Berita

Akibat Pijak Al-Quran, Penuntut UMPSA Dibuang Universiti

Share

Penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), S. Vikneswaran, dikenakan tindakan buang universiti selepas didapati bersalah mencemarkan al-Quran dalam satu insiden yang mencetuskan kemarahan ramai.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UMPSA bersidang pada 9 Mac lalu dan mendapati pelajar terbabit melanggar Kaedah 58, Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar 2024.

Naib Canselor UMPSA, Profesor Yatimah Alias berkata, pihak universiti tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi (3R), apatah lagi melibatkan kesucian al-Quran.

Menurut beliau, tindakan tegas tersebut mencerminkan komitmen universiti dalam memelihara keharmonian serta memastikan persekitaran kampus kekal berlandaskan nilai hormat dan integriti.

“Berdasarkan tindakan tatatertib, penuntut itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman dibuang daripada universiti mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pemuda berusia 21 itu turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan mencemarkan al-Quran serta membuat hantaran komunikasi jelik di media sosial.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes tersebut ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 April depan.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Related Post
Published by
Fiezreen