Bagi membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam terdapat beberapa perkara dan cara yang sepatutnya diketahui.
Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah. Asas utama ialah mencari keredaan Allah. Berikut dikongsikan tip bagaimana untuk membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam.
1. Asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan. Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.
2. Adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.
Ads
3. Memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.
4. Menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.
Ads
5. Mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.
Ads
6. Menghiasi rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya.
7. Sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.
Sumber: Info Syariah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Firdaus Wong atau lebih dikenali dengan panggilan Bro Firdaus cukup sinonim dengan dakwah jalanan. Dia yang dahulunya penganut agama Buddha namun selepas memeluk agama Islam, Bro Firdaus aktif menyampaikan dakwah.
Perbezaan agama antara dirinya dan keluarga tidak menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi hambar. Buktinya hubungan Bro Firdaus dengan keluarga terutama kedua ibu bapanya tetap akrab.
Baru-baru ini Bro Firdaus berkongsi bagaimana dia menyambut harijadinya. Bukan setakat meraikan dirinya sendiri, tetapi kali ini dia meraikan ibu bapanya yang masih belum memeluk agama Islam.
Ini catatan Bro Firdaus di laman Facebooknya tentang bagaimana dia menyambut hari jadi dan menyantuni kedua ibu bapanya meskipun mereka berlainan agama.
Bagaimana saya sambut harijadi saya hari ini?
Breakfast dengan ibu bapa saya yang belum Muslim kemudian bawa mereka membeli persiapan Tahun Baru Cina dan juga membeli hadiah hari jadi. Bukan beli hadiah hari jadi untuk diri saya tetapi membelikan hadiah untuk mereka.
Birthday saya kenapa belikan hadiah untuk mereka pula? Merekalah asbab saya dilahirkan di dunia ini dan kemudian dikurniakan hidayah memeluk Islam pada 2005. Mereka jugalah yang mendidik dan menjaga saya. Merekalah yang lebih layak menerima hadiah pada hari lahir saya dan bukannya diri saya.
SEBELUM INI SAMBUT DENGAN KAWAN-KAWAN
Sebelum memeluk Islam, saya hanya meraikan harijadi dengan kawan-kawan sahaja tetapi setelah memeluk Islam, saya mempunyai perspektif yang lain. Yang layak meraikan adalah IbuBapa saya dan yang layak menerima hadiah adalah IbuBapa saya bukannya saya & saya sepatutnya mendahulukan IbuBapa saya pada harijadi saya.
Mereka banyak menyokong gerak kerja dakwah & kebajikan saya walaupun belum Muslim. Saya telah mengajak mereka memeluk Islam berkali-kali dan saya hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati mereka, adik beradik saya serta ahli keluarga mertua saya yang belum Muslim untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen.
Allahuakbar. Tersentuh hati membaca catatan Bro Firdaus. Layanan kepada kedua ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun mereka berlainan agama. Malah Bro Firdaus tidak pernah henti-henti berdoa agar kedua ibu bapanya diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam suatu hari nanti.
Sumber kredit: FB: Firdaus Wong Wai Hung (Official)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Antara tanggungjawab seorang ketua keluarga ialah kepada wanita-wanita di bawah ‘jagaannya.’ Kisah seorang lelaki yang menjaga isteri, ibu dan ibu mertuanya membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya berasa cukup kagum. Bertuah tiga wanita yang dijaga oleh lelaki ini.
Melalui catatan Zainur Rashid Zainuddin di laman Facebooknya, dia berkongsi cerita tentang sahabat lamanya itu.
Saya mulai mengenali saudara Khusran Othman di Seremban sejak lebih 20 tahun yang lalu.
Hubungan kami terputus kerana saya berpindah ke UK selama 2 tahun untuk meneruskan latihan kepakaran.
Beliau dikhabarkan pulang ke kampungnya di Perlis setelah diberhentikan kerja (kerap ambil cuti) untuk menjaga isterinya yang sakit.
Melalui khidmat seorang sahabat lama dan penduduk kampung, kami akhirnya berjaya menjejaki beliau.
JAGA ISTERI, IBU DAN IBU MERTUA
Sejak berbelas tahun yang lalu, beliau berkhidmat sepenuh masa untuk menjaga isterinya yang lumpuh, ibu mertuanya yang mengidap kanser rahim tahap 4 dan ibunya sendiri yang semakin uzur.
Beliau membahagikan siangnya kepada 2 iaitu berkhidmat kepada ibunya di sebuah kampung di Jejawi dan isteri dan ibu mertuanya pada separuh yang lain.
Di sebelah malamnya beliau akan menjaga isteri dan ibu mertuanya di awal malam dan akan Ke kampung bersebelahan setiap jam 3 pagi untuk memberikan khidmat bakti kepada ibunya pula.
URUS KEPERLUAN ISTERI, IBU DAN IBU MERTUA
Beliau akan memasak dan mengemas di dua-dua buah rumah ini yang jelas kelihatan kemas dan tersusun.
Ibu, isteri dan ibu mertuanya pun akan disiapkan apa yang perlu, sejak belasan tahun. Beliau kekal tekun dan tenang menunaikan tugasan ini buat sekian lamanya.
Hati saya sebak, tanpa disedari titisan air mata hangat mengalir melihatkan pengorbanan sahabat lama ini.
Apabila ditanya apakah rahsia untuk dia memiliki kekuatan ini, beliau menjawab bahawa dirinya telah dipilih Allah untuk memilih khidmat ini sebagai jalannya ke Syurga Allah SWT.
Allah Allah…
Saudara Khusran mungkin tidak dikenali oleh orang ramai tetapi saya meyakini bahawa beliau terkenal di kalangan penghuni langit.
Sungguh kagum dengan semangat lelaki ini dan boleh dikatakan agak sukar untuk ketemu dengan lelaki sebaik ini. Moga segala pengorbanan yang dilakukannya menjadi asbab dia menuju ke syurga. Aamiin.
Sumber kredit: FB: Zainur Rashid Zainuddin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pemberian duit raya setiap kali Syawal bagi meraikan kanak-kanak adalah amalan yang baik. Tradisi itu bukan sekadar memeriahkan sambutan Aidilfitri malah ia juga merupakan salah satu bentuk sedekah atau hadiah yang digalakkan dalam Islam. Duit raya akan diberikan ketika bersalaman sebelum pulang.
Namun sebenarnya perlukah amalan memberikan duit raya ini terus menjadi tradisi dalam masyarakat kita?
Ada beberapa pendapat mulai tular dan dihebahkan pada umum untuk tidak lagi memberi duit raya pada kanak-kanak.
Antara alasan mereka ialah bajet duit raya itu bolehlah disimpan. Ada pula kata kanak-kanak tak pandai guna duit. Mereka membazir beli mercun beli Beyblade.
Dan alasan paling banyak aku jumpa tahun ini, ‘nak sedekah seeloknya diberi pada bulan Ramadan, bukan Syawal. Baru dapat pahala berganda-ganda.’
Okey begini pada aku. Yang kata bagi bulan Ramadan lebih berlipat kali ganda lah apa, berapa kerat dia jumpa budak-budak pada bulan Ramadan?
Anak-anak saudara, anak-anak jiran, anak-anak kawan-kawan dan tetamu ni bertandang pada hari raya. Bukan pada bulan puasa.
Dan nak ambil manfaat Ramadan, boleh dan sangat aku alu-alukan. Carilah seberapa ramai budak-budak dan bagilah duit raya awal untuk menggembirakan mereka.
Dan bila sampai hari raya, bagilah sekali lagi. Lagi berganda-ganda pahala kau dapat gembirakan kanak-kanak.
Yang bagi hujah bajet duit raya ni elok disimpan lagi kelakar pada aku.
Bang, nak cakap. Simpanan sebenar kita ialah apa yang kita belanjakan di jalan agama. Sedelah jariah kita ni simpanan sebenar kita.
Bukan yang bertimbun dalam bank tu. Esok kalau Tuhan ambil nyawa, simpanan kita itu tidak lagi menjadi milik kita.
Sebaliknya menjadi pergaduhan antara waris-waris pula.
MURAH REZEKI ORANG YANG BERSEDEKAH
Yang milik mutlak kita, duit yang dibelanjakan itu. Yang kita gembirakan kanak-kanak untuk duit raya itulah simpanan sebenarnya. Yang kita bagi zakat, kirim sedekah, buat masjid buat kemudahan itulah milik kita.
Islam ajar bersedekah untuk murahkan rezeki.
Ni takut sangat nak bersedekah sampai takut habis duit, sampai takut miskin, sampai ganggu kitaran simpanan.
Yang disimpan tidak dibawa mati, yang dihulur itulah simpanan abadi.
Namun begitu, jangan sampai papa kedana pula semata-mata nak bersedekah. Nabi saw ajar bukan bagi semua harta. Kena ada simpanan, kena ada tinggal harta untuk waris kita.
Jangan pula sampai berhutang sebab nak nampak gah beraya sakan dan tunjuk kaya bagi duit raya pula.
Jika benar memang kesempitan, ya duit raya itu tak perlu la bagi. Orang pun faham.
Ini masalahnya rumah sewa sampai 5-6 biji, simpanan kemain banyak sampai mencecah puluhan ribu bahkan ratusan ribu, tapi bajet duit raya 2-3 ratus pun mereka kemut tak nak keluarkan.
Alasannya; jangan kacau kitaran simpanan. Lebih baik duit itu disimpan, 100 tahun lagi kalau simpan duit tu dah boleh bayar muka beli rumah kedai. Huhu.
Ha, hat ni aku tak berapa berkenan dan tak setuju.
Adat orang kita di Malaysia, pagi raya kita bagi duit raya. Itu adat setempat kita. Adat ini pula tidak bertentangan dengan ajaran agama.
ADA REZEKI, ADALAH
Tok sah dok melawan adat sangat. Hanya menimbulkan fitnah pada diri sendiri.
Kanak-kanak pandang serong,
“Kupit hangit betul pak cik tu. Duit raya singgit pun tak bagi, padahal kaya raya.”
Ha, sampai ke tua budak-budak akan ingat tau.
Dan kita sebagai ibubapa pun didik la anak-anak untuk tidak ‘lapar’ dengan duit raya orang. Ada orang bagi, rezeki. Kalau tidak, didik mereka redha saja.
Kena bagi mereka faham bukan semua orang berduit walau nampak kaya dari luaran.
Kena juga didik anak jangan buka sampul raya depan tuan rumah kemudian bandingkan.
Ni anak kau dapat sampul raya, terus buka depan tuan rumah. Sampul tu dia koyak dan buang merata-rata dalam rumah tuan rumah. Kemudian bandingkan pula,
“Ala kawan ayah yang ni bagi dua ringgit je. Rumah tadi bagi lima ringgit.”
Haaa, hat ni kau kena didik anak betul-betul. Kecil hati tuan rumah. Dia punya la berjimat nak bagi bajet duit raya sebegai tanda sedekah dan hadiah pada kanak-kanak.
Sekali anak kau biadab gitu pula depan dia. Siapa tak kecil hati kan?
Jadi, sama-sama main peranan.
Dan ingatkah. Kita dulu pernah jadi kanak-kanak. Kita pernah merasa saat paling gembira dalam hidup ialah pada hari raya.
Saat itu seronok bukan kepalang kerana kita dapat duit raya. Keseronokan kita dulu-dulu memang tak tertulis dengan kata-kata.
Dan kenapa bila kita besar pula kita nak lancar kempen agar orang ramai tidak bagi duit raya kat kanak-kanak?
Kenapa nak ragut keseronokan dan kegembiraan zaman kanak-kanak itu?
Menggembirakan kanak-kanak ini sunnah Nabi saw. Nabi ni kasih sungguh pada kanak-kanak.
Niatkan sahaja setiap pemberian kita itu untuk tiru sunnah nabi.
Lebih penting, apa yang kita hulurkan itulah simpanan sebenar kita.