Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah SWT akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun. Telah ditanya; Wahai Rasulullah SAW, Bagaimanakah selawat itu?
Baginda menjawab “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”) [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)
Selawat pada hari Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa. Rasulullah SAW juga ada bersabda yang menyatakan:
IKLAN
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas sembahyang Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.
Allahumma Solli ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sallim Tasleeyma.[Al-Jami Al-Saghir; Allamah Sakhaawi RA dalam Al-Qawl al-Badee’; Imaam Daraqutni RA and Al Muassah al-Rayyan]
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekelian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih.)
IKLAN
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”. (Riwayat Al Baihaqi)
Beruntungnya mereka yang memperbanyak selawat ke atas nabi SAW kerana selawatnya itu bukan hanya dibalas oleh Allah SWT malah selawatnya juga sampai kepada Rasulullah SAW dan dibalas pula oleh Rasulullah SAW. Inilah satu amalan yang mana akan dibalas oleh Allah dan Rasul SAW. Jadi perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi terutama pada hari Jumaat yang mulia ini.
Diam tak diam tinggal tak sampai dua minggu lagi untu kita menyambut Syawal. Walaupun tidak balik kampung untuk menyambut hari raya, tetapi masih boleh merayakannya bersama jiran tetapi tidak sampai 20 orang bilangannya.
Jadi apa kata anda sediakan biskut raya yang dibuat sendiri. Perkongsian di laman sosial Facebook oleh Zunnur Afiqah memberi resipi membuat Tart Cadburry.
Biasanya menggunakan inti jem nenas, tetapi resipi ini menggantikannya dengan kepingan coklat Cadburry. Pastinya bukan saja disukai kita tetapi juga kanak-kanak.
TART CADBURY
Hi semua .. mummy ustaz baby here .. Sementara bersahur and rehatkan badan baru selesai buat biskut ..
saja nak gembirakan hati sendiri sebab kenangkan x dapat balik raya so nak share resepi tart .. try la buat sesiapa yang tengah riki2 nak buat biskut raya apa tahun ni ..
250g butter 2 sudu besar gula ising 1 tutup esen vanila pewarna 1 biji kuning telur 2 sudu besar tepung jagung 400g tepung
Cara2 dkt gmba .. Check it out ~
*dalam gamba ni mummy ustaz baby buat 3 adunan sekali gus ..
selamat mencuba semua
1) arwah mak dulu2 kalau nak buat biskut dia akan jemur tepung bawah cahaya matahari .. saya goreng atas dapur ja .. api kecik ja nanti tepung hangus . Dah goreng biarkan dia rehat dulu
*tepung jenama apa2 .. cap ros ke sauh ke. Ok ja tapi mostly guna cap ros kalau buat biskut tapi dalam gmba ni guna cap sauh
2) Dalam besen lain masukan 250 g butter ( mummy guna margerine cap pelangi ) n 2 sudu besar gula ising .. kalau Nk rasa manis letak la 3 sudu besar .. gaul rata
3) tadaaaaa.. masukkan esen vanila n pewarna .. harini mummy ustaz baby buat tart warna purple .. kalau nak tart cadbury ada rasa Red velvet ke , blueberry ke boleh letak sekali time ni ya .. letak 1 tutup juga
4) masukkan sebiji kuning telur dan kacau rata
* di ingatkan dalam gamba ni mummy ustaz baby buat untuk 3 adunan sekali gus .. tu ada 3 kuning telur
5) masukkan 2 sudu tepung jagung
6) masukkan 400 tepung tadi .. ayak kan tepung.. masuk sikit2
7) sebatikan adunan sampai jadi mcm ni .. sampai x melekat kat tangan
* adunan akan melekat sikit2 kt tangan ja .. jgn gelabah takut x jadi ..
8) tinggalkan sikit adunan dalam besen n selebihnya masukkan dalam plastik untuk nak elakkan adunan keras kena angin
9) piping mcm biasa .. In shaa Allah kalau ikut sukatan betul senang ja nak piping .. tak keras pun
* kalau keluarkan dari dalam plastik tadi dia mcm keras sikit dari waktu nak masukkkan dalam plastik tadi , uli semula , nanti akan jadi lembut balik
10) letak cadbury flipkan mcm ni ja
11) potong kan dia ., mummy guna blender punya pengacau tu ja
12) tadaaaaaaaa!!! Dh siap piping n letak cadbury ..
13) letak ap2 atas tart tadi .. suka hati nak letak badam ke , choc rice ke.. ikut selera masing2 .. bakar dalam oven 165 c / 15 minit @ mengikut kesesuaian oven masing2 .. oven mummy ustaz baby kecik ja .. boleh masuk loyang 10 inchi
Perginya di bulan Rejab, di Kota Madinah Al Munawwarah ketika menunaikan ibadah umrah. Mulianya pemergian insan ini. Aktivis Muslim Care Malaysia dan juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa, 52, meninggal dunia di Madinah pada 5.30 pagi waktu Malaysia atau 12.30 tengah malam, waktu tempatan pada tanggal 12 Mac.
Berita mengenai pemergiannya dimaklumkan ahli keluarga dan rakan yang turut bersamanya mengerjakan umrah di sana. Allahyarham yang turut dikenali sebagai Ustaz Azli Taliban ke Madinah sejak 2 Mac lalu untuk mengerjakan umrah bersama keluarganya selain bagi menghadiri konvokesyen anaknya di Universiti Madinah.
“Sebelum berangkat, Allahyarham sempat mohon maaf kepada semua kenalan melalui media sosial dan mesej.
Melalui catatan di laman Facebook Fakhrurrazi Hussin lelaki ini berkongsi cerita tentang pengalamannya ketika bekerjasama dengan Allahyarham Ustaz Norazli.
CATATAN PENGALAMAN BERSAMA UST NORAZLI. Ustaz Norazli HATI KERING YANG SANGAT BERANI!!
Malam ini saya masih lagi teringat-ingat akan Al Marhum Ust Azli. Sangat beruntung!!.. Perginya ketika beribadah. Dalam keadaan istiqamah memperjuangkan Islam. Disolatkan ribuan orang. Disemadi di bumi Rasulullah..Pemergiannya didoakan ribuan orang. Hampir semua group whatsapp ustaz-ustaz mendoakan beliau.
Sungguh saya cemburu..
PERNAH BERMUSAFIR BERSAMA
Saya tidaklah begitu rapat sangat-sangat dengan Ust Azli. Tetapi kalau jumpa boleh bersembang seperti anak dan ayah.. Pernah bermusafir bersama mengenal insan hebat ini di Syria dan pedalaman Sabah.
Saya mula kenal rapat Ust Azli ketika menuntut di Syria. Sebelum itu hanya kenal-kenal begitu sahaja. Seorang Ustaz lantang berjambang memimpin kepimpinan Pemuda PAS Pusat ketika itu. Ust Azli bersama rombongan pemuda datang ke Syria untuk membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan pelarian Palestin di Lubnan.
Saya diamanahkan oleh pihak persatuan pelajar Malaysia untuk mengurus dan membawa rombongan ini ke Beirut. Memandangkan orang lain sedang sibuk dengan peperiksaan, saya dan sahabat saya Adnan Embee je yang agak free ketika itu terpaksa menerima amanah persatuan dalam keadaan saya belum pernah ke Lubnan. Pertama kali ke Lubnan diminta bawa rombongan. Cuak habis!!.
Masa tu Beirut tengah panas iklim politiknya. Sehari sebelum kami bertolak ada menteri tak silap saya menteri perindustrian Lubnan kena bom!. Kawan-kawan persatuan nasihatkan jangan masuk Lubnan. Bahaya!. Tapi rombongan pemuda tetap nak masuk.
Ramai kawan-kawan yang berpesan sebelum ke sana. Masuk sana jangan buat muka mutadayyin (watak kuat agama) sangat. Dengan maklumat itulah saya berpesan kepada ahli rombongan lebih-lebih lagi ketika sampai ke check point imegresen Lubnan. Jangan pakai kopiah. Buat muka pelancong. Ingat lagi Ust Dr Ustaz Riduan Mohd Nor bergurau dengan Ust Azli, enta kena potong janggut enta!, balas Ust Azli, mati pun ana tak potong!. Saya yang student ini hanya boleh tumpang gelak. ?
JANTUNG MACAM NAK PECAH BERDEGUP
Rupanya dia buat sungguh!. Dekat palang imegresen Lubnan. Dia pakai kopiah dan lurut-lurut janggutnya. Menunjuk-nunjuk pada anggota keselamatan yang menahan kereta kami. Jantung saya macam nak pecah berdegup. Sudahlahhh!!. Saya ingat lagi anggota keselamatan tu sebut “taliban!”. Ajaibnya kami dilepas dan diberi jalan!. Ust Azli dan rombongan pakat gelak ramai-ramai sebab anggota tu sebut taliban!!. Saya dalam hati macam nak menangis cuak!. Hati kering betul diorang ni!.
Tak habis di situ. Waktu tunggu wakil Hamas sampai di tempat teksi meletakkan kami tengah-tengah bandar Beirut. Waktu asar dah nak habis. Kami belum solat lagi. Intai masjid tak nampak. Tanya orang sekeliling tak tahu masjid kat mana. Akhirnya Ust Azli buat kering lagi. Jom solat atas kaki lima ni. Pakat buat jemaah di kaki lima tengah-tengah pusat bandar metropolitan Beirut. Bayangkanlah!!. Dengan janggut panjang berkopiah. Dia jadi imam. Berjemaah tengah bandar. Kotak-kotak barang bantuan kami susun banyak-banyak tepi kaki lima. Kami jadi tumpuan.
DITAHAN ANGGOTA POLIS
Habis solat, van polis sampai dengan anggota-anggotanya siap senjata nak tahan kami. Pegang tangan Ust Azli. Nasib baik dalam masa yang sama wakil Hamas sampai!. Ust Azli rilex saja. Senyum-senyum lagi. Adoiii!!..
Cerita sampai kami selamat ni panjang lagi. Ringkasnya rupanya ada orang tempatan curiga tengok kami bawa kotak banyak-banyak. Tempat tu pulak hari sebelumnya ada ugutan bom. Kena report. Cepat pulak anggota keselamatan dia sampai. Adoii!, mana kami tahu!.
Cuma nak cerita beraninya Ust Azli ni. Tenang dan rilex sahaja apa situasi.
Almarhum juga suka sangat bergurau. Ingat lagi waktu kami bawa rombongan berjalan di Kota Lama Rom di Busra Syria. Ust Azli boleh main cak-cak dengan Ust Dr Riduan Mohd Nor dan Abg Zul Wahijan. Lari-lari celah dinding main cak-cak!!. Saya yang student ni macam “eh gini rupanya ukhuwah pimpinan-pimpinan pemuda ni ya”. Kat Malaysia kaki demo ceramah berapi. Kat sini macam budak-budak. Menambah respect saya. Ada comelnya disitu.. ??☺️
Panjang pulak menulis tengah malam ini.. Malam pertama beliau di alam barzakh.. Semoga penuh kebahagiaan menuai hasil jerih perjuangan wahai Ustaz.. Saya seperti terbayang beliau gelak-gelak di alam sana..☺️☺️☺️
Jodoh kita sememamgnya telah ditentulan oleh Allah. Kitak tidak tahu siapakah makhluk kiriman Tuhan ini yang bakal menjadi Imam kita untuk membimbing diri hingga ke jannah.
Dan kebiasaannya jika kita mendengar pasangan anak bongsu lelaki apa yang bermain difikiran adalah bersikap manja dan anak emak.
Apakah mereka ini benar-benar seorang yang manja, tidak boleh berdikari atau seorang yang manja tetapi dalam masa sama bertanggung jawab.
Gambar sekadar hiasan.
Ayuh, kita selidiki kelebihan lelaki yang merupakan anak bongsu dan adalah mereka ini calon sesuai untuk kita jadikan suami untuk sama-sama melayari hidup hingga ke akhir hayat.
1. Seorang yang bersifat optimis
Lelaki anak bongsu biasanya mempunyai sifat optimis yang sangat tinggi. Oleh sebab itulah juga sesiapa yang bersama dengannya pasti akan sentiasa rasa bersemangat. Kelebihannya untuk membangkitkan rasa semangat di saat orang kesayangan berasa sedih juga cukup hebat.
2. Berani mencuba sesuatu yang baru
Dia juga digambarkan sebagai seorang yang gemar mencuba sesuatu yang baru. Misalnya tempat makan baru, aktiviti lasak serta apa juga lokasi trekking terbaru yang sedang tular di laman sosial? Dia pasti akan laju sahaja merancang untuk ke sana. Berani mencuba sesuatu yang baru dan menjelajahi territory baru merupakan perkara yang sudah sebati dalam dirinya. Sifat inilah yang akan membuatkan hidup anda berdua lebih ‘berwarna-warni’ dan tidak bosan.
3. Seorang yang cepat matang
Sebenarnya walaupun anak bongsu lelaki dalam keluarga, dia sebenarnya seorang yang cepat matang. Sepanjang tempoh membesar dia di kelilingi oleh abang atau kakak. Dan sepanjang itulah dia telah melihat dan belajar pelbagai ragam serta masalah yang dihadapi oleh mereka.
Gambar sekadar hiasan
4. Mempunyai perancangan yang jelas untuk masa depan
Anak bongsu biasanya cukup teliti merancang. Dia tahu apa yang dia mahu dan ingin lakukan dalam hidupnya. Walaupun kadangkala terpaksa berdepan pelbagai halangan namun cita-citanya tidak mudah terpadam. Sifat tidak mudah menyerah kalah yang sangat menebal.
5. Seorang yang punya sifat berani
Dibesarkan sebagai ahli keluarga yang paling muda dia telah terdedah dengan pelbagai perkara sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh kerana sentiasa dilindungi oleh abang dan kakak, dia jedi lebih berani dan tidak gentar untuk bersuara.
6. Pandai hormat orang lebih tua
Walaupun sejak kecil dia sudah mula bergaul dengan orang lebih tua, namun dia pandai menghormati mereka. Dan pendedahan inilah membentuk dirinnya menjadi seorang yang sangat menghormati orang lebih tua darinya.
7. Mudah bergaul dan menyesuaikan diri
Campaklah ke mana sahaja pasti dia akan dapat menyesuaikan diri. Dengan sifat berdikari dimiliki dia cepat untuk adapt dengan keadaan sekeliling. Walaupun terkadang disalah anggap sebagai terlalu santai tapi sebenarnya dia merupakan orang yang serius bila bekerja atau belajar. Dan mereka juga biasanya menjadi individu paling berpengaruh di kalangan rakan-rakannya.
8. Seorang yang memiliki paras rupa menarik
Satu keistimewaan anak lelaki bongsu ini, mereka juga kebanyakan dikurniakan para rupa yang comel. Sejak kecil sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan wajah comel mereka hingga menjadi remaja dan dewasa. Oleh sebab itu ramai yang suka Melihat keperibadian anak lelaki bongsu yang disifatkan bukan saja peramah, tetapi juga baik hati.