Anak Austisme Dikurniakan Kelebihan Kuat Ingatan, Yusuf Boleh Hafaz 30 Juzuk Al Quran Dalam 18 Bulan

Share

Redha memiliki anak autisme, tantrum adalah situasi biasa yang perlu dilalui oleh ibu bapa dengan anak masalah ini.

Cuma Fazura Mohd Noor mempunya cara tersendiri untuk meredakan situasi tersebut. Dia memperdengarkan anaknya Yusof Mohamad Kamal Pakhrul Hisham dengan surah al quran ketika tantrum.

Tanpa disangka dari situ dia ditunjukkan oleh Allah SWT tentang kelebihan anak lelakinya yang berusia 13 tahun.

Di sebalik kekurangan, rupanya dikurniakan anak yang mudah menghafaz al-quran. Dia mudah meghafaz surah yang diperdengarkan, malah ketika berusia 3 tahun dia mampu menghafaz rumah lazim hanya melalui radio dan televisyen.

Kini menginjak remaja, Yusuf sudahpun menghafaz 30 juzuk al-quran. Lebih menarik hafazan itu dilakukan dalam tempuh 18 bulan saja.

“Di sebalik kekurangannya yang lambat bercakap dan lambat berkembang, saya dapati dia mempunyai kelebihan daya ingatan yang kuat. Indahnya ciptaan Tuhan.

Fazura berkata, selepas melihat kelebihan yang ada pada Yusof, dia dan suami Mohamad Kamal Pakhrul Hisham Ismail, 50, mengambil keputusan menghantar anaknya itu ke sekolah berteraskan pengajian al-Quran ketika berusia tujuh tahun.

“Saya memang tidak sangka Yusof boleh menghafaz 30 juzuk al-Quran secepat itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya memang berterima kasih kepada ustaz yang tahu kekuatan yang ada pada Yusof,” katanya.

Ujar gurunya Makmur Ibrahim Yusuf memang mudah mengingat hafazannya.

“Kalau hafaz 10 juzuk, dia boleh ingat. Dari segi hafazan pun susah nak cari kesalahan dia,”ujarnya yang mengajar di Madrasah Tahfiz Az-Zein (MATAZ) di Senawang.

Sumber: Sinar Harian & Berita Harian

IKLAN