Alunan Bacaan Al-Quran Sangat Menusuk Hati, Qari Cacat Penglihatan Muhammad Qayyim Johan Tilawah

Share

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa yang tahu. Siapa sangka, walaupun cacat penglihatan, tetapi menjadi rezeki lelaki ini untuk memenangi bagi kategori lelaki dalam pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/2020M.

Muhammad Qayyim Nizar Sarini yang mewakili Kelantan diangkat sebagai Johan dalam majlis disiarkan secara langsung menerusi saluran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM).

Muhammad Qayyim berjaya mencuri tumpuan ramai apabila mengetahui dia adalah Insan Kelainan Upaya (OKU). 

Muhammad Qayyim, Qari dari Kelantan.

Walaupun dia adalah qari istimewa, tetapi Muhammad Qayyim dipuji ramai kerana alunan suaranya ketika membaca Al-Quran sangat merdu dan lunak.

Biarpun tidak dapat melihat dengan sempurna, Qayyim berjaya memperoleh markah sebanyak 90.66% dalam kategori tilawah.

Sebelum ke peringkat kebangsaan, Qayyim telah berjaya menjadi johan sebanyak 3 kali di peringkat negeri iaitu pada tahun 2017,2019 dan 2020.

Ternyata kemenangan tempoh hari membuatkan dia berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dan sekaligus menggondol tempat pertama.

Kemenangan sangat bermakna.

Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M telah berlangsung selama enam hari dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 16 Februari lepas.

Tilawah kali ini telah disertai oleh 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri. Semua mereka diadili 12 hakim tilawah dan 14 hakim hafazan.

Manakala qariah pula dimenangi oleh peserta dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid, 

Susulan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Qari dan Qariah peringkat kebangsaan.

KREDIT FOTO: FACEBOOK JABATAN KEMAJUAN Islam Malaysia

IKLAN