
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda bahawa ada tiga doa yang tidak diragukan lagi mustajabnya—salah satunya ialah doa ibu bapa kepada anaknya.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nai SAW bersabda:
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ
Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.
Hadis ini jelas menunjukkan betapa agungnya kedudukan seorang ibu dan ayah apabila mereka menadah tangan memohon sesuatu untuk anak mereka.
Zaman ini, cabaran membesarkan anak-anak bukan calang-calang. Mereka diuji dengan pelbagai pengaruh, godaan dunia, serta perubahan nilai masyarakat yang pantas.
Namun, sebagai ibu bapa yang beriman, senjata paling utama bukan hanya pendidikan dan perhatian, tetapi juga doa yang ikhlas dan berterusan. Dengan lafaz yang tepat dan penuh pengharapan, doa ibu bapa boleh menjadi pelindung, pemudah urusan, malah pembuka pintu hidayah buat anak-anak yang kita kasihi.
Firman Allah SWT
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةًۭ طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
(Surah Ali-Imran ayat 38)
اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
“Ya Allah! Berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwil.” (HR Ahmad, hadis sahih)
Diceritakan oleh Ibnu Abbas R.Anhuma, beliau berkata:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ فَوَضَعْتُ لَهُ وَضُوءًا مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَتْ لَهُ مَيْمُونَةُ وَضَعَ لَكَ هَذَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ
Daripada Ibnu Abbas, beliau berkata: “Ketika Rasulullah SAW berada di rumah Maimunah, aku meletakkan air wudhu’ untuk Baginda di malam hari. Lalu Maimunah berkata kepada Baginda: Abdullah bin Abbas telah meletakkan (air wudhu’) ini untukmu.”
Kemudian Rasulullah SAW mendoakan Ibnu Abbas dengan doa yang masyhur:
فَقَالَ: اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
“Ya Allah! Berikanlah kepadanya (Ibnu Abbas) kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwil.” (HR Ahmad, hadis sahih)
Firman Allah SWT
رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَـٰلِحًۭا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ ۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِين
Maksudnya : Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.(Surah Al-Ahqaf ayat 15)
Firman Allah SWT
ٱللَّهُ لَطِيفٌۢ بِعِبَادِهِۦ يَرْزُقُ مَن يَشَآءُ ۖ وَهُوَ ٱلْقَوِىُّ ٱلْعَزِيزُ
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.(Surah As-Syura ayat 19)
Firman Allah SWT
رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim ayat 40)
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.” (Surah Furqan ayat 74)
Firman Allah SWT
رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةًۭ مُّسْلِمَةًۭ لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ
Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;(Surah Al-Baqarah ayat 128)
اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
Baginda Nabi SAW pernah mendoakan Ibnu Abbas r.a sambil memeluk dirinya,
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ: ضَمَّنِيْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ: اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas r.a. dia berkata, Rasulullah SAW memelukku lalu Baginda berdoa, “Ya Allah, berilah dia hikmah.” (HR al-Bukhari, hadis sahih)
Surah Ar-Rahman ayat 1-4
{ ٱلرَّحۡمَٰنُ }
(Tuhan) yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya.
{ عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ }
Dialah yang telah mengajarkan al-Quran.
{ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ }
Dialah yang telah menciptakan manusia; –
{ عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ }
Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah Al-Baqarah: 201)
Sumber: Ustazah Asma’ Harun