Ramadan merupakan bulan bagi umat Islam untuk merebut ganjaran pahala sebanyak mungkin. Selain memperbanyakkan solat sunat, membaca al Quran, zikir adalah amalan paling mudah dan afdal dilakukan pada bulan Ramadan.
Ada banyak lafaz mengingat Allah yang boleh kita amal namun begitu ada satu zikir yang fadhilatnya cukup besar. Kelebihan zikir ini jika dibaca 100 kali sehari ganjaran pahalanya seperti membebas atau memerdekan 10 orang hamba. Zikir tersebut adalah zikir tahlil.
Kelebihan zikir ini sendiri disebut oleh Rasulullah saw sendiri;
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, Sesiapa yang mengucapkan:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Maka baginya pahala seperti: Membebaskan 10 orang hamba, Dicatat baginya 100 kebaikan, Dihapus baginya 100 kejahatan, Pelindung dari syaitan pada hari itu hingga petang. Dan tidak ada seorang pun yang dapat menandinginya melainkan yang mengamalkan lebih dari itu.
Sahih al-Bukhari (6403) dan Muslim (2691)
Besarnya ganjaran memerdekakan hamba
Hakikatnya ganjaran memerdekakan seorang hamba sahaja sudah banyak inikan pula 10 orang. Ia sebagaimana dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:
مَنْ أَعْتَقَ رَقَبَةً مُؤْمِنَةً، أَعْتَقَ اللَّهُ بِكُلِّ عُضْوٍ مِنْهُ عُضْوًا مِنْهُ مِنَ النَّارِ
“Sesiapa yamg memerdekakan seorang hamba sahaya yang mukmin, Allah pasti akan memerdekakan setiap tubuh anggotanya seperti setiap anggota hamba sahaya yang dimerdekakan itu daripada api neraka”.
Oleh jangan tinggalkan amalan zikir tahlil ini terutama pada 10 malam terakhir. Ini kerana jika kita ucapkan zikir ini setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan dan mengenai satu malam Lailatul Qadar, maka ia menyamai fadilat memerdekakan lebih daripada 300,000 orang.
Sumber: Jakim & Dr Kamilin Jamilin
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI