَاللَّهِالْعَظِيمِ ّ “Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, maha suci Allah Yang Maha Agung.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Pada hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ucapan yang paling dicintai Allah adalah
سُبْحَانَاللهِوَبِحَمْدِهِ (HR. Muslim)
Alhamdulillah
Lafaz ini adalah ungkapan rasa bersyukur seseorang kepada Rabbnya dengan memberikan pujian kepada-Nya. Lafaz ini juga disunahkan dibaca setelah solat sebanyak 33 kali dan juga sebelum tidur 33 kali.
Setelah bersin, kita juga disunnahkan mengucapkan Alhamdulillah atau alhamdulillah ‘ala kulli haal (HR. Bukhari). Dan, apabila kita mendengar lafaz Alhamdulillah dari orang yang bersin, maka berikanlah do’a kepadanya, iaitu
يَرحَمُكَاللّه Yarhamukallah
“Semoga Allah merahmatimu.” Kalau sudah mendapat do’a ini, maka orang yang bersin tadi membaca
يَهْدِيكُمُاللّهُويُصلحبَالَكُمْ Yahdikumullah wa yuslih baalakum’
“Semoga Allah memberi petunjuk dan memperbaiki keadaanmu.”
Allahu Akbar
Lafaz Allahu Akbar disunnahkan dibaca setelah solat dan sebelum tidur. Setelah solat sebanyak 33 kali dan sebelum tidur sebanyak 33 kali (dalam riwayat lain 34 kali)
Lafaz Allahu Akbar juga sunah diucapkan ketika melihat sesuatu yang menakjubkan daripada ciptaan Allah (HR. Bukhari dalam al-Fath)
Dan tahukah anda, lafaz ini juga disunahkan dibaca ketika sedang menaiki jalan yang mendaki (HR. Bukhari dalam al-Fath VI/135)
Laa ilaha illallah
Semua umat Islam memang tahu,telah dan kerap melafazkan kalimah ini saban hari. Lafaz ini merupakan lafaz yang membezakan kita dengan kafir.
Rasululllah SAW juga menjelaskan tentang lafadz ini dalam hadisnya,
“Sebaik-baik dzikir adalah ada Laa Illaha Illallah (tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah).” (HR. Tirmidzi dan dia berkata, “Hadis hasan.”) Dan sungguh manis ganjaran orang yang yang melafazkan zikir ini, sebagaimana dijelaskan oleh Rasululllah SAW.
“Barangsiapa mengucapkan laa ilaah illallah, maka ditanamkan baginya sebatang pohon kurma di syurga.” (HR. Tirmidzi dan dia berkata, “Hadis hasan.”)
Malah, andai lafaz ini terkeluar dalam latah seseorang pun , ia akan diberikan pahala kerana latah ini lebih baik daripada mengeluarkan kata-kata yang mengarut lain.
Urusan yang sekecil ini pun telah pula diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Seorang yang terkejut disunahkan untuk mengucapkan lafadz ‘laa ilaha illallah’. (HR. Bukhari dalam Fathul Baari VI/181 dan Muslim IV/22208)
Masya Allah
Lafaz ini banyak disalahgunakan oleh masyarakat kita dan digunakan tidak kena tempat. Masya Allah memiliki makna “Atas kehendak Allah”.
Lafaz ini diucapkan ketika kita takjub melihat kelebihan yang dimiliki oleh orang lain, baik berupa harta, keadaan fizikal atau yang lainnya.
Dalam surat Al Kahfi, terdapat tambahan:
“Masya Allah laa quwwata illa billah” “Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tidak ada kekuatan kecuali dengan bantuan Allah.”
Lafaz ini juga bersangkutan dengan penyakit ‘ain. Dengan melafazkan “Masya Allah” ketika kita mengaggumi kelebihan yang dimiliki orang lain, diharapkan orang tersebut tidak terkena penyakit ‘ain disebabkan pandangan kita kerana penyakit ‘ain ini dapat terjadi baik kita sengaja ataupun tidak.
Sebagai contoh, kita sering tertarik dengan keletah dan kecomelan anak kecil yang lucu. Pipinya yang gebu, matanya yang nakal dan lain sebagainya.
Lalu datanglah pujian dari sanak, saudara atau teman sekitar kita. Tahukah kita, anak juga merupakan anugerah yang dapat terkena ‘ain.
Maka, ingatkanlah orang-orang sekitar untuk mengucapkan Masya Allah ketika memberikan pujian kepada anak kita. Begitu pula dengan kita sendiri ketika memuji anak atau benda milik seseorang, maka ucapkanlah ‘Masya Allah’ ini.
Astaghfirullah
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Pujian yang paling tinggi adalah la ilaha illallah, sedangkan doa yang paling tinggi adalah perkataan astaghfirullah.
Allah memerintahkan Rasulullah SAW untuk mengesakan Allah dan memohon ampunan bagi diri sendiri dan bagi orang-orang mukmin”
Memohon ampunan dengan lafadz ini sunnah diucapkan sebanyak 3 kali setelah selesai salam dari sholat wajib. Kita juga dapat memohon ampunan sebanyak-banyaknya, sebagaimana banyak ayat Al-Qur’an menunjukkan hal ini.
Begitupula dari contoh perbuatan Rasululllah SAW (padahal beliau sudah diampuni dosanya yang lalu dan akan datang). Rasulullah SAW bersabda,
“Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari.” (HR. Bukhari)
Kita sebagai wanita juga diperintah untuk memperbanyak istighfar, sebagaimana dalam hadis berikut,
“Wahai sekalian kaum wanita, bersedekahlah dan perbanyaklah istighfar, kerana sesungguhnya aku melihat kalian adalah kebanyakan penghuni neraka!”
Seorang wanita dari mereka bertanya, “Wahai Rasululllah, mengapa kami menjadi kebanyakan penghuni neraka?”
Beliau menjawab, “Kalian terlalu banyak melaknat dan ingkar (tidak bersyukur) terhadap (kebaikan) suami, aku tidak melihat orang yang kurang akal dan agamanya boleh mengalahkan lelaki yang berakal kecuali kalian.”
Ini adalah lafaz-lafaz zikir yang ringan di lidah dan mudah untuk dihafal dan diamalkan, Insya Allah.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.